in , ,

Impian Siti Nordiana Nyanyi Lagu M.Nasir Tercapai Melalui MENYANTUN KASIH

Setelah menunggu selama lima tahun, akhirnya hasrat Siti Nordiana untuk merakam lagu karya ciptaan komposer dan penyanyi legenda, Dato’ M.Nasir tercapai. Tahniah Nana!

Lagu ciptaan Dato M.Nasir “Menyantun Kasih” menjadi pilihan seterusnya buat Siti Nordiana setelah single “Amaran” bersama dengan Bunga Isme.

Siti Nordiana yang impikan selama ini untuk membawakan lagu ciptaan Dato M.Nasir, bersyukur kerana impian itu akhirnya menjadi kenyataan dengan pelancaran lagu ini, terbitan Luncai Emas Sdn Bhd. 

Menyantun Kasih, merupakan kolabrasi pertama Siti Nordiana bersama Dato M.Nasir dan penulis lirik Keon, yang telah menulis lirik hit, Relaku Pujuk (Spider) dan Kejoraku Bersatu (Search). 

“Pertama kali Nana dengar demo lagu ini, Nana terus jatuh cinta. Susunan muzik lagu ini menggunakan elemen etnik Sunda yang lain daripada lagu-lagu Nana sebelum ini.

Ia membuatkan satu pembaharuan untuk Nana.” kata beliau tentang gaya dan alunan muzik Menyantun Kasih. 

‘’Liriknya menceritakan tentang kesetiaan seseorang yang bertahan demi cinta. Walaupun ditinggalkan, dia masih rasa sayang kepada kekasihnya.”

“Banyak juga cabaran dan pengalaman sewaktu merakam lagu ini. Dato’ M.Nasir sendiri yang bimbing Nana dari segi penghayatan dan lontaran.

Keon pula menerangkan erti lirik itu, agar Nana faham apa yang Keon ingin sampaikan. Ia merupakan satu pengalaman yang Nana tak dapat lupakan,”

– Siti Nordiana
SITI NORDIANA

Susunan muzik adalah gubahan Firdaus Mahmud sementara rakaman lagu ini dijalankan sepenuhnya di Studio Ronggeng, Luncai Emas oleh Hanafi Spider. Adunan dan mastering oleh Felix Voon.

Penyanyi popular, Siti Nordiana bangga dan berbesar hati apabila dapat merakamkan lagu ciptaan komposer ternama, Datuk M Nasir iaitu Menyantun Kasih.

Siti Nordiana, 38, yang mesra disapa Nana berkata, dia menunggu hampir lima tahun sebelum M Nasir yang mendapat jolokan sifu itu bersetuju memberikan lagu.

“Boleh dikatakan saya insan terpilih juga. Semasa minta lagu tu, dia ada cakap bolehkah menyanyikan lagu saya. Gigil juga mendengar soalan tu. Bukan apa saya kan penyanyi yang menyanyikan lagu-lagu ‘leman’. Saya pun cakap ubah suara menjadi lain semata-mata untuk lagu itu. Janji saya dapat lagu M Nasir.

“Pertama kali minta lagu antara 2017 dan 2018. Kira lama jugalah dah minta, tapi baru tahun ni dia bersetuju,”

– SITI NORDIANA
SITI NORDIANA

Terdahulu, Nana ditemui pada Majlis Santai Media Sempena Pelancaran Lagu dan Video Muzik Menyantun Kasih yang diadakan di sebuah hotel terkemukam. di sini, hari ini.

Menurut Nana, dia perlu melalui empat kali proses rakaman antara April hingga Julai lalu sebelum M Nasir berpuas hati.

“Untuk lagu ini saja empat kali saya masuk studio rakaman. Semua pada hari berbeza. Setiap sesi antara lima hingga enam jam. Memang lama.

“Dia sangat teliti. Apabila dah rakan kali pertama, ada bahagian lain yang dia cakap boleh diperbaiki lagi. Sampailah kali keempat baru dia puas hati.

“Memang susah puaskan hatinya. Dia cakap pada saya, suara saya lembut, jadi tak boleh bagi lagu berat. Kena ada kelembutan dalam lagu. Itu yang dia bagi lagu ini sekali dengan gubahan. Memang sangat kena dengan saya,”

– SITI NORDIANA
SITI NORDIANA

Lagu Menyantun Kasih ciptaan M Nasir dan lirik oleh Keon Omar adalah kerjasama pertama mereka.

“Siti Nordiana sudah sampai kecemerlangannya. Tidak berat untuk melaksanakan penerbitan single seperti ini hanya sesuai atau tidak pada atas Nana dan harap ianya sesuai. Lagu ini dihasilkan atas permintaanya dan dari kebiasaan saya menghasilkan lagu – lagu etnik pop fusion M.Nasir . Namun bila telah dirakam ia menjadi lagu Siti Nordiana. Itulah magis yang dia miliki’’. kata Dato’ M.Nasir sendiri selaku penerbit & komposer single Menyantun Kasih

Muzik Video ‘Menyantun Kasih’ diarahkan oleh Yussuf Yunus , yang juga pengarah untuk video muzik  ‘Zuhud’ – Kmy Kmo, Luca Sickta & Dato’ M.Nasir serta ‘Makuta’ – Kmy Kmo , Luca Sickta & Hazama. 

Muzik video itu yang dirakamkan sepenuhnya di Terrapuri Heritage Village, Besut, Terengganu akan sedia untuk ditonton oleh semua peminat – peminat Siti Nordiana di saluran youtube Luncai Emas mulai 14 Oktober  ini jam 4 petang serta lagu penuh boleh didengarkan di semua saluran digital muzik .

Pihak Luncai Emas berharap, Menyantun Kasih dapat menarik perhatian semua pendengar terutamanya peminat tegar Siti Nordiana khususnya. Luncai Emas juga berharap nukilan ini akan menjadi satu lagi karya seni unggul daripada Dato M.Nasir. InsyaAllah !

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

FATIA

Semakin Popular di TikTok, Fatia Muncul Bersama Single BAIT-BAIT RASA

ANIQ SUHAIR & SITI KHADIJAH HALIM

Lebih 3 Juta Penonton Bukti Gandingan Serasi Aniq Suhair & Siti Khadijah