in , ,

Selera Romantis New Zealand Antara Yang Terbaharu di TV Okey

Program yang membawakan percutian pasangan romantis hos popular Azura Zainal dan suaminya Cristiano ke New Zealand, “Selera Romantis New Zealand” antara program terbaharu dijanjikan Radio Televisyen Malaysia (RTM) menerusi saluran TV Okey.

Disiarkan mulai 20 Mac ini, setiap Sabtu, pukul 10.30 pagi, penonton dalam 13 episod program ini dibawa bersama-sama mengembara mengikuti perkongsian pengalaman pasangan suami isteri ini bermula dari Christchurch, mereka akan merantau menaiki motorhome, untuk menerokai keindahan dan tempat-tempat menarik di New Zealand. 

Sepanjang setengah jam siarannya, mereka juga akan berkongsi kisah percintaan termasuklah bagaimana mereka bertemu hinggalah disatukan. Disamping itu, mereka turut menyediakan pelbagai resepi hidangan menarik kegemaran keduanya. 

Antara lokasi singgahan mereka yang mengujakan seperti Bandar Timaru, Oamaru Steam and Rail Restoration Society, Waitaki Waters Holiday Park, Queenstown New Zealand, Tasik Te anau, Eglinton Valley dan banyak lagi.

Penggemar telemovie yang penuh plot misteri dan memberi peluang anda memikirkan apakah sebenarnya yang terjadi? Usah ketinggalan menyaksikan drama bertajuk “Katil Di Hujung Dorm” pada 20 Mac ini, Sabtu, pukul 9.00 malam. 

Ia mengisahkan tentang pasangan dua beradik iaitu Azim dan Azhar telah dimasukkan ke asrama oleh ayah mereka (Dato Johari) selepas ibu mereka Salmah meninggal dunia. Meskipun tidak rela tetapi mereka tiada pilihan selain bersetuju dengan keputusan tersebut.

Kejadian pelik berlaku di kejadian asrama tersebut yang dikatakan gangguan lembaga hitam yang mengganggu pelajar. Sementara itu, Kamal pula pelajar yang sering membuli dan mengganggu Azim dan Azhar. 

Satu hari Azim, Azhar dan Kamal telah diculik. Kehilangan mereka menjadi misteri yang meresahkan semua pihak. Apakah sebenarnya yang terjadi di sebalik kejadian-kejadian di sekolah ini? Saksikan kesudahan Katil di Hujung Dorm. 

Telemovie ini dibintangi pelakon Rusdi  Ramli, Mohamad Firdaus Ghufran, Mohamad Muntzar Ghufran, Abd Manan Hj Ismail, Ikhlas Jalil dan Suzana Sulong.

Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, anda berpeluang menontonnya menerusi portal online, RTM Klik (rtmklik.rtm.gov.my) dan rtm mobile. Muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Pelancaran Koleksi Alphabet dUCk: Satu Inspirasi Tersendiri

Penyanyi Indonesia Rina Gunawan Meninggal Dunia