in , ,

Selepas SORANG, Luqman Podolski Lancar Single Ke-2 Berjudul KEMBAR

Bermula sebagai personaliti media sosial yang sering berkongsi video-video jenaka sejak tahun 2014 , Luqman Podolski menggilap bakatnya sebagai rapper menerusi single debutnya ‘Sorang’ pada Ogos tahun lalu.

Selain daripada mencipta kandungan video jenaka di YouTube, personaliti yang mesra disapa sebagai Luqman  ini juga sudah mula mencipta kandungan permainan secara penstriman menerusi laman Facebook. Tidak pernah berhenti mencari idea untuk menghibur peminatnya, personaliti yang boleh melawak, berlakon, mengacara dan menyanyi ini berjaya mengekalkan namanya dalam industri kreatif sehingga kini.

Terkini, pemilik nama sebenar Luqmanulhakim Kamaruddin ini bakal muncul dengan single terbaharunya berjudul “KEMBAR”.

Luqman Podolski

Single “KEMBAR”  merupakan karya ciptaan Luqman sendiri bersama Sabbala. Manakala kumpulan Hip-Hop tempatan MassMusic menyumbang magis mereka sebagai penerbit rakaman lagu ini. 

Sejak mula mencipta nama pada tahun 2014, Luqman sering diusik peminat tentang kewujudan orang yang seiras muka atau gayanya yang digelar kembarnya. Mengambil inspirasi daripada usikan peminat ini, Luqman menzahirkan buah fikirnya dalam bentuk lagu.

Mengulas tentang maksud di sebalik lagu ini, 

Lagu ini bercerita bahawa kita lebih mengenali diri sendiri. Diri yang kita tunjuk kepada orang ramai berbeza dengan diri ketika kita bersendirian.

Walaupun ada ramai orang yang ada paras rupa atau gaya seperti kita, tetapi mereka bukan kita.

Pengalaman hidup masing-masing berbeza. Itu yang menjadikan setiap daripada kita unik dan berbeza daripada orang lain.”

– Luqman Podolski

“KEMBAR” merupakan single yang dipetik daripada album studio Luqman yang berjudul ‘HITAM PUTIH EP’ yang bakal menemui pendengar tidak lama lagi.

“KEMBAR” diterbitkan Black Hat Cat Records dan diedarkan oleh Warner Music Malaysia. Single ini boleh didapati di kesemua pelantar digital seperti Spotify, iTunes, KKBox , Deezer, Joox dan juga Apple Music sejak 7 OKTOBER 2020 manakala video muzik rasmi “KEMBAR” boleh ditonton di saluran Youtube Black Hat Cat Records sejak 8 Oktober 2020.

IKUTI PERKEMBANGAN LANJUT LUQMAN PODOLSKI DI MEDIA SOSIAL

INSTAGRAM      : https://www.instagram.com/luqmanpodolski

FACEBOOK          : https://www.facebook.com/luqmanpodols

TWITTER              : https://twitter.com/LuqmanPodolski

PAUTAN UNTUK “KEMBAR” : http://bhc.lnk.to/KembarBHC

PAUTAN UNTUK VIDEO MUZIK RASMI “KEMBAR” : https://bhc.lnk.to/KembarBHC/youtube

PAUTAN UNTUK INSTAGRAM FILTER “KEMBAR” : https://www.instagram.com/ar/409639053359433

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Tony Fernandes Airasia 2020 | 23

airasia.com Lancar Aplikasi Super Asean Untuk Semua

Slam 2020 | 24

Konsert SLAM MENTARI MUNCUL LAGI Buka Tirai 2021