in , ,

Selepas Siti Sarah, Abang Arwah, Ahmad Firdaus Positif Covid-19, Tahap Oksigen Menurun

Abang Allahyarham penyanyi Siti Sarah juga abang ipar pelawak Shuib iaitu Ahmad Firdous Raissuddin dimasukkan ke Hospital Serdang, Selangor, akibat positif Covid-19. Dikhabarkan paras oksigen dalam badan telah menurun membuatkan Shuib rasa fobia.

Shuib berkata, tahap oksigen abang iparnya semakin menurun namun masih dalam keadaan stabil.

“Sudah lapan hari abang ipar saya dikuarantin. Oksigen dia juga semakin menurun, tapi keadaan dia masih lagi stabil dan dirawat di Hospital Serdang,”

– Shuib

Menurut Shuib, dia menjadi fobia dengan virus pembunuh itu dan menasihatkan abang iparnya supaya tidak menunggu lama untuk mendapatkan rawatan.

“Saya jadi fobia. Apabila abang ipar saya menjalani pemeriksaan tahap kandungan oksigen antara 94 dan 95 peratus.

“Saya cakap, tak payah tunggu lama-lama, pergi dapatkan rawatan segera. Saya mohon, tolong doakan abang ipar saya,”

– Shuib

Dalam masa sama, Shuib berkongsi nasihat kepada orang ramai agar sentiasa memberi penekanan kepada penjagaan kesihatan diri.

“Apabila sudah berlaku perkara macam ini, kena ada kesedaran untuk menjaga kesihatan. Kita kena periksa diri apa diperlukan, apa vitamin yang kita kena ambil dan bagaimana nak menjaga sistem imunisasi.

“Kalau ada anggota keluarga dijangkiti Covid-19, kita kena tahu apa kita kena buat. Kena ada oksimeter. Ini benda wajib ada sekarang,”

– Shuib
Selepas Siti Sarah, Abang Arwah, Ahmad Firdaus Positif Covid-19, Tahap Oksigen Menurun

Shuib juga menekankan kepentingan vaksin dalam situasi pandemik sekarang.

“Jururawat yang bertemu saya meminta saya supaya menasihatkan semua mengenai kepentingan vaksin. Menurutnya, setiap hari mereka menguruskan orang yang dijangkiti, yang nyawanya diambil.

“Sekurang-kurangnya, apabila kita sudah disuntik vaksin, bukanlah kita betul-betul selamat, tetapi itu adalah usaha kita untuk mengekang jangkitan,”

– Shuib

Shuib Sudah Rasa Fobia

Shuib mendedahkan bahawa abang kepada arwah isterinya Siti Sarah iaitu Ahmad Firdaus Raissuddin telah dimasukkan ke Hospital Serdang, Selangor, gara-gara tahap oksigen yang rendah. 

“Bila saya dapat tahu tahap oksigen dia, saya terus suruh pergi ke hospital. Saya dah jadi fobia. 

“Abang ipar saya sekarang berada di Hospital Serdang. Ini hari kelapan dia kuarantin. Tahap oksigen dia drop tapi alhamdulillah stabil. 

“Saya mohon orang ramai doakan kesembuhan dia. Tolong doakan abang ipar saya terus kuat,”

– Shuib
Selepas Siti Sarah, Abang Arwah, Ahmad Firdaus Positif Covid-19, Tahap Oksigen Menurun

Katanya, tahap oksigen abang iparnya itu menurun… justeru dia memohon semula agar orang ramai mendoakan kesembuhan abang iparnya itu. 

Maklumat itu telah dimaklumkan oleh Shuib selepas dia selesai membuat majlis tahlil buat arwah isterinya, semalam. 

Terdahulu, Shuin turut meluahkan rasa gembira dan teruja apabila bakal bertemu dengan anak keempatnya, Ayash Affan buat kali pertama pada hari ini. 

“Saya tak sabar nak jumpa, nak pegang dia.. tapi dalam masa yang sama saya sangat sedih sebab ibu dia tak sempat jumpa dia. 

“Dia (Siti Sarah) gadaikan nyawa dia untuk selamatkan anak kami,”

– Shuib

Untuk imbasan, arwah Siti Sarah pada Jumaat melahirkan bayi lelaki, Ayash Affan melalui pembedahan tanpa sedar, pada jam 5 petang. 

Kemudian pada hari sama, paras oksigennya jatuh sehingga 40 peratus, kemudiannya meningkat 77 peratus pada jam 2 pagi, dan terus menunjukkan perkembangan positif meningkat sehingga 85 peratus. Namun entah bagaimana, pada malam Ahad Shuib memberitahu keadaan Sarah kembali kritikal selepas menurun 40 peratus. 

Siti Sarah akhirnya menghembuskan nafas terakhirnya di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Universiti Kebangsaan Malaysia, UKM (HCTM) akibat pandemik COVID-19, jam 5.13 pagi Isnin. 

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

CEF WIRA Program Kongsi Air Tangan Frontliners di RTM

Video Momen Sayu, Shuib Ceritakan Tentang Siti Sarah Telah Meninggal Dunia Kepada Anaknya