in ,

CEF WIRA Program Kongsi Air Tangan Frontliners di RTM

Kita sebagai rakyat Malaysia sememangnya berbangga dengan pasukan frontliner yang sanggup berkorban demi memastikan kita dapat duduk di rumah. Jasa bakti dan pengorbanan mereka hanya Allah S.W.T yang mampu membalasnya.

Namun tidak dilupakan kepada mereka yang telah pergi dahulu demi menunaikan tanggungjawab kepada masyarakat. Ada di antara mereka yang mengalami kemalangan dalam perjalanan ke tempat bertugas. Ada yang mengalami kemalangan ketika bertugas. Jasa dan pengorbananmu setulus hati wira-wira negara ini tidak mampu dibalas.

Justeru dalam menghayati sambutan bulan Kebangsaan ini, Radio Televisyen Malaysia (RTM) mengajak penonton bersantai dengan program yang menyaksikan penglibatan barisan frontliner berkongsi kemahiran memasak pula.

dalam Cef wIRA

Seramai 13 orang terdiri daripada barisan pasukan petugas hadapan berkongsi dapur dengan cef selebriti, Naem Ramli dalam program diberi tajuk “Cef Wira” mulai 9 Ogos ini, setiap Isnin dan Selasa, pukul 10.00 pagi di TV Okey.

Episod pengenalannya menampilkan Cef Naem Ramli menjemput Sarjan Mohamad Nor Firdaus Sharuman, seorang Jurulatih Sekolah Kulinari dan Hospitaliti TUDM untuk membantu beliau dan mereka bersama-sama memasak beberapa hidangan. 

Ia diikuti tetamu undangan Siti Nur Ahmad (Pengarah Bahagian Import, Eksport dan Data dari Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS)), Ahmad Shafezal Ismail, (Pegawai Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART)), Mohamad Nasrulhaq Aqwa (Pegawai Bomba), Kol. Mohd. Anuar Jasmin (Komander Akademi Latihan Pertahanan Awam (ALPA)), dan Jimmy Jupiter Anak Sambau (Pengarah Bahagian Latihan RELA). 

poster Cef Wira

Seterusnya Cef Naem Ramli menjemput Bintara Muda Mohd Yusuff Abd Razak (cef TLDM), Mohamad Farhan (Laskar Kelas 1 Maritim), Sarjan Rokhairy Azma Ahmad Fuad (Penasihat Sajian Batalion ke -73 dari Angkatan Tentera Darat Malaysia (ATM)) dan Hafiz Karin (pegawai Jabatan Penjara Malaysia). Masin-masing berkongsi resipi dengan penonton TV Okey.

salah satu episod

Tiga orang lagi yang diundang adalah KPP Rosminah bt Salleh (pegawai JPJ), Norasikin Asbin, (cef dari HKL) dan akhir sekali Tuan Zahir bin Shari (pegawai JPSPN). 

Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, anda berpeluang menontonnya menerusi portal online, RTM Klik (rtmklik.rtm.gov.my) dan rtm mobile. Muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

“Siti Sarah Tak Takut Pada Saya,” – Azwan Ali

Selepas Siti Sarah, Abang Arwah, Ahmad Firdaus Positif Covid-19, Tahap Oksigen Menurun