in , ,

Selepas SAMPAI BILA, Misha Omar Kembali Dengan Single Berjudul TANPA RELA

Selepas hampir dua tahun menghasilkan lagu Sampai Bila, penyanyi terkenal Misha Omar akhirnya membuat kemunculan semula dengan sebuah single terbaharu berjudul TANPA RELA.

Penyanyi Misha Omar membuat kemunculan semula dengan sebuah single terbaru berjudul TANPA RELA. Menerusi laman sosial Instagram, Misha memuat naik sedutan lagu baru tersebut untuk tatapan umum. 

“Assalamualaikum, tepat detik 12 malam nanti kalian akan dapat menikmati, menghayati lagu dan video muzik terbaru saya berjudul Tanpa Rela,” tulisnya menerusi ruangan kapsyen. 

– Misha Omar
Selepas SAMPAI BILA, Misha Omar Kembali Dengan Single Berjudul TANPA RELA

Menurut Misha, lagu ini agak berlainan dari lagu-lagu terdahulunya dimana beliau memberikan penglibatan penuh didalam penghasilan lagu ini. Bukan hanya menyanyi, Misha turut terlibat dalam mencari melodi dan berkolaborasi dengan komposer Lee Sze Wan dari segi susunan muzik

Tambah Misha atau lebih mesra disapa Kak Mitch, penghasilan lagu terbaharunya ini memberikannya banyak pengalaman manis lebih-lebih lagi dapat bekerja bersama Datuk Syafinaz di studio rakaman sebagai penasihat dan pengarah vokal.

“Ia memberikan suasana yang berbeza buat saya. Sebelum ini, saya hanya melangkah ke studio rakaman untuk memasukkan vokal apabila semua proses awal sudah selesai.

“Tetapi untuk Tanpa Rela, saya terbabit dari awal. Bermula dengan mencari idea untuk menghasilkan melodi, seterusnya berbincang dengan Sze Wan dari segi susunan muzik.

“Saya juga terbabit dalam penulisan lirik,”

– Misha Omar
Selepas SAMPAI BILA, Misha Omar Kembali Dengan Single Berjudul TANPA RELA

Yang menariknya tidak sampai sehari Muzik Video Tanpa Rela dilancarkan di Youtube dan diperdengarkan kepada orang ramai, peminat sudah meramalkan yang lagu ini bakal dipertandingkan di Anugerah Juara Lagu (AJL) untuk tahun hadapan.

Tanpa Rela sudah boleh distrim menerusi platform penstriman bermula 18 September lalu. 

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Xiaomi Releases Mi Electric Shaver S500 & 10000mAh Mi Wireless Power Bank

IKEA & ASUS ROG Bergabung Hasilkan Perabot Khas Untuk Kaki Gaming