in ,

IKEA & ASUS ROG Bergabung Hasilkan Perabot Khas Untuk Kaki Gaming

14 September lalu, syarikat perabot terbesar dunia, IKEA telah mengumumkan akan menjalankan kerjasama dengan Republic of Gamers (ROG) bagi menghasilkan perabot mampu milik khas untuk aktiviti gaming.

Dikatakan akan memberikan pengalaman permainan video di satu tahap yang baru, koleksi yang menampilkan sekitar 30 produk ini akan dilancarkan di China buat pertama kalinya pada Februari 2021 sebelum tersedia untuk pasaran global pada Oktober 2021.

Melihat kepada bilangan penduduk dunia yang mana satu per empat daripadanya adalah gamers, IKEA ingin tahu bagaimana perabot rumah mampu meningkatkan pengalaman gaming dan kehidupan di sekitarnya.

IKEA & ASUS ROG Bergabung Hasilkan Perabot Khas Untuk Kaki Gaming

Hasil daripada itu, mereka telah bekerjasama dengan UNYQ dan Area Academy bagi meneroka dunia permainan video dan mengambil langkah yang seterusnya iaitu menjalankan kolaborasi bersama ROG – salah satu jenama terkemuka dalam industri permainan video uang menghasilkan peralatan berkualiti tinggi dan inovatif untuk kaki game.

IKEA & ASUS ROG Bergabung Hasilkan Perabot Khas Untuk Kaki Gaming

Malah dilaporkan terdapatnya bengkel yang dibuat bersama pemain video profesional dan peminat bagi mengetahui kehendak dan keperluan sebenar kelompok sasaran mereka.

Dengan kerjasama ini, IKEA yang mempunyai kepakaran dalam bidang perabot rumah akan menggabungkan pengetahuan mereka dengan kepakaran ROG bagi mencipta pengalaman yang luar biasa buat kaki game.

Walaupun masih bersembunyi dengan produk yang akan dihasilkan, ramai yang menjangkakan ianya bakal terdiri daripada perabot asas seperti kerusi dan meja.

IKEA & ASUS ROG Bergabung Hasilkan Perabot Khas Untuk Kaki Gaming

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Selepas SAMPAI BILA, Misha Omar Kembali Dengan Single Berjudul TANPA RELA

Manuskrip Cinta Buah Tangan Duo Izaatfarhan Sentuh Isu Zina