in , ,

Selepas PKP, Andi Bernadee Buat Kemunculan Kali Pertama Di Butik Fipper Sitiawan

Kemunculan ini bersempena perasmian butik Fipper di Aeon Seri Manjung.

Dalam majlis yang berlangsung pada Sabtu 13 Mac 2021, peminat berpeluang bertemu Andi dan beramah mesra tetapi dalam masa yang sama tetap mengamalkan SOP PKPB. Menurut Andi, “sejak PKP lalu Andi tak pernah turun padang bertemu peminat, lama juga rasanya. Alhamdulillah Andi berpeluang bersua muka dengan mereka. Ada yang cakap mereka suka Andi sebagai pelakon, ada yang rindukan nyanyian Andi, rata arag mereka tanyakan saya soalan bila nak berlakon lagi? Andi akan terlibat dalam 2 buah drama, satu siri pendek untuk raya ni, satu lagi siri drama episod”.

Selepas PKP, Andi Bernadee Buat Kemunculan Kali Pertama Di Butik Fipper Sitiawan

Walaupun Andi diuji dengan perbuatan sihir, kerja untuk mencari rezeki tetap Andi teruskan demi kelangsungan hidup anak seni. Tambahan pula dalam keadaan sekarang semua berebut untuk mendapatkan peluang atau mencari rezeki. Andi sebagai anak seni kena berusaha dan kena kuat bekerja agar untuk hidup. Kerja macam kami tak ada gaji bulan, ibaratnya Kais Pagi, Kais petang untuk mencari rezeki.

Saya juga nak ucapkan terima kasih kepada media dan juva peminat yang sentiasa menyokong dan mendoakan agar saya diberikan kekuatan dan kesihatan yang baik.

Andi yang baru sahaja melancarkan single terbaru berjudul Kais Pagi Kais Petang, lagu ini menggambarkan kehidupan setiap manusia yang perlu bekerja setiap hari untuk mendapatkan rezeki, ada orang yang senang dan ada orang yang susah. Ini lumrah kehidupan bukan di negara kita sahaja, malah seluruh dunia melalui kehidupan yang sama.

Selepas PKP, Andi Bernadee Buat Kemunculan Kali Pertama Di Butik Fipper Sitiawan

Untuk makluman Fipper juga ada menjalankan kempen bersama Zoo Negara dengan setiap pembelian Trucker Cap yang berharga RM9.90 anda telah menyumbang kepada Zoo Negara. Jumlah jualan ini akan diserahkan sepenuhnya kepada Zoo Negara bagi menampung kos operasi.

Andi juga turut menyeru orang ramai untuk terus menyokong program ini demi membantu haiwan haiwan di Zoo Negara.

“Andi sendiri diberi penerangan tentang perbelanjaan untuk memelihara haiwan disini, sangat besar jumlah. Jadi, marilah sama sama kita bantu pihak Zoo Negara.

Fipper juga merancang untuk menghasilkan video raya edisi Fipper yang sepatutnya dilaksanakan tahun lepas tetapi ia ditangguhkan sebab PKP, harapan agar tahun ini terlaksana projek video raya Fipper bersama Andi.

Leave a Reply

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

‘You Did Well!’ Neelofa Puji Nabila Razali Walaupun Dikecam oleh Netizen Gara-Gara Terkucil

NUHA BAHRIN Lancar Single XSEMPURNA, Kisah Sebenar Dikutuk & Dihina Satu Dunia