in ,

Selepas Melahirkan Anak Kedua, Siti Nurhaliza Rancang Konsert Pada Tahun 2021

ANDA sudah bersedia? Mari kita mulakan! Itulah kata-kata pembukaan daripada penyanyi tersohor tanah air, Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin sebelum memulakan lagu Badarsila semasa konsert Datuk Seri Siti Nurhaliza On Tour.

Walaupun sudah hampir dua tahun berlalu, suasana masih dapat dirasai peminat setianya.

Tiket yang ada juga habis terjual sehingga terpaksa menambah kapasiti penonton bagi memenuhi permintaan peminat yang ingin melihat buah hati Malaysia itu beraksi di pentas Axiata Arena, Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

Konsert yang berlangsung lebih kurang 3 jam itu seperti tidak cukup untuk peminat pelantun lagu Aku Bidadari Syurgamu itu.

Jika dibenarkan, mungkin peminat ingin habiskan masa satu malam untuk mendengar Siti Nurhaliza menyanyikan lagu-lagu hitnya.

Impian untuk melihat penyanyi yang berusia 41 tahun itu kembali beraksi di atas pentas mungkin akan tercapai lagi apabila beliau sendiri menyatakan bakal mengadakan konsert pada tahun hadapan selepas selesai melahirkan anak keduanya.

Menurut beliau, sudah ada penganjur yang telah bersetuju untuk mengadakan konsert untuknya pada tahun hadapan.

“Insya-Allah, tahun depan saya akan mengadakan konsert pada hujung tahun, setelah saya melahirkan anak kedua ini.

“Pihak penganjur telah pun bersetuju untuk mengadakan konsert, jadi saya akan fokus untuk konsert di Malaysia terlebih dahulu,” jelasnya.

– Datuk Seri Siti Nurhaliza

Sama-sama kita nantikan konsert daripada penyanyi nombor satu Malaysia ini dan kita doakan Siti serta kandungannya sentiasa sihat.

*Sumber: Astro Awani

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Bakti Terakhir Hafiz Mahamad Buat Sahabat, Jadi Driver Van Jenazah & Tawar Diri Jadi Imam

Selepas iPhone, Apple Dijangka Lancarkan Kereta Elektrik Menjelang 2024