in ,

Bakti Terakhir Hafiz Mahamad Buat Sahabat, Jadi Driver Van Jenazah & Tawar Diri Jadi Imam

Sebelum ini pernah tular kisah seorang influencer, Hafiz Mahamad yang sering membantu rakan baiknya bernama Loh. Walau bagaimanapun, pagi ini usahawan berkenaan dimaklumkan sahabatnya itu sudah pun kembali ke Rahmatullah setelah sekian lama bertarung dengan masalah kesihatan yang dihidapi.

Sebaik saja mendengar perkhabaran berkenaan, Hafiz terus sahaja bergegas ke Kelantan untuk melawat buat kali yang terakhir. Betapa eratnya perhubungan dua sahabat ini sehingga keluarga Allahyarham sanggup menunggu kedatangan usahawan muda tersebut sebelum jasad lelaki itu diuruskan.

Hampir saja dirinya terduduk saat melihat rakannya sudah pergi buat selama-lamanya.

Copy

Imamkan solat untuk teman baiknya, bantu sehingga ke liang l4had

Sebagai seorang kawan, Hafiz menawarkan diri untuk memandu kenderaan untuk membawa jasad pemuda tersebut selain mengimamkan solat. Dengan tangisan yang cukup pilu, influencer ini juga turut turun ke liang lahad untuk membantu mengebumikan kenalan baiknya.

Meskipun pemergian mengejut ini tersangat berat untuk dilalui, namun Hafiz tetap tabah menguruskan urusan pengebumian berkenaan sehingga selesai. Instafamous ini juga lega apabila janjinya terhadap Allahyarham Loh sudah ditunaikan sepenuhnya.

Baru Hadiahkan Wheelchair Elektrik, Hafiz Mahamad Seb4k Loh ‘Pergi’ Dijempvt Ilahi

Hafiz Mahamad sebelum ini pernah berk0ngsi pada 1 Oktober lalu, dia terpaksa memb4talkan semua mesyuaratnya di Kuala Lumpur demi menz1arah sahabat baiknya yang sedang mengalami peny4kit str0k di Kelantan.

Hafiz berk0ngsi perjalanannya dari Kuala Lumpur ke kawasan rumah sahabatnya dekat Kelantan dan mengambil keputusan untuk terus menghantar rakannya yang dikenali sebagai Loh ke hospital bagi mendapatkan raw4tan lanjut.

Terbaru, satu khabar dvka dik0ngsi oleh Hafiz menerusi Instastory bahawa sahabat baiknya itu telah menghembvskan nafas terakhir pagi tadi.

Di dalam perk0ngsian yang dimuat naik itu, sewaktu kali terakhir bertemu sahabatnya itu dia sudah menyangka arw4h hanya mampu bert4han dalam jangka masa yang pendek, namun jauh di svdut hati suami kepada Syafiqah Aina ini berharap Loh mampu bert4han.

“Masa terakhir saya jumpa, masa tu saya dah tau berapa lama j4ngka h4yat dia boleh bert4han. Sebab saya ada juga tanya jurur4wat,” katanya.

Dalam pada itu, Hafiz berd0a agar sahabatnya ditempatkan di syurga sekali gus berehat dari kesak1tan yang dihadapi oleh Allahy4rham.

“T4kdir dia harini, dia sahabat paling saya sayang, rindu dan cinta. Rehat la Loh. Kita jumpa di syurga nanti,” ujarnya.

Sebelum ini, Hafiz baru saja pergi ke Kelantan untuk menghadiahkan kerusi roda elektrik bagi memudahkan urusan Allahy4rham.

“Saya taknak biarkan sahabat saya g1veup dengan sak1t dia.

“Last month saya angkat dia ke hospital, harapan saya dia kuat & sembvh. Lepas 2 minggu stay hospital, dia boleh balik & mak dia jaga di rumah tapi sampai sekarang dia tak boleh berjalan lg

“Setiap hari saya call, sebab taknak sahabat saya ni rasa sunyi. Sebelum PKPD saya call & saje tanya “loh dh mandi ke?”

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Haqiem Rusli | 18

Haqiem Rusli Hubungi Syamsul Yusof, Tawar Diri Untuk Berlakon Filem

Siti Nurhaliza

Selepas Melahirkan Anak Kedua, Siti Nurhaliza Rancang Konsert Pada Tahun 2021