in , ,

Selepas MAGIKA, Wany Kayrie Makin Matang Muncul dengan Single AKSARA CINTA

Setelah memukau peminat dengan magis bersama “Magika”, finalis Dansa Dan Sing musim pertama Wani Kayrie kini muncul dengan single terbaru beliau, “Aksara Cinta”.

Sentiasa berusaha membawa pembaharuan di dalam muzik beliau, Wani Kayrie kali ini memilih untuk berusahasama buat pertama kalinya bersama gabungan hitmaker terkenal Hael Husaini dan Ezra Kong yang bertindak selaku komposer, penulis lirik dan penerbit single terbaru ini. 

“Aksara” merupakan perkataan yang berasal dari bahasa Sanskrit yang membawa maksud “huruf” atau simbol yang melambangkan sesuatu. Ia juga mempunyai maksud lain yang menggambarkan “keutuhan” serta “kekebalan”.

Lagu “Aksara Cinta” ini mengisahkan tentang pergolakan perasaan yang di hadapi oleh seseorang ketika mengenangkan cinta yang di pertahankan sekian lama akhirnya di sia-siakan dan mula merasa putus harapan dalam mencari kebahagiaan. Namun, ianya bukanlah sebuah pengakhiran.

“Aksara Cinta” dan kesemua single-single terdahulu Wani Kayrie terbitan Suria Records boleh didengari di kesemua platform music streaming pilihan ramai dan kesemua muzik video boleh di tonton juga di saluran YouTube rasmi Suria Records, SuriaRecordsSRC.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Penangguhan & Pembatalan Konsert-Konsert Musim 2020 di Dewan Filharmonik Petronas

Ibu Mertua Buat Intan Suraya Menangis?