in , ,

Selepas Jung Joon Won, Pelakon Jeon Jin Seo The World of the Married Terpalit Skandal

Setelah pelakon remaja Jung Joon Won yang berlakon dalam drama Korea ‘The World Of The Married’ terlibat dalam kontroversi, kini Jeon Jin Seo juga disoal oleh netizen.

Kontroversi itu timbul setelah muat naik di laman Facebook Jeon Jin Seo terbongkar. Dalam hantaran itu, dia memuat naik watak lelaki dalam komik Korea yang mengeluarkan jari tengahnya. Tindakan ini dianggap seperti tidak bermoral bukan contoh yang baik buat anak muda.

Beberapa perbualan Jeon Jin Seo dengan rakan-rakannya di Facebook juga menunjukkan bahawa pelakon itu menggunakan banyak kata-kata kesat.

Atas kejadian itu, agensi Jeon Jin Seo, T1 Entertainment segera mengeluarkan kenyataan bertulis. Mereka meminta maaf atas kontroversi yang telah berlaku dan banyak dibincangkan oleh orang ramai.

“Kami meminta maaf kerana menimbulkan kontroversi mengenai apa yang telah dimuat naik oleh Jeon Jin Seo di media sosial peribadinya. Malah dia menggunakan ayat yang tidak sesuai ketika berbicara dengan rakan-rakannya,” tulis agensi itu, yang dipetik oleh Soompi.

Hantaran itu ditulis oleh Jeon Jin Seo ketika dia memasuki sekolah menengah tahun lalu, keluarganya melarang Jeon Jin Seo keluar rumah. Oleh itu, dia memuat naik gambar itu untuk mendedahkan bahawa dia tidak mempunyai kekasih atau tak bercinta dengan rakan-rakannya.

“Sekarang, Jeon Jin Seo insaf apa yang telah terjadi dan kami berjanji bahawa kejadian ini tidak akan berulang di masa depan,” kata agensi itu.

Jeon Jin Seo adalah pelakon yang memerankan anak lelaki Kim Hee Ae dalam drama The World of the Married.

What do you think?

73 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Zul Yahya Seru Artis Tinggalkan Industri Hiburan, Sekali Yana Samsudin Bidas Balik

CEO Twitter Benarkan Pekerja Bekerja Dari Rumah Sampai Pencen Kalau Mereka Mahu