in ,

CEO Twitter Benarkan Pekerja Bekerja Dari Rumah Sampai Pencen Kalau Mereka Mahu

Twitter, merupakan salah sebuah syarikat yang memulakan prosedur kerja dari rumah sebaik sahaja dunia dilanda wabak C0V19.

Dan CEO Twitter, Jack Dorsey kini tidak merancang untuk melihat stafnya kembali semula ke pejabat. Malah Dorsey sudah mengumumkan syarikat mereka akan kekal dengan dasar kerja dari rumah selepas September. Beliau kini sedang berbincang dengan para pegawainya tentang garis panduan lebih baik dan bagaimana untuk membantu stafnya agar dapat bekerja dari rumah dengan lebih efisien.

Antaranya, mungkin akan membantu mereka memiliki pejabat kecil sendiri di rumah / working station.

Seorang jurucakap Twitter menyatakan kepada ABC:

“Apabila kami membuka pejabat kelak, ia tetap tak akan sama seperti sebelum ini.”

“Kami akan berhati hati dengan langkah berjaga jaga lebih ketat.”

Malah Twitter sudah mengesahkan bahawa, tidak ada staf mereka akan kembali semula ke pejabat untuk tahun ini.

“Kami bangga dengan langkah awal kami ambil untuk melindungi pekerja kami dan komuniti kami. Ia kekal menjadi keutamaan kami dalam usaha kami terus bekerja dalam situasi yang kita tak tahu bagaimana ia akan berlaku dalam beberapa bulan akan datang,”

Twitter telah mengarahkan seramain 5,000 pekerjanya untuk bekerja dari rumah bermula Mac. Keputusan itu dibuat selepas mereka merupakan bukan entiti perniagaan keperluan. Jadi, tidak perlu untuk Twitter mendesak pekerjanya unuk datang ke pejabat.

Polisi kerja dari rumah juga diamalkan sepenuhnya oleh beberapa syarikat gergasi lain termasuk Google dan Amazon.

Dorsey turut menderma 28% daripada kekayaannya untuk membantu meringankan beban C0V19 pada April ataupun $1 billion.

Dorsey menyatakan wang itu beliau ambil daripada ekuiti beliau di Square.

“Kenapa saya ambil wang dari Square bukan Twitter? Senang, jawapannya kerana saya ada lebih banyak wang di Square.”

“Dan sekarang saya kena kuatkan lagi usaha untuk menjual. Impak wang ini sepatutnya memberikan manfaat kepada orang ramai untuk jangka masa panjang kerana ia membantu mereka yang benar benar mahu berkhidmat.”

– Dorsey

Malah Dorsey menyatakan, pekerja mereka boleh bekerja dari rumah untuk selama-lamanya jika mereka mahu berbuat demikian. Hanya perlu memaklumkan kepada pihaknya, sebaik sahaja lockdown ini berakhir.

Namun mereka yang bekerja dalam skop kerja yang memerlukan mereka sendiri datang, maka mereka kena datang ke pejabat. Antaranya seperti kerja menyelenggara server.

What do you think?

54 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Selepas Jung Joon Won, Pelakon Jeon Jin Seo The World of the Married Terpalit Skandal

Abu Syafiq Umum Mahu Bertanding di Parlimen Jerlun & Langkawi