in , ,

Selepas Tiga Tahun Bercinta, Akhirnya Kekasih Mahu Lamar Janna Nick

Aktor Dini Schatzmann mengakui bersedia bagi melamar kekasihnya yang juga aktres dan penyanyi, Janna Nick sekali gus menuju ke fasa perhubungan halal.

Berita gembira tersebut didedahkan oleh aktor berusia 28 tahun itu yang menjadi tetamu dalam program MeleTOP bersiaran secara langsung di Astro Ria malam tadi.

Menurut aktor drama Marry Me Senorita itu, dia sudah berhasrat untuk menjadikan Janna sebagai suri hatinya namun hanya menunggu ‘lampu hijau’ daripada aktres berkenaan.

“Janna adalah definisi cantik. Saya dah bersedia (kahwin), cuma tunggu dia. Bila-bila masa apabila dia sudah bersedia,”

– Dini

Sebelum itu, Dini sempat membuat kejutan dengan memberikan setangkai bunga mawar kepada Janna tanda kasih sayang setelah tiga tahun menjalin hubungan cinta.

Pada program tersebut juga, Janna atau nama sebenarnya Nurul Jannah Muner turut melakukan persembahan single terbaharunya berjudul Gatal yang ketika ini menjadi fenomena di aplikasi TikTok.

Lagu ciptaan sepenuhnya oleh Aepul Roza yang dilancarkan sejak tiga minggu lalu itu telah mendapat sebanyak 3.4 juta tontonan serta 103,000 tanda suka di saluran YouTube.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Filem KAMPONG PISANG BERBUAH DUA KALI Raih RM 1 Juta Dalam Tempoh 6 Hari

Brendan de Cruz Bakal Menghiburkan Peminat Di Konsert LOVELIFEMUSIC