in ,

Selepas 10 Tahun, Ruffedge Kembali Lancar Single SEPERTI MEREKA

Hampir 10 tahun menyepi tanpa karya terbaru, kumpulan Ruffedge kembali mewarnai arena muzik tempatan dengan single terbaru berjudul ‘Seperti Mereka’.

Sekian lama hilang dari persada seni, Ruffedge kembali mencuri perhatian peminat pada awal tahun ini apabila muncul membuat persembahan dalam majlis Anugerah MeleTOP Era 2018.

Seperti Mereka Cover Final-JPG

Kemunculan semula Ruffedge menimbulkan suasana keterujaan dikalangan peminat muzik tanahair, lebih-lebih lagi apabila Ruffedge mengumumkan penganjuran konsert perdana mereka ‘Ruffedge: 20th Anniversary’ yang bakal berlangsung di KL Live pada 4 Ogos nanti. Sebagai pelengkap episod kemunculan semula mereka di persada muzik tempatan, single ‘Seperti Mereka’ dirakam khas untuk peminat setia Ruffedge yang merindui karya terbaru daripada mereka.

Di zaman kegemilangan mereka, kumpulan yang dianggotai oleh Cat Farish, Azan, Zain, Mode, Sein dan Amir ini pernah popular menerusi lagu-lagu seperti Tipah Tertipu, Bila Rindu, Goyang, Khayalan, Da’ Bomb, Lemas dan banyak lagi. Kumpulan yang mendukung genre R&B dan hip hop sejak awal kemunculan mereka pada tahun 1998 ini, tetap mengekalkan genre muzik yang sama dalam ‘Seperti Mereka’. Lagu yang mengangkat tema cinta ini diberikan sentuhan muzik R&B soul seperti lagu hit mereka terdahulu Bila Rindu. Single pertama Ruffedge selepas 10 tahun ini merupakan hasil ciptaan penuh anggota kumpulan itu sendiri iaitu Azan Addin.

‘Seperti Mereka’ merupakan single terbitan MKZ Network dengan kerjasama Warner Music Malaysia sebagai pengedar. Single ini boleh didapati di kesemua pelantar digital seperti Spotify, iTunes, KKBox, Deezer, Joox dan juga Apple Music bermula pada 3 OGOS 2018 di pautan ini: https://wmm.lnk.to/sepertimereka

LIRIK LAGU SEPERTI MEREKA

Verse 1

Perkenalan singkat ini sangat
Aku rasakan bermakna
Hangat, jiwa ku mengenangkan diri mu,
Sebelum ini sekadar senyuman,
Bila berselisihan sungguh nyaman,
Aroma yang menyelubungi kamu,

Verse 2

Lazimnya mereka,
kata cinta,
datang sendirinya,
namun aku abaikan,
ku teruskan mencari tak pula ku temui,

Chorus

Aku ingin melalui, hari ku seperti,
Setiap mereka yang punya keluarga,
Akan kupinangi mu,
Akan ku rangkul kamu,
Bersama kita berpimpin tangan,
Bermimpi bukan,
Semuanya kebenaran yg kuinginkan,

Verse 3

Tidak perlu mereka ulangi,
Perhubungan ini masih awal lagi,
Memang kita sedang berkenalan,

Kesilapan lepas beri pengajaran,
Elakkan tinggi menaruh harapan,
Jangan sampai semua membebankan

Chorus

Aku ingin melalui, hari ku seperti,
Setiap mereka yang punya keluarga,
Akan kupinangi mu,
Akan ku rangkul kamu,
Bersama kita berpimpin tangan,
Bermimpi bukan,
Semuanya kebenaran

Bridge

Sayangnya cinta begitu lama,
Putus begitu sahaja,
Dan kali ini,
ku ingin diberkati Maha Esa selamanya,

(Vokal Cat effect)

Aku ingin melalui, hari ku seperti,
Setiap mereka yang punya keluarga,

Akan kupinangi mu,
Akan ku rangkul kamu,
Bersama kita berpimpin tangan,
Bermimpi bukan
Semuanya kebenaran

Aku ingin melalui, hari ku seperti,
Setiap mereka yang punya keluarga,
Akan kupinangi mu,
Akan ku rangkul kamu,
Bersama kita berpimpin tangan,
Bermimpi bukan,
Semuanya kebenaran yg kuinginkan

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Kisah Benar Juruterbang Terkandas di Lautan Dalam Filem AGAINST THE SUN

Dokumentari WARISAN EMAS