in ,

Seleksi Program Terbaik Sepanjang Minggu di TV2

RTM terus unggul membariskan program menarik termasuklah menerusi saluran TV2 bermula 13 hingga 18 April depan. Pilihan cuma di tangan penonton untuk memilih sama ada telemovie, hiburan, filem antarabangsa pelbagai genre dan bermacam lagi.

Sebagai permulaan, RTM berkongsi menyiarkan telemovie “Jenayah Cinta” pada 13 April ini, pukul 9.00 malam. Ia tentang Haikal seorang duda yang bekerja sebagai pegawai polis perlu menjaga tiga orang anaknya. Dia berusaha untuk mendapatkan pembantu rumah yang terbaik untuk menguruskan anak-anaknya itu. Adakah Haikal berjaya menemui pembantu rumah yang terbaik dan mampukah pembantu rumah tersebut melayani karenah anak-anaknya? Lakonan Fahrin Ahmad, Tunku Hanis dan Zara Zya.

Seterusnya filem “Operation Mekong” mengisi Screen On 2 pada 15 April ini, pukul 9.00 malam telah diilhamkan dari kisah benar Pembunuhan Mekong, di mana dua kapal pedagang dari China diserang hendap di Sungai Mekong salah satu tempat penghasilan dadah terbesar di dunia. Kerajaan China, Laos, Thailand dan Myammar bergabung untuk menyiasat pembunuhan 13 anak kapal serta membongkar rahsia tempat tersebut. Lakonan Hanyu Zhang, Eddie Peng dan Baoguo Chen.

Telemovie Jenayah Cinta

Diikuti filem “Abu Hassan Penchuri” pada 16 April ini, pukul 9.00 malam mengembalikan kenangan penonton dengan kisah watak Abu Hassan seorang yang merempat dan hidup dengan mencuri. Dia bersama rakannya Kassim sering merayau dari tempat ke tempat untuk mencuri. Pada suatu hari, semasa mereka berada di pasar yang sibuk di kota Baghdad, mereka terpesona oleh kecantikan Puteri Faridah yang lalu di situ dalam satu perarakan. Abu Hassan terus bercita-cita hendak beristerikan tuan puteri dan berusaha untuk merealisasikan impiannya itu. Lakonan Tan Sri P. Ramlee, Mariam Baharum, Ahmad C, Daeng Idris dan Nordin Ahmad.

Filem Abu Hassan Penchuri

Program terbitan Unit Hiburan TV RTM khas Ramadan ini, “Ihya Ramadan”, disiarkan mulai 17 April ini, pukul 9.00 malam. Program hiburan variasi sepanjang Ramadan ini merupakan dakwah dalam hiburan untuk mendidik dan menyampaikan mesej kerohanian secara santai. Artis terlibat menjayakan persembahan ini ialah Haqiem Rusli, Aris Ariwatan, Ernie Zakri, Lah Ahmad, Khai Bahar, Ustaz Don Daniyal, Wani Hasrita, PU Azman, Nazri, Naim Daniel, Mark Adam, Caliph Busker, Kumpulan Raihan.

Seterusnya telemovie yang mempertemukan dua pelakon Idris Khan dan Farali Khan iaitu “Surfer Lover” pada 18 April ini, pukul 2.05 petang yang menceritakan tentang Lia seorang bekas tomboy sedang bercuti dengan sahabat karibnya GG bagi menenangkan fikiran dan mengubati jiwanya yang terluka akibat dipermainkan oleh tunangnya. Sedang asyik menikmati percutiannya, Lia sering bertembung dengan Reza, seorang jejaka yang gemar bermain luncur air. Cinta mula berputik pabila Lia dan Reza mula berkongsi minat yang sama, bermain luncur air.

Akhir sekali luangkan masa menonton filem “Keni” hari sama, pukul 9.00 malam menonjolkan kisah seorang ibu tunggal yang tidak berpuas hati kerana beberapa ahli politik dan pegawai kerajaan tidak membenarkan air dari kolamnya yang terletak disempadan dua negeri dibahagi kepada beratus orang miskin di kampung. Dia menentang sistem korup yang sedia ada dan mendakwa mereka di mahkamah demi keadilan penduduk kampung tersebut. Ia dibintangi oleh Jaya Prada, Revathi dan Kailash.

Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, anda berpeluang menontonnya menerusi portal online, RTM Klik (rtmklik.rtm.gov.my) dan rtm mobile. Muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Awie | 23

Rezeki ABC & ZUZUZU Berakhir Di Pentas Separuh Akhir Muzikal Lawak Superstar 2

Neelofa | 24

Fipper Jawab Isu Selipar ‘Muslim Friendly’ Edisi Khas TheNoor