in ,

Fipper Jawab Isu Selipar ‘Muslim Friendly’ Edisi Khas TheNoor

Sehingga ke hari ini, nama Neelofa atau Noor Neelofa Mohd Nor menjadi sebutan hangat netizen selepas terpalit dengan pelbagai kontroversi.

Pada 5 April yang lalu, Neelofa telah melancarkan selipar ‘Mesra Muslim’ bersama jenama selipar tempatan, Fipper. Selipar berkenaan yang dijual pada tanda harga RM79.90 sepasang dirasakan mahal oleh sesetengah individu.

Namun, apa yang menarik perhatian serta menjadi persoalan netizen ialah spesifikasi selipar tersebut yang dikatakan ‘Mesra Muslim’ sedangkan apabila dilihat reka bentuk selipar tersebut boleh dikatakan lebih kurang sama sahaja dengan selipar lain yang ada di pasaran.

NEELOFA
NEELOFA

Lantaran isu ini menjadi bualan serius netizen, Fipper dalam satu kenyataan media telah menyatakan bahawa terma ‘Mesra Muslim’ itu merujuk bahawa produk selipar Slip On Fipper x TheNoor ini sesuai untuk kegunaan serta imej Muslimah yang memakai stokin. Fipper juga memohon maaf atas kekeliruan yang timbul.

NEELOFA

Namun begitu, ‘nasi sudah menjadi bubur’ dan berikutan kontroversi itu, ada segelintir netizen mahu memboikot semua jenama yang berkaitan Neelofa termasuk hasil kolaborasi beliau bersama syarikat terkemuka tempatan yang lain.

Semoga Neelofa terus cekal menghadapi dugaan ini dan berharap situasi tegang antara beliau dan netizen akan segera pulih dalam masa terdekat.

*Sumber: The Vocket

What do you think?

34 Points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Rezeki ABC & ZUZUZU Berakhir Di Pentas Separuh Akhir Muzikal Lawak Superstar 2

Dakwaan Ada Pihak Menyamar Sitizoners, Ini Teguran dan Komen Siti Nurhaliza