in

Selebriti Popular Sertai Jaguh Kampung Musim 4

Istimewa bulan Jun ini, Astro Prima membawakan kembali program realiti bagi mencari juara memasak iaitu Jaguh Kampung untuk musim keempat yang bakal bersiaran pada setiap hari Jumaat, jam 9.30 malam bermula 18 Jun 2014 menerusi saluran 105 dan siaran serentak di Maya HD menerusi saluran 135.

Masih mengekalkan konsep yang sama seperti musim sudah, program Jaguh Kampung Musim 4 ini bakal menyaksikan wakil-wakil pasukan dari pelbagai kampung yang akan berentap dalam pertandingan kalah mati untuk menyediakan hidangan asli kampung. Kesemua pasukan terpilih perlu bersaing di peringkat kampung terlebih dahulu untuk mara ke peringkat seterusnya yang dibahagikan mengikut zon.

Antara barisan artis yang menjayakan penerbitan musim ini termasuklah Farouk Hussein, Zul Yahya, Sharifah Shahora, Mama Norlia, Sheila Mambo, Shamsul Ghau Ghau serta barisan juri tetap untuk musim ini iaitu Chef Mohd Irwan & Chef Kasdi dan ramai lagi.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Supermokh The Musical Restaging

Sinopsis Drama Bersiri Cerita Cinta Kita