in

Selebriti Popular Jayakan KELAKARAMA di TV9

Satu slot baharu yang dinamakan #Kelakarama bakal menggelikan hati penonton akan ke udara selama satu jam setengah di saluran TV9 bermula 17 Januari 2015 kelak. Slot #Kelakarama bakal memaparkan beberapa genre program baru dengan pengisian program berlandaskan komedi untuk tontonan seisi sekeluarga.

Sebagai pembuka tirai, #Kelakarama akan menampilkan drama sitkom “Anak ke-5” yang bakal menemui penonton mulai 17 Januari 2015. Drama ini mengisahkan Tini, seorang gadis yang membesar di Indonesia terkejut apabila mengetahui yang dirinya merupakan anak angkat yang diculik dari sebuah keluarga di Malaysia 22 tahun dahulu. Ingin merubah nasibnya, Tini nekad meninggalkan Indonesia dan terbang ke Malaysia untuk mencari keluarga kandungnya.

JIKA IA KELAKAR, IA PASTI DI #KELAKARAMA

Namun kedatangan Tini telah merubah keadaan keluarga kandungnya. Dibesarkan dengan latarbelakang yang berbeza, Tini bukan sahaja sukar untuk menyesuaikan diri malah menjadikan keluarga kandungnya porak-peranda. Pelbagai aksi lucu terjadi ketika Tini cuba menyesuaikan diri dengan kehidupan dan juga keluarga barunya itu.

Program Anak ke-5 ini dibintangi oleh Chacha Maembong, Riz Amin, Liza Abdullah, Linda Hashim, Janna Nick, Mustaqim Bahadom, Alvina dan Adam Shah.

Program Diva pula, dibintangi oleh Sherry Al Hadad dan Zulin Aziz akan bersiaran selama sejam. Dengan konsep berlatarkan seakan sebuah program wawancara, namun Diva bukanlah program wawancara seperti kebiasaannya. Diva menampilkan barisan artis tanah air yang akan ditemuramah oleh kedua pelawak wanita kita mengenai pelbagai isu dan topik yang tidak disangka. Kenali artis kesayangan ramai dengan cara berbeza dan ikuti keseronokan permainan dan persembahan artis jemputan setiap episod.

Antara artis yang akan dijemput sebagai tetamu undangan dalam Program Diva ini seperti Amyra Rosli, Amar Baharin, Izzue Islam, Imran Ajmain, Izreen Azminda, Akim Ahmad, Abam Bocey, Aril, Sharifah Shahirah, Radhi OAG, Azhan Rani dan ramai lagi.

Menurut Pengurus Besar Kumpulan, Pengurusan Jenama & Program TV3 dan TV9, Cik Sherina Nordin:

“#Kelakarama ini adalah sebuah slot santai khas untuk ditonton oleh seisi keluarga di hujung minggu. Kami percaya bahawa setiap ibu bapa berasa letih setelah seminggu bekerja, jadi kami beri mereka masa untuk berehat pada hari sabtu untuk bergelak ketawa bersama keluarga dengan #Kelakarama. Lebih-lebih lagi, slot #kelakarama ini mempunyai pelbagai genre pilihan dimana yang pasti bakal mejadi sekadar hiburan keluarga sahaja.

“Drama Sitkom Anak ke-5 pula sebuah Dramedi yang sangat lucu. Gaya watak Tini untuk menyesuaikan diri dengan budaya Melayu Malaysia memang lucu. Selain dia perlu biasakan diri dengan bahasa Malaysia. Namun, dramedi ini tiada kena mengena dengan mana-mana individu yang masih hidup atau yang telah tiada. Ini cuma sekadar hiburan keluarga sahaja.”

“Kami juga ingin menjemput semua pengguna media sosial di Malaysia andai kata mereka mempunyai sebarang gambar atau video yang lucu yang boleh dikongsikan selapisan masyarakat seperti jenaka lucu, teka teki, mahu pun pantun yang kelakar.”

Ini bermakna segala jenis muat naik yang mengandungi elemen program dalam slot ini dapat di cari di laman sosial dibawah hashtag #Kelakarama dan boleh dikongsi bersama.

Jangan lepaskan peluang untuk meringankan tahap stress anda bersama slot #Kelakarama setiap malam sabtu bermula 17 Januari 2015 pada jam 8.30 malam. Program Drama Sitkom Anak Ke-5 akan keudara pada jam 8.30 malam, diikuti dengan Program Diva akan mula bersiaran pada jam 9.00 malam hingga 10.00 malam setiap hari Sabtu bermula 17 Januari hingga 4 April 2015. “Sekiranya ia kelakar, ia pastinya di #Kelakarama.

Kelakarama

What do you think?

73 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Sinopsis & Trailer Filem THE BOY NEXT DOOR

Astro Bella Anjur Kempen Astro Bella Jom Kurus