in , , ,

Selangor Modest Fashion Gala 2019 Berjaya Mengangkat Rekaan Busana Wanita Moden

Selangor membuka peluang untuk pereka-pereka fesyen memenuhi permintaan global dan menjadi hab fesyen serantau untuk busana santun. Wan & Mary diumumkan sebagai pemenang anugerah Pereka Aspiring bagi ‘Selangor Modest Fashion’ 2019

Selangor Modest Fashion tampil penuh bergaya untuk merancakkan industri fesyen tanahair dan serantau khususnya yang berkaitan dengan busana santun. Fesyen busana santun membawa maksud busana penuh sopan yang tidak mendedahkan dan menampakkan susuk tubuh. Walaubagaimanapun, busana santun tidak boleh dikelirukan dengan fesyen Islamik.

‘Selangor Modest Fashion’ merupakan sebuah inisiatif Kerajaan Negeri Selangor di bawah Invest Selangor Berhad bagi merealisasikan wawasan Kerajaan Negeri untuk memperkasakan dan melahirkan pengkarya-pengkarya bertaraf dunia dan seterusnya menempatkan Selangor sebagai hab fesyen untuk fesyen busana santun.

QueenSelangor_CrownPrinceSelangor_CEOInvestSelangor2

Industri fesyen di Malaysia tumbuh dengan pesatnya pada kadar 12% setahun dan menyumbang kepada pendapatan negeri yang dijangka meningkat kepada RM 5.5 billion menjelang 2023, berbanding RM 3.5 billion pada tahun 2019.

Selangor, khususnya Bangi dan Shah Alam, sentiasa dikaitkan dengan busana santun. Untuk tahun 2015 sahaja, kaum wanita sedunia telah membelanjakan sejumlah USD 44 billion untuk rangkaian busana santun ini.

Arrival_Queen_Selangor

‘Selangor Modest Fashion’ menjunjung kasih dan berbesar hati atas inisiatif Duli Yang Maha Mulia Tengku Permaisuri Norashikin, Tengku Permaisuri Selangor; Duli Yang Teramat Mulia Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj, Raja Muda Selangor telah berkenan menyokong hasrat memupuk bakat-bakat pengkaryaan fesyen di Negeri Selangor bersama-sama dengan YAB Tuan Amirudin Shari, Dato’ Menteri Besar Selangor, dan YBhg Dato’ Hasan Azhari Haji Idris, Ketua Pegawai Eksekutif Invest Selangor. 

‘Selangor Modest Fashion’ melalui Gala Fesyen di Hotel Four Seasons Kuala Lumpur bermatlamat untuk menjalin hubungan dengan kerabat DiRaja dalam dan luar negara, sosialita, tokoh-tokoh korporat, selebriti, influencer gaya hidup dan pemain-pemain industri agar mereka dapat turut sama membantu usaha mempromosikan pertumbuhan industri fesyen busana santun di Selangor.

Finale_walk_established_designers

Acara ‘Selangor Modest Fashion’ ini merupakan kolaborasi Bersama, antaranya Invest Selangor dan Selangor Youth Community. Ianya mengumpulkan pereka-pereka dari pelbagai lapisan – dari pereka perantis, pereka yang beraspirasi tinggi dalam segmen ini dan juga pereka yang telah lama bertapak dan berpengalaman – untuk mempersembahkan rekaan-rekaan dan karya-karya terbaru di bawah jenama ‘Selangor Modest Fashion’ dan bakal dipasarkan menerusi platform yang eksklusif.

Selangor Modest Fashion’ amat menyokong usaha membangunkan bakat-bakat baru melalui program inkubator untuk pereka Apprentice yang datang daripada latar belakang teknikal dan vokasional yang berkaitan dengan rekaan fesyen manakala dan pereka Aspiring pula terlibat dengan pertandingan fesyen yang berlangsung selama 4 bulan sejak Ogos 2019. 

‘Selangor Modest Fashion’ tertumpu kepada penggabungan fesyen dan perdagangan, dari  pengkaryaan dan rekaan kepada nilai fesyen sebagai transaksi ekonomi. Selain itu ianya juga membuka peluang untuk membina sebuah ekosistem yang mampan bagi bakat-bakat dalam industri fesyen busana santun ini menerusi pengalaman yang menarik untuk mencetus kesedaran serantau. 

Acara yang paling dinantikan ini yang bertemakan ‘Redefining Modesty’ (Mendefinisikan Kesantunan), membuka tirai dengan penuh bergaya di mana ia mempersembahkan koleksi rekaan asli daripada 9 pereka Aspiring dengan koleksi 3 pakaian Ready To Wear (RTW) atau sedia dan 1 koleksi Diraja untuk setiap satu pereka.

Winning_creation_Wan_Mary2

Gala Fesyen terus memukau peminat fesyen dengan persembahan daripada 12 pereka tersohor yang meperagakan 1 koleksi Diraja setiap satu pereka. Antara 12 pereka tersohor yang terlibat adalah Melinda Looi, Dato’ Tom Abang Saufi, Datuk Radzuan Radziwill, FIZIWOO, Rizman Ruzaini dan seorang pereka yang berbakat daripada Brunei, Farhanna Pura dengan jenama “Na Forrér”.  

Koleksi busana Diraja mempersembahkan rekaan busana untuk untuk lelaki dan wanita yang diinspirasikan dari fesyen tradisi Selangor yang disuntik dengan gaya yang lebih moden tetapi santun.

Aspiring_designer_creation8

Rekaan turut diinspirasikan dari 9 kelopak Bunga Tanjung sebagai bunga rasmi Selangor di mana ianya sering dilihat melatari rekabentuk senibina di istana DiRaja Selangor. Bunga Tanjung adalah simbol kepada keanggunan, citarasa tinggi, kemewahan dan kelembutan di sebalik keharumannya yang unik dan tersendiri.

Antara acara menarik yang dipersembahkan pada malam Gala Fesyen adalah penyampaian trofi ‘Selangor Modest Fashion Aspiring Award’ kepada peserta terbaik dari kalangan pereka Aspiring yang mengikuti pertandingan ini selama 4 bulan di bawah bimbingan dan pantauan oleh pakar-pakar industri seperti Faizal Hamid, Kurator Fesyen; Zaihani Mohd Zain, Penggaya Fesyen; dan Andrew Tan, Pengasas KL Fashion Week. Pereka fesyen duo, Wan & Amy, telah diumumkan sebagai pemenang bagi anugerah berprestij ini.

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.selangormodest.com

Aspiring_designer_creation7
Aspiring_designer_creation6
TomAbangSaufi
KhoonHooi
Winning_creation_Wan_Mary
SyomirizwaGupta
Winning_creation_Wan_Mary3
Finale_walk_established_designers2
Aspiring_designer_creation5
Aspiring_designer_creation4
Aspiring_designer_creation3
Aspiring_designer_creation2
Aspiring_designer_creation1

Invest Selangor Berhad

Invest Selangor Berhad adalah sebuah agensi hak milik penuh Kerajaan Negeri Selangor yang bertanggungjawab sebagai pemudah cara dalam urusan berkaitan pelaburan, menyediakan maklumat, khidmat nasihat di dalam negeri Selangor bagi pelaburan sedia ada dan yang berpotensi. Invest Selangor jugaakan terus berusaha untuk mewujudkan persekitaran yang kondusif dalam mewujudkan rangkaian baru, perkhidmatan dan insentif yang berpatutan yang disediakan oleh Lembaga Kemajuan Pelaburan Malaysia (MIDA) – dan seterusnyamempamerkan kepada dunia “Selangor The Golden State of Malaysia”.

www.investselangor.my

Selangor Youth Community

Diinspirasikan dari wawasan DYTM Raja Muda Selangor yang berkenan melihat belia-belia Negeri Selangor sebagai komuniti yang bersemangat dan penuh dinamik, SAY (Komuniti Belia Selangor) berhasrat untuk menyediakan landasan bagi menghubungkan belia-belia Selangor dengan peluang-peluang yang ada serta bekerjasama dengan pertubuhan-pertubuhan komuniti untuk inisiatif-inisiatif berimpak tinggi dan memberikan pulangan nilai yang besar.  

www.selangoryouth.com

UNTUK MAKLUMAT LANJUT

Website          : www.selangormodest.com

Instagram      : www.instragram.com/selangormodest

Facebook        : www.facebook.com/selangormodest

REDEFINING MODESTY

Dibawakan Khas Oleh

Rakan Strategik

NAMA 3 PEMENANG ‘APPRENTICE’:

  1. Solehin Usman
  2. Zabir Arfan
  3. Halimatun Saadiah

NAMA PEREKA ‘ASPIRING’:

  1. Ghaania
  2. Emin Madrosa
  3. Nadd Hassan
  4. Wan & Mary
  5. Arun Sayfull
  6. Nicole Teoh
  7. Shafirul Riza
  8. Shawn Lee
  9. Fyrose

NAMA PEREKA TERKENAL ‘ESTABLISHED DESIGNERS’:

  1. Melinda Looi
  2. Dato’ Tom Abang Saufi
  3. Datuk Radzuan Radziwill
  4. Khoon Hooi
  5. Rizman Ruzaini
  6. Innai Red
  7. Syomirizwa Gupta
  8. Jimmy Lim
  9. FiziWoo
  10. MimpiKita
  11. Syaiful Baharim
  12. Na Forrér (Farhanna Pura from Brunei)

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

NASSIER WAHAB MENINGGAL DUNIA

Penyanyi Nassier Wahab Meninggal Dunia Selepas Muntah Darah

Guna Lazada Wallet Anda Secara Offline Sempena Jualan 12.12