in , ,

Penyanyi Nassier Wahab Meninggal Dunia Selepas Muntah Darah

Kami di Budiey.com ingin mengucapkan salam takziah buat seluruh kenalan Allahyarham Nassier Wahab yang telah meninggal dunia hari ini. Semoga Allah cucuri rahmat ke atas Allahyarham Datuk Nassier Wahab.

Berita tanggal 5 Disember 2019, satu berita mengejutkan yang diterima, penyanyi terkenal di era 80-an Datuk Nassier Wahab, 57, menghembuskan nafas terakhir di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Petaling Jaya, pada jam 12.45 tengah malam.

Berita ini disahkan sendiri oleh pembantu peribadinya, Ariff Salim di mana beliau memberitahu, Allahyarham telah meninggal dunia dalam keadaan yang mengejut selepas muntah darah kira-kira jam 12.30 tengah malam.

Menurut Ariff Salim, Allahyarham Nassier hanya akan mengambil pil penahan sakit setiap kali diserang penyakit itu.

“Apabila makan ubat, sakit itu akan hilang. Kadang-kadang ambil masa dua hingga tiga hari baru hilang sakitnya.

“Apabila terlalu berterusan, doktor memberitahu kaedah ini tidak bagus kerana boleh menjejaskan kesihatannya,”

– Aliff Salim

Menurutnya lagi, doktor menasihatkan Nassier menjalani pembedahan tetapi dia kerap menangguhkannya.

“Selepas kali ketiga berjumpa doktor, barulah dia setuju untuk buat pembedahan pada 1 Jun lalu,

– Aliff Salim

Menurutnya, umum memang nampak Nassier sihat, tetapi sebenarnya dia tidak mampu menahan sakit apabila masalah kesakitan akibat ketumbuhan itu menyerang.

“Dia ditahan di wad selama 20 hari sebelum dibenarkan keluar. Sebelum ini dia terpaksa makan menggunakan tiub membuatkan berat badannya agak susut,”

– Aliff Salim

Aliff berkata, Nassier dinasihatkan berehat secukupnya sebelum kembali menyanyi.

“Sebelum ini Nassier memang merahsiakan kesakitannya.

“Apabila sakit itu datang, saya terpaksa menolak beberapa tawaran persembahan dengan memberi alasan jadualnya padat,”

“Seperti semua sedia maklum, arwah menjalani pembedahan membuang ketumbuhan pada rahang kiri, Julai lalu. Selepas itu, arwah melakukan rawatan lanjutan seperti radioterapi dan kimoterapi.

“Doktor meminta arwah menjalani rawatan menambah darah semalam (kelmarin) kerana beliau tampak terlalu pucat. Jika diikutkan, tiada apa-apa rawatan pada hari ini (semalam). Ketika sedang berehat tadi (malam tadi), arwah meminta saya mengurut tangan dan belakang badan, tetapi tiba-tiba, dia muntah darah yang banyak.

“Saya dan isteri arwah yang berada di sisinya terus meminta bantuan doktor. Tiba-tiba sahaja semuanya berlaku. Pada jam 12.45 pagi, doktor mengesahkan abang Nassier sudah tiada,”

– Aliff Salim

Allahyarham meninggalkan isteri, Datin Fatimah Abd Rauf, 56, dan seorang anak, Intan Najihah.

Jenazah Allahyarham akan dibawa pulang ke kediamannya di Bandar Bukit Raja, Selangor, pagi ini untuk urusan pengebumian.

Berita ini turut dikongsi rakan karib Allahyarham, Zur Eda yang juga teman seangkatannya dalam industri hiburan tanah air menerusi perkongsian di aplikasi Whatsapp.

“Innalillahiwainnailaihirojiun. Dukacita dimaklumkan Nassier Wahab baru sahaja menghembuskan nafasnya yang terakhir pada jam 12.45 pagi.

“Mohon sama-sama kita sedekahkan al-Fatihah dan kita doakan semoga roh arwah akan ditempatkan bersama roh solehin. Al-Fatihah,”

– Zur Eda

Sementara itu, seorang lagi teman seangkatan Nassier dari zaman popularnya, iaitu Azizul Khamis turut berkongsi khabar duka itu menerusi akaun laman sosialnya.

“Allahu Akbar. Al-Fatihah dengan bacaan untuk sahabat saya… Dato’ Nassier Wahab baru saja menghembuskan nafas terakhirnya malam ini tadi.”

“Al-Fatihah.. Semoga rohnya tenang di sana,”

– Azizul Khamis

Pada 15 Julai lalu, BH Online melaporkan Nassier menjalani pembedahan membuang ketumbuhan pada rahang kiri di sebuah pusat perubatan setelah mengalami kesakitan sejak lima tahun lalu di bahagian gusi.

Terdahulu, pada April 2018, Nassier pernah dimasukkan ke hospital untuk menjalani pembedahan membuang kelenjar dan ketumbuhan pada leher.

Ariff dilaporkan berkata, ketumbuhan itu mula dikesan selepas Nassier menjalani prosedur mencabut gigi, beberapa tahun lalu.

Sejak itu, Nassier dilaporkan kerap sakit gusi dan bergantung kepada ubat tahan sakit. Namun, apabila kesakitan itu berulang, penyanyi itu membuat pemeriksaan rapi dan doktor mendapati ada ketumbuhan kecil pada bahagian berkenaan.

Ketika laporan itu disiarkan, keadaan kesihatan penyanyi yang terkenal dengan lagu Sekali Aku Jatuh Cinta itu semakin baik, malah sudah boleh makan seperti biasa tanpa bergantung kepada tiub.

Sementara itu, Persatuan Seniman Malaysia (SENIMAN) menyifatkan pemergian Allahyarham suatu kehilangan besar kepada industri muzik.

Setiausaha Agungnya, Hafiz Nafiah dalam kenyataannya kepada BH memberitahu, kepimpinan tertinggi dan ahli SENIMAN meratapi pemergian Nassier dan mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham.

Allahyarham pernah menyertai program realiti Gegar Vaganza (GV) musim kedua pada tahun 2015, dan berjaya mendapat tempat keempat keseluruhan.

Nassier yang memulakan karier sejak era 1980-an, berasal dari Pulau Pinang dan aktif menyanyi serta berlakon. Antara lagu popular Allahyarham adalah Sekali Aku Jatuh Cinta, Undangan Rindu, Bayangan Wajah Luka dan Memori Cinta Luka.

Pada 1988, Nassier merakamkan lagu duet Susah Senang Kita Bersama dengan Ramlah Ram. Nassier turut menyertai musim kedua Gegar Vaganza (GV) hingga ke pentas akhir pada 2015 dan mendapat tempat keempat.

Datuk Nassier Wahab merupakan penyanyi yang pernah mencipta nama di sekitar era 1980-an.

  1. Nama sebenarnya, Mohd Nasir bin Abd Wahab. Dikenali dengan nama pentasnya, Nassier Wahab.
  2. Kelahiran Kota Kuala Muda, Kedah pada 18 April 1962. Berusia 57 tahun.
  3. Merupakan anak ke-12 daripada 14 orang adik-beradik.
  4. Penyanyi dan pelakon yang mula aktif dalam dunia hiburan sejak tahun 1980.
  5. Antara lagu-lagu hitsnya termasuk Memori Cinta Luka, Bayangan Wajah Duka, Sebuah Janji Tak Bereti, Sekali Aku Jatuh Cinta dan Undangan Rindu.
  6. Membuat kemunculan di layar perak menerusi filem Si Jantung gandingan bersama pelakon A. R. Badul, Ibrahim Din dan Faridah Fasha. Selain itu, menerusi drama Episod Terakhir, beliau berlakon di sisi Eman Manan dan Sheila Rusly.
  7. Berada di puncak populariti sewaktu meraih pencalonan dalam kategori Penyanyi Lelaki Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) pada tahun 1987 dan 2004.
  8. Pada 5 Disember 2019 jam 12.45 pagi, beliau akhirnya menghembuskan nafas terakhir di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Kuala Lumpur.
  • Kediaman keluarganya terletak di Teluk Air Tawar, Seberang Perai Utara, Pulau Pinang.
  • Mengambil inisiatif memajukan karier nyanyiannya dengan mendapatkan sijil Teori Muzik dan Teknologi daripada Joseph Chamberlain College, Birmingham, United Kingdom (UK).
  • Bekas finalis Gegar Vaganza musim kedua (GV2) pada tahun 2015 yang meletakkannya di kedudukan keempat sewaktu peringkat akhir.
  • Pernah dimasukkan ke ICU pada 2009 kerana cedera apabila rumahnya di USJ terbakar akibat litar pintas.
  • Pada April 2018, beliau menjalani pembedahan untuk membuang kelenjar dan ketumbuhan leher.
  • Pada 1 Jun 2019 pula, beliau menjalani pembedahan membuang ketumbuhan pada rahang kiri di mana keadaannya selepas itu dilaporkan beransur pulih.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Ada Sebab Neelofa Umum Undur Diri dari Jadi Pengacara di MeleTOP

Selangor Modest Fashion Gala 2019 Berjaya Mengangkat Rekaan Busana Wanita Moden