in ,

Selamat Ulangtahun Ke-13 Buat Budiey Dot Com Media

Hari ni 7 Januari 2020 makanya, genap sudah 13 tahun usia Budiey Dot Com Media. Bagi Budiey, tempoh 13 tahun ni rasanya satu tempoh yang agak lama jugak la, kalau ada anak dalan tempoh tu, dah kira besar panjang dah anak tu, dah masuk tingkatan satu.

Di sini, budiey nak ucapkan terima kasih banyak kepada semua penonton dan juga pembaca Budiey.com yang sudi support dan selalu melayari budiey.com. Budiey harap korang teruskan menyokong sampai bila-bila la ye.

Okay dalam video ni budiey nak cerita sikit pasal Issey Fazlisham, yang tak kenal, Issey ni seorang pelakon, jugak seorang pelawak, dan sekarang jadi penyampai Suria FM dan terbaharu, semalam Issey cakap dia sekarang ni dah jadi penerbit drama. Dah ada dua buah drama telah dihasilkan katanya.

Tahniah Issey, kira ni jugak rezeki Issey yang baru je kahwin hari tu iaitu pada 22 Disember 2019 Issey dah sah menjadi suami kepada pengurus sumber manusia, Noor Aimi Mohamed Jamil, 32 tahun, dengan sekali lafaz di di Kota Bharu, Kelantan. Masa berlangsung majlis nikah tu, sebenarnya Budiey dapat jemputan dari Issey untuk buat liputan di hari nikah tapi Budiey tak dapat balik kelate masa tu, sorry deh Issey… . apa-apa pun, terima kasih la sudi ajok Budiey. 

Pada 6 Januari 2020, semalam, Budiey sempat bertemu Issey di Sidang Media Pengumuman Penyampai Terbaharu Suria FM Team Pagi Suria di mana Ajak Shiro telah join Suria untuk jadi penyampai bersama dengan Issey dan Fizi di slot pagi.

Menurut Issey, dia mengakui penat jugak la sebab terpaksa berulang alik dari KL ke Kelantan, dan mungkin tengok keadaan macamana Isteri dia dapat tukar kerja di KL selepas ini. 

Menurut Issey dia kenal Aimi ni dah lama iaitu sejak di bangku sekolah lagi dan Aimi jadi ibu tunggal dua tahun lepas sebeb suaminya meninggal dunia kerana terlibat dalam kemalangan jalan raya. 

Yang penting, sekarang ni Issey ada tanggungjawab yang besar sebab isteri Issey ada ada tiga orang. Dan semampu yang boleh untuk cuba sebaik mungkin untuk menjalankan tugas sebagai bapa kepada anak-anaknya. 

Selain Issey, Budiey juga ada menemubual Ajak Shiro yang mana Ajak telah mengumumkan dia telah pun berhenti menjadi pengacara program Melodi di TV3. Rasa-rasa sape pulak yang akan ganti tempat Ajak ni ek? Korang rasa sape?

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Amir Masdi 2020 | 18

Amir Masdi Lancar Single Terbaharu Berjudul ASMARA

M.nasir | 19

Kmy Kmo & Luca Sickta Bergabung dengan Dato’ M. Nasir Untuk ZUHUD