in

Selamat Hari Jadi Ke 20 Akim Ahmad

Semalam merupakan hari yang bermakna buat penyanyi Akim Ahmad kerana telah menyambut ulangtahunnya yang ke-20. Budiey ucapkan selamat hari jadi yang ke-20 buat Akim (walaupun dah ucap berkali-kali kat Akim di event semalam), tapi nak juga ucap kat sini. Semoga Akim dimurahkan rezeki, dipanjangkan umur dan terus mencipta kejayaan dalam apa bidang yang diceburinya.

Semalam, semasa Prebiu Telemovie 7 Lagu yang diadakan di Cathay Cineleisure, Budiey sempat menemubual Akim di mana beliau menyanyikan 5 buah lagu dari 7 lagu yang dimuatkan dalam telemovie arahan Khabir Bhatia ini.

Untuk info pembaca, 7 Lagu dilakonkan oleh Farid Kamil, Emelda, Tizz Zaqyah, Soffi Jikan, Corrie Lee, Azhan Rani, Fazley dan Kuza. 7 Lagu akan disiarkan di Astro Citra.

Masih ingat lagi semasa Akim menyertai Akademi Fantasia musim ke-7, masa tu Akim berusia 18 tahun. Bermakna sudah 2 tahun beliau bergelar sebagai artis. Menurut Akim, beliau bersyukur kerana masih lagi maintain dan stabil berkarier sebagai penyanyi.

Ikuti temubual eksklusif Budiey bersama Akim Ahmad:

Peristiwa yang bersejarah dan paling manis bagi Akim setelah lagu yang dicipta sendiri Inikah Cinta telah mendapat sambutan menggalakkan dari peminat seterusnya dijadikan lagu tema untuk drama episod Inikah Cinta yang dibuat oleh Wall’s Cornetto.

Sebelum melangkah ke dewan pawagam untuk menonton telemovie 7 Lagu, Akim diraikan dengan nyanyian selamat hari jadi dan sesi memotong kek hari jadi dibuat secara sederhana.

Akim

Akim

Akim

Akim

Akim

Akim

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gambar Fouziah Gous di Pelancaran Butik Mimpi Kita

Roadshow Dashing For Men