in ,

Gambar Fouziah Gous di Pelancaran Butik Mimpi Kita

Walaupun sibuk berlakon drama untuk TV Al-Hijrah, selebriti tinggi langsing ini masih sempat meluangkan masa hadir untuk menggayakan fesyen terbaru keluaran butik Mimpi Kita yang berlangsung jam 3 petang semalam. Ye lah, kebetulan semalamnya jadual Fouziah Gous ada kekosongan.

Menurut Fouziah, sebenarnya, dari dulu lagi beliau selesa dan rasa serasi memakai pakaian dari butik ini. Beliau suka dengan fesyen santai tapi masih menampilkan ciri-ciri feminine yang sederhana glamor. Penggunaan warna yang lembut dan ‘sejuk’ memang menjadi forte pilihan Fouziah Gous.

Sebuah drama telenovela berjudul Trilogi Cinta lakonan Fouziah Gous masih disiarkan di TV1 sebanyak 40 episod.

Bagi Budiey, telenovela ini sangat menarik kerana ia diadaptasikan daripada kombinasi tiga novel popular Sharifah Abu Salem iaitu novel Tak Seindah Mimpi, Tak Semanis Impian dan Tiada Lagi Mimpi.

Telenovela terbaharu Trilogi Cinta ini mulai disiarkan pada 2 Januari 2011 lalu, jangan lupa tonton setiap Ahad dan Isnin, jam 10.00 malam di TV1.

Ini dia gambar Fouziah Gous yang jadi catwalk model di mini runaway showcase Pelancaran Butik Mimpi Kita semalam.

Fouziah Gous

Fouziah Gous

Fouziah Gous

Fouziah Gous

Fouziah Gous

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gambar Marsha Londoh di Pelancaran Butik Mimpi Kita

Selamat Hari Jadi Ke 20 Akim Ahmad