in

Selamat Hari Jadi Ke-35 DJ Lin Suria Cinta

Hari Khamis lalu sebenarnya tak lah busy sangat. Pagi dan petang takde event pun. Cuma pada sebelah pagi tu, Budiey sempat menonton filem aksi lakonan Nicolas Cage, Ron Perlman, Stephen Campbell Moore iaitu Season of The Witch di GSC Mid Valley. Namun, pada malamnya pula, Budiey kena menghadiri dua party yang diadakan serentak di dua venue berbeza. Party Masquerade Media Hiburan di Menara KL dan Party Sambutan Ulang Tahun DJ Lin Bersama Peminat di Red Box Ria Sogo.

Kebetulan ke party media hiburan pun mahu mengambil 100 majalah Media Hiburan yang ditaja oleh Karangkraf untuk diberikan kepada pembaca yang join Party Ulangtahun Budiey.com ke-4 yang akan diadakan pada 8 Januari 2011 ini. Terima kasih Meen Tahrin dari meja editorial Media Hiburan atas sumbangan ini.

Beralih kepada cerita tentang sambutan hari jadi DJ Lin bersama peminat ini sebenarnya adalah idea inisiatif dari pihak AJK Kelab Peminat DJ Lin yang terdiri seramai 10 orang dan mereka adalah di kalangan peminat setia DJ Lin. Kepada yang masih tak kenal DJ Lin, beliau merupakan salah seorang penyampai radio Suria FM yang mengendalikan segmen Suria Cinta yang ke udara setiap Ahad hingga Jumaat dari 11 malam hingga 2 pagi.

Hari Jadi DJ Lin

Untuk info pembaca juga, anda boleh memenangi pass masuk ke Party Ulangtahun Budiey.com ke-4 dengan hanya menyertai peraduan di segmen Suria Cinta dari 3-7 Januari ini. Jadi kepada nak 2 keping pass masuk percuma ni, dengar-dengarlah Suria Cinta. Lagu-lagu di Suria Cinta pun semua best-best. Lagi pun pada yang menang, boleh bawa seorang kawan untuk hadir di party budiey.com.

Nah, dengar sendiri DJ Lin nak promo:

Di kesempatan ini, Budiey ingin mengucapkan Selamat Hari Jadi yang ke-35 buat DJ Lin. Semoga terus sukses dan dimurahkan rezeki. Budiey juga nak ucapkan tahniah buat Lin sebab dilantik menjadi duta untuk Skin Club yang menawarkan perkhidmatan aesthetic service tanpa sebarang pembedahan antaranya untuk kecantikan kulit wajah, perampingan badan dan sebagainya.

Budiey dikhabarkan, Fan Page DJ Lin di Facebook iaitu DJ LIN SURIA CINTA SURIA FM juga mencatatkan peningkatan memberangsangkan dan hingga kini mencecah lebih 22 ribu peminat. Wow…. dah kira banyak tu. Dan Budiey yakin akan bertambah meningkat dari masa ke semasa.

Seramai 60 orang peminat dan media hadir memeriahkan sambutan hari jadi DJ Lin. Ada yang sanggup datang walaupun dari jauh iaitu dari Perak, Johor dan Melaka.

Bertuahnya Lin sebab kini beliau antara penyampai radio Suria FM yang semakin meningkat populariti seiring dengan peningkatan jumlah pendengar Suria Cinta. Patutlah kelab peminat DJ Lin semakin giat dan aktif buat event. Kalau nak tahu, kelab peminat DJ Lin diberi nama FAN DJ LIN SURIA CINTA. Kelab yang berdaftar ini telah dirasmikan pada 27 dan 28 November 2010 bersempena dengan Majlis Gathering Pertama DJ Lin bersama peminat yang telah diadakan di Glory Beach Resort, Port Dickson.

Menurut DJ Lin, menerusi Kelab Peminat ini, banyak aktiviti bersama akan diadakan pada masa akan datang. Pada malam itu, kelab peminat juga menjual baju T-shirt yang memaparkan logo rasmi bagi kelab peminat DJ Lin. Budiey dapat tahu, untuk masa akan datang, mereka akan mengeluarkan pula pelekat kereta dengan logo rasmi kelab peminat ini selain pelbagai barangan cenderahati lain.

Budiey rasa memang event malam ni happening. Meriah dengan peminat DJ Lin yang semuanya sporting dengan menyertai permainan dan hadiah cabutan bertuah pun memang banyak sekali.

Antara artis yang hadir pada malam itu ialah Afee vokalis kumpulan UTopia, Elly vokalis kumpulan AXL’s, Fazli Zainal, Farawahida dan ramai lagi. Yang menariknya artis yang diundang pada malam ini adalah di kalangan mereka yang turut mendengarkan Rancangan Suria Cinta yang dikendalikan oleh DJ Lin.

Hari Jadi DJ Lin

Hari Jadi DJ Lin

Hari Jadi DJ Lin

Hari Jadi DJ Lin

Hari Jadi DJ Lin

Hari Jadi DJ Lin

Hari Jadi DJ Lin

Hari Jadi DJ Lin

Hari Jadi DJ Lin

Hari Jadi DJ Lin

What do you think?

73 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply
  1. Kak lin mmg yg trbaek! Stiap hr sy mdgrkn rancangan suria cinta brtemankn dj lin (jumaat-ahad 11mlm-2pg). Smbl mdgr lgu2 yg best n brbual bsme fans yg laen d fanpage dj lin d facebook dj lin suria cinta (suria fm). Sy jge mrase bangge krne kak lin telah brjaye mmenangi tr0fi anugerah seri angkasa bg kdua2 kategori. Alhamdulillah e2 smue brkt doa dr fans sndr n para pndgr setia yg laen. Dharap kak lin trus brjaye d dalam krjaye yg dceburi..

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Maizawati Patah Tangan Kemalangan Jalan Raya

Pelakon Faizal Yusup Meninggal Dunia