in

Maizawati Patah Tangan Kemalangan Jalan Raya

Maizawati Patah Tangan, Kandungan Selamat

PETALING JAYA: Bekas isteri penyanyi Nasyid Akhil Hayy iaitu Maizawati Zainal,36, (gambar) selamat menjalani pembedahan selepas tangan kirnya patah kerana terlibat dalam kemalangan jalan raya di Ipoh, Perak tiga hari lalu.

Maizawati yang baru sedarkan diri, Jumaat ditempatkan di wad ortopedik, Hospital Permaisuri Bainun, Ipoh.

Suaminya, Mohd. Yassin Ben @ Abd. Rahim,23, ketika dihubung mStar Online Jumaat berkata, Maizawati dijangka ditahan di hospital berkenaan sehingga 4 Januari ini tetapi doktor akan memanjangkan tempoh rawatan sekiranya perlu.

pernikahan bekas isteri Akhil Hayy

“Syukurlah… hari ini (Jumaat) dia sudah sedar akibat kemalangan itu. Tangan kirinya akan dimasukkan besi,” katanya.

Dalam kejadian pada 28 Disember lalu, kereta Proton Gen 2 yang dinaiki Mohd Yassin bersama Maizawati terlibat dalam kemalangan ketika mereka dalam perjalanan dari Medan Gopeng ke Bercham di Ipoh.

Maizawati bersama suaminya, Mohd Yassin [email protected] Rahim. Mereka bernikah pada 9 Ogos 2010.

Kemalangan tersebut berlaku kira-kira pukul 5.15 pagi selepas mereka menghantar keluarga angkat Mohd Yassin ke perhentian bas Medan Gopeng yang ingin pulang ke Singapura selepas bercuti.

Kenderaan yang dipandu Maizawati itu dikatakan terbabas apabila sebuah Proton Wira tiba-tiba membelok di satu selekoh menyebabkan wanita itu terlanggar kenderaan berkenaan.

Turut berada dalam kereta mereka termasuklah tiga daripada enam orang anak hasil perkahwinan Maizawati yang terdahulu iaitu Siti Maisarah,14, Mohd. Syarif Hidayatullah,12, dan Mohd Syatiri,3.

Suami dan anak-anak hanya mengalami cedera ringan.

Ditanya mengenai kandungan Miaza yang sekarang berusia lima bulan, Mohd Yassin berkata, kandungan itu selamat walaupun berlaku sedikit pendarahan.

Selain patah tangan Maizawati turut mengalami luka pada lutut kiri. via Mstar Online

What do you think?

73 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply
  1. Mereka tak tinggal serumah lagi…si suami tak tahan dengan sikap si isteri.. Sekarang baru kami tahu betapa Ustaz Akhil menghadapi all this nitemare selama menjadi suami maiza satu ketika dulu…

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Azlan The Typewriter & Normala Hassan Kahwin

Selamat Hari Jadi Ke-35 DJ Lin Suria Cinta