in

Selain Shila Amzah, Siti Nurhaliza Juga Tercalon di World Music Awards 2012

Setiap manusia diuji dengan pelbagai masalah dan dugaan yang berbeza. Setiap dugaan pastinya mahu menduga sejauh mana tahap kesabaran kita. Setiap dugaan juga ada hikmah dan rahsianya. Bagi Budiey, kesenangan juga sebenarnya adalah satu dugaan. Tuhan nak uji sejauh mana kita bersyukur dengan kesenangan yang kita ada. Sebaliknya, kesukaran itu juga satu ujian. Kedua-dua situasi nampak jauh berbeza tapi kedua-duanya adalah di bawah satu nama iaitu ujian.

[dropcap]B[/dropcap]ercakap tentang ujian dan dugaan, Budiey mahu membawa pembaca dengan situasi yang amat sukar sekarang ini berlaku ke atas penyanyi popular, Dato’ Siti Nurhaliza yang dengarnya telah terbang ke New Zealand dan sanggup menempuh perjalanan yang agak lama untuk melawat suaminya, Datuk K yang kini dirawat akibat terlibat dalam satu nahas kemalangan di sana.

[pullquote align=”right”]Budiey dengar, walaupun agak parah, keadaan Datuk K stabil dan beransur pulih.[/pullquote]

Melalui pengurus Dato’ Siti iaitu Rozi, Budiey dapat tahu, penyanyi bersuara lunak ini telah pun sampai di Perth, Australia petang tadi dan terpaksa melalui perjalanan lebih lama ke Auckland untuk sampai di Dumedin.

Budiey harap Dato’ Siti bersabar dan tabah menempuh segala dugaan ini. Marilah sama-sama kita doakan semoga DK cepat sembuh.

Selain Shila Amzah, Siti Nurhaliza Juga Tercalon Di World Music Awards 2012

[dropcap]M[/dropcap]enyentuh tentang penyanyi terkenal ini, rupa-rupanya, Budiey baru sahaja mendapat tahu, bukan sahaja Shila Amzah yang tercalon dalam kategori Artis Wanita Terbaik peringkat dunia di World Music Awards 2012 tapi nama Siti Nurhaliza juga ada dalam senarai. Itulah, siapa suruh tak buat research dan kaji selidik. Itu pun Budiey terima beberapa mesej dari peminat Siti melalui Twitter pada siang tadi. Kalau tak, memamng tak tahu la. Terima kasih kepada Fadzoners dari Sitizoners ya. Selalu update Budiey, bagus-bagus.

Selain Shila Amzah, Siti Nurhaliza Juga Tercalon Di World Music Awards 2012

Apa-apa pun, Budiey rasa kita patut berbangga sebab dua orang artis Malaysia tercalon dalam senarai 40 orang artis wanita terbaik dunia sekarang ini. Siti Nurhaliza dan Shila Amzah bersaing dengan penyanyi popular seperti Adele, JLo, Beyonce, Britney Spears dan ramai lagilah penyanyi yang semuanya gempak-gempak belaka.. Wow! Ini dah dikira satu pencapaian yang amat membanggakan buat rakyat Malaysia. Betul tak?

Budiey duk bayangla sekarang ni, jika pemenangnya adalah Siti Nurhaliza…. atau Shila Amzah… mmmm… agak-agak mustahil tak kalau ianya benar-benar berlaku? Tapi peluang dilihat begitu tipis sekali jika dilihat dari sudut ruang dan kuantiti peminat artis ternama bertaraf dunia itu. Sah-sah menang kat Adele kot. Korang rasa?

[dropcap]A[/dropcap]nugerah yang bertaraf dunia ini akan berlangsung di Miami pada hujung bulan ini dan menuntut usaha peminat untuk mengundi nama calon. Jadi apa kata, kita pakat undi ramai-ramai ya.

Jika tak menang pun itu tak jadi masalah sebab dah tercalon dah dikira satu kemenangan bagi peminat Siti Nurhaliza. Betul tak?

Tahniah Shila Amzah dan Dato Siti Nurhaliza. Apa-apa pon jangan lupa UNDI dua calon negara kita ni. Untuk vote, sila klik SINI.

Budiey juga dapat tahu, Shila Amzah sebenarnya tercalon dalam kategori World’s Best Entertainer Of The Year. Fuh! Rezeki betul! International tuuuu…. Syabas dan tahniah Shila Amzah!

Selain Shila Amzah, Siti Nurhaliza Juga Tercalon Di World Music Awards 2012

Selain Shila Amzah, Siti Nurhaliza Juga Tercalon Di World Music Awards 2012

Selain Shila Amzah, Siti Nurhaliza Juga Tercalon Di World Music Awards 2012

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Apa Jadi Bila Diana Danielle & Farid Kamil Bernikah

Julia Perez Tiada Permit Kerja di Malaysia Finas Buat Serbuan