in ,

Gambar Sekitar Sidang Media Drama Bersiri SUTERA MAYA Lakonan Fasha Sandha

Pada jam 4 petang, 22 Ogos lalu, bertempat di Restoran Rebung, Bangsar, satu sidang media pelancaran Drama Sutera Maya telah diadakan.

Boleh dikatakan semua pelakon hadir. Antaranya, Fasha Sandha, Intan Ladyana, Ayu Raudhah, Faezah, Mustapha Kamal, Erry Putra, Fouziah Gous, Irfa, Rebecca Nur Islam, Maria Farida dan Liza Abdullah. Drama Sutera Maya yang sudah pun bersiaran di TV3 pada 1 September lalu. Budiey dapat respon daripada peminat, khabarnya drama ini mendapat sambutan hangat.

Mungkin perencah utama iaitu tema kasih sayang, konfilik keluarga, perbalahan, kemelut dalam hubungan adik beradik menjadi bahan penarik utama dalam drama arahan pengarah muda, gabungan kerjasama di antara Jet Lee dan Hadzrin ini. Selain itu, drama ini tampak sempurna dengan arahan pengarah Khabir Bhatia.

Sutera Maya berkisar mengenai hubungan empat adik beradik perempuan berkongsi bapa yang sama tetapi berlainan ibu. Kisah bermula apabila salah seorang dari mereka, Maya Medina (Fasha Sandha) mendapat tahu bahawa dia sebenarnya mempunyai tiga orang lagi adik perempuan.

Dari situlah bermula usaha menjejaki saudara perempuan yang lain serta strategi untuk bertemu dengan ayah kandung mereka, seorang ahli perniagaan terkemuka. Setiap penemuan membongkar misteri silam sehingga perjalanan hidup akhirnya menjadi usaha memecahkan kebuntuan terhadap jati diri, nilai kasih saying, kekeluargaan, cinta dan pengkhianatan.

Drama 60 episod ini dibintangi empat pelakon jelita iaitu Fasha Sandha sebagai Maya Medina, Intan Ladyana sebagai Maya Karina, Ayu Raudhah sebagai Maya Zulaikha dan Faezah sebagai Maya Sofea. Drama ini juga turut membariskan pelakon-pelakon hebat yang tidak perlu diperkenalkan lagi dan cukup berkarisma di dalam dunia lakonan. Antaranya, Mustapha Kamal, Erry Putra, Fouziah Gous, Irfa, Rebecca Nur Islam, Maria Farida dan Liza Abdullah.

Menurut Pengurus Besar Kumpulan Pengurusan Jenama, Sherina Nordin berkata,

“Sebenarnya kami mencari kelainan untuk mengisi slot Akasia ini. Corak tontonan kini berubah dari masa ke semasa.

Justeru, bagi menepati citarasa penonton, usaha kami untuk memepelbagaikan kandungan perlu dipertingkatkan. Siri Sutera Maya ini member nafas baru mengenai sifat kekeluargaan.

Siri ini juga mengandungi unsure-unsur teladan yang amat sesuai ditonton oleh seisi keluarga. Selain itu jalan cerita drama ini cukup menarik, mudah dan moden. Selain itu, kami sentiasa membuka ruang kepada pengarah-pengarah tempatan untuk menonjolkan bakat yang ada.

Selain dari itu, siri Sutera Maya ini juga tampil berbeza kerana jalan ceritanya tidak tertumpu hanya kepada dunia korporat seperti drama siri lain yang dipaparkan sebelum ini, tetapi hanya melibatkan perniagaan berkaitan alam semulajadi iaitu Desa Botani.”

– Sherina Nordin

Jadi, kepada pengemar-pengemar slot Akasia, pastikan temujanji anda dengan drama siri terbaru, Sutera Maya, mulai 1 September, dari Isnin hingga Khamis pada jam 6.30 petang. Hanya di TV3.

Fasha Sandha
Faezah Ilai ke ni? Maniassh nyee
Maria Farida
Intan Ladyana
Fouziah Gous

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Atie Abdullah Si Krisya Girl Friend Iqbal Dalam Drama Ku Milikmu

Khai Terkejut & Gembira Rosma Mengandung