in

Sekitar Sambutan Saida FC di Hari Jadi Saida Back To School

Pada 13 Disember, Sabtu lalu, jam 2 petang, Budiey telah dijemput untuk turut sama meraikan hari jadi Saida yang ke-32. Tentu semua pembaca masih ingat dengan entri malam sebelum itu, Budiey juga dijemput oleh Siti Nurhaliza Productions untuk turut sama meraikan kejutan hari jadi Saida oleh adiknya, Dato’ Siti Nurhaliza di Red Box Plus, Pavilion.

Namun, pada keesokannya, iaitu pada hari jadi Saida, peminat bintang kelahiran Akademi Fantasia yang menamakan diri mereka SAIDA FC ini berkumpul beramai-ramai di Dewan Mahligai, Hotel Singgahsana, Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan. Terima kasih kepada Wani dari Saida FC yang sudi menjemput Budiey. Pertama kali bertemu mata dengan semua peminat yang semuanya mesra buat Budiey rasa gembira.

Bertemakan ‘Back To School’, Budiey kira majlis ini sangat berjaya menepati tema. Dari suasana dewan, atur cara sehinggalah cara pemakaian peminat yang hadir, Budiey lihat ini sesuatu yang baru dan pertama kali Budiey alami. Belum pernah Budiey lihat event yang mengembalikan kita kepada kenangan masa zaman persekolahan dulu. Dari pintu masuk dewan hinggalah ke hiasan dalam dewan disuntik dengan dekor seperti sebuah sekolah. Memang kreatif jugak Saida FC nih. Ada yang pakai baju sekolah, ada yang pakai baju sukan, nasib baik tiada peminat yang datang dengan pakaian pengakap dan kadet.

Jumlah peminat Saida tidaklah ramai sangat yang datang join. Saida tiba tepat pada waktunya dan disambut dengan ramah tamah dan kegembiraan oleh peminat yang bertemu dengan artis pujaan mereka. Apa yang menariknya, majlis pada petang itu boleh digambarkan seperti padang perhimpunan mingguan sekolah.

Setibanya Saida, majlis bermula dengan bunyian loceng dan seterusnya peminat diminta berdiri untuk menyanyikan lagu Negaraku. Seterusnya doa dan diikuti dengan ucapan dari Saida. 

Dari muka pintu, dah nampak meja pendaftaran. Siap dikasinya goodie bag yang berisi buku tulis dan juga kad kehadiran. Senang nak tulis markah kat situ. Kalau nak kasi markah, Budiey kasi je 9/10 untuk majlis ini.

Tengoklah hiasan dinding pun mengembalikan nostalgia kita. Zaman persekolahan kan satu zaman yang penuh dengan kenangan manis.

Saida tiba dengan pakaian sukan. Rumah sukan dia, pasukan merah jambu.

Hadir bersama suami Saida dan anak perempuannya.

Famili ceria dan bahagia. Selamat hari jadi, Saida!

Antara peminat yang datang.

Diorang sedang berdiri menyanyikan lagu Negaraku tapi takde bendera yang dinaikkan. Patut kena ada tiang bendera. Baru gempak.

Bacaan doa.

Ini kek hari jadi yang dihadiahkan oleh Saida FC kepada Saida.

Peminat Saida yang hadir.

Saida sedang melayan peminat ambil juadah makanan.

Posing untuk pembaca Sensasi Selebriti

Lepas tu, ada cabutan bertuah, persembahan dari Saida dan games. Seronok tengok diorang ni berseronok.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gambar Pra Perkahwinan Mawi dan Ekin

Video Klip Lagu Ketika Cinta Filem Perempuan Berkalung Sorban