in ,

Sekitar Sambutan Anniversary 10 Tahun Saluran NTV7

Selepas ke Wrap Party Syurga Cinta, Budiey telah bergegas ke satu lagi parti. Kali ini parti paling besar pernah Budiey join. Parti sambutan ulangtahun ke-10, saluran Feels Good, NTV7. Wah dah pun 10 tahun rupanya. Pejam celik, pejam celik, cepat kan?

2693574465 D1D45Fd807 | 3

2694371588 19A41B3504 | 4

Anjuran Media Prima Berhad, parti ini dihadiri oleh VIP, para penaja, selebriti terkenal, para media dan sebilangan para penonton terpilih.

2693573489 890Af62283 | 5

Majlis meraikan ulangtahun ini adalah antara yang terbesar pernah diadakan. Hampir 2000 orang jemputan telah membanjiri Ballroom 1 Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, KLCC.

Antara tetamu yang datang memeriahkan majlis pada malam itu ialah Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Rangkaian Saluran Media Prima, Dato’ Sri Ahmad Farid Ridzuan, Ketua Pegawai  Eksekutif TV3, Dato’ Amrin Awalludin juga Ketua Pegawai Operasi NTV7, Encik Anthony Firdaus Bujang.

2693562109 8B0B5E0776 | 6

2693556873 703A150C3D | 7

Para selebriti yang Budiey sempat jumpa ialah Jehan Miskin, Nabila Huda, Julia Ziegler, David Teo, Jonathan Putra dan ramai lagi. Tetamu dihiburkan dengan persembahan yang cukup bertenaga dari penghibur popular tanahair seperti Anuar Zain, Ning Baizura dan Dayang Nurfaizah.

Dengan tema warna hitam dan gold (emas) pada malam itu sudah melambangkan elegan dan eksklusifnya parti pada malam itu.

2694386174 Ba8Fa4B155 | 8

Acara kemuncak pada malam yang dinantikan semua ialah upacara memotong kek sempena ulang tahun ke 10, NTV7. Acara ini disempurnakan oleh Dato’ Farid Ridzuan,  Encik Anthony Firdaus Bujang juga Dato’ Amrin Awalludin.

Terima kasih kepada NTV7 kerana sudi menjemput Sensasi Selebriti. Sorilah, kami terpaksa ‘berambus’ awal sebab kena attend Birthday Party Deborah Henry pula selepas itu. Huh! Penat… tapi seronok beb!

2693570071 17Df219C36 | 9

Ning Baizura

2693567623 Fd26C7459C | 10

2693566335 Cb441C3D65 | 11

2694373862 8A1F668F33 | 12

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Sekitar Wrap Party Filem Syurga Cinta Arahan Ahmad Idham

Norazlina Redzuan Bakal Kawin Dengan Datuk Y