Menu

Sensasi Selebriti

Portal Berita Hiburan, Trending & Viral, Acara, Travel, Gaya Hidup & Tech Gadget Terkini

in , ,

Sekitar Rumah Terbuka RINDU AWAK 200% RAYA

NESCAFÉ®& TV3 Mengeratkan Hubungan Kekeluargaan Dengan RINDU AWAK 200% RAYA. Rakyat Malaysia sekali lagi berpeluang untuk menonton telemovie kegemaran mereka, Rindu Awak 200% Raya pada musim perayaan ini menerusi kerjasama di antara NESCAFÉ® Blend & Brew dan TV3. Terus mengangkat tema mengenai pentingnya nilai kekeluargaan, satu majlis Rumah Terbuka Hari Raya telah diadakan di One World Hotel yang menyaksikan lebih 300 orang hadir bersama pelakon utama Rindu Awak 200% Raya iaitu Zul Ariffin dan Ayda Jebat.

“NESCAFÉ® Blend & Brew membawakan kembali telemovie Rindu Awak 200% Raya kepada para peminat siri drama tersebut kerana ia menjelaskan mesej jenama ini agar memulakan sesuatu yang baru dengan mencipta pengalaman baharu dengan mereka yang tersayang. Jadi, carilah peluang untuk menunjukkan rasa cinta dan penghargaan kepada mereka yang dekat di hati anda,” kata Catherine Yap, Pengurus Jenama NESCAFÉ®.

Merupakan sekuel kepada drama siri Rindu Awak 200%, Armel Aisya (Ayda Jebat) dilihat semakin terikat dengan perniagaan butiknya. Sementara Zill Faezrul (Zul Ariffin) pula meneruskan kerjayanya sebagai seorang juruterbang yang berdedikasi. Walaupun tidak mempunyai banyak masa untuk menghabiskan masa bersama anak mereka yang kini berusia tiga tahun, Zill merancang untuk mempunyai anak kedua. Malangnya, Armel masih tidak bersedia kerana beliau mahu menumpukan perhatian kepada kerjayanya sebagai seorang usahawan wanita. Dalam mencapai impiannya, Armel kembali menjadi seperti dirinya yang duhulu, degil dan mementingkan diri sendiri sehingga mengabaikan suaminya. Ketika mereka berusaha untuk menyesuaikan diri dengan situasi ini dan melaksanakan tanggungjawab sebagai ibu bapa, Armel dan Zill mula menyedari pentingnya nilai-nilai kekeluargaan. Mereka kemudian cuba untuk memperbaiki hubungan dan akhirnya hidup bahagia bersama.

Dengan manifesto jenama kami iaitu ‘Segalanya bermula dengan NESCAFÉ®’, NESCAFÉ Blend & Brew ingin menggalakkan rakyat Malaysia supaya menghargai ikatan kekeluargaan pada setiap hari melalui perkara-perkara kecil yang mereka kongsi bersama ketika menikmati secawan kopi.

“Usaha NESCAFÉ® dalam meraikan rasa kasih sayang dan nilai kekeluargaan sememangnya memberi manfaat kepada rakyat Malaysia. Ini kerana ia mengingatkan kita semua agar sentiasa menghargai ahli keluarga, mendekatkan diri dengan mereka dan berusaha untuk mengeratkan hubungan di antara satu sama lain. Bukan sahaja pada Hari Raya ini, malah pada setiap masa,” kata pelakon yang juga duta NESCAFÉ® Blend & Brew, Zul Ariffin. Zul Ariffin telah dilantik menjadi duta NESCAFÉ® Blend & Brew sejak produk tersebut dilancarkan pada awal tahun ini dan berjaya mencipta pengalaman menikmati kopi yang sukar dilupakan oleh para peminat kopi.

Telemovie Rindu Awak 200% Raya yang kembali menemui penonton mendapat maklum balas positif apabila #RinduAwak200PeratusRaya menjadi lima Tweet Trending tertinggi di Malaysia dengan lebih 32.2K Tweet dalam tempoh enam jam. “Memang mengujakan apabila para penonton telemovie Rindu Awak 200% Raya memberi maklum balas dan memberitahu kami apa yang mereka suka mengenainya. Ia sekali gus menjadi bukti kejayaan jenama NESCAFÉ® dalam sama-sama menggalakkan rakyat Malaysia supaya mengeratkan hubungan kekeluargaan, ” tambah Catherine lagi.

“Kami benar-benar merasakan bahawa kerjasama dengan jenama terkenal seperti NESCAFÉ® untuk membawakan kembali Rindu Awak 200% Raya telah meningkatkan usaha kami dalam kempen ‘SyukurSelalu’, satu inisiatif TV3 yang menggalakkan rakyat Malaysia untuk mencari kebahagian sebenar dengan cara bersyukur,” Ketua Pegawai Eksekutif, Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad, Ahmad Izham Omar mengulas.

NESCAFÉ® Blend & Brew menawarkan rasa kopi yang baru dibru dengan susu di dalam satu sachet. Rasa kopi yang seimbang dan berkrim bersama aroma yang kaya itu memberi peluang kepada ahli keluarga serta rakan-rakan untuk berbual ketika menikmati secawan kopi, pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja.

Untuk megetahui lebih lanjut mengenai NESCAFÉ® Blend & Brew dan inisiatif Rindu Awak 200% Raya, sila layari laman web: www.blendandbrew.com.my

Leave a Reply

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Exit mobile version