in

Sekitar Rakaman Selamat Pagi Malaysia Edisi Ramadan

RAKAMAN PENGALAMAN SEBENAR DALAM CERITA RAMADHAN SAYA DI SLOT SELAMAT PAGI MALAYSIA

Bulan Ramadhan dianggap lebih baik daripada bulan-bulan lain dengan turunnya Al-Quran yang sekaligus mewajibkan Muslimin dan Muslimat berpuasa. Justeru, Sya’aban yang bakal berlabuh menandakan bulan suci Bulan Ramadhan menjelma menyerikan tahun 1431 Hijrah.

Pelbagai program sempena bulan Ramadhan telah dijanjikan menambat hati setiap Umat Islam di Malaysia melalui Radio Televisyen Malaysia (RTM) disamping meneruskan ibadah di bulan penuh barakah ini.

NUR_5974

Rancangan wawancara pagi penuh berinformasi Selamat Pagi Malaysia (SPM) melalui Saluran TV1, terbaru membawakan penonton setianya dengan segmen istimewa Cerita Ramadhan Saya sepanjang bulan Ramadhan 1431 Hijrah yang bakal tiba. Segmen ini bertujuan menggalakkan masyarakat Malaysia supaya mengekalkan kembali budaya kekeluargaan serta mempertahankan amalan budaya yang semakin dilupakan kini.

Segmen yang berformatkan penyertaan penonton melalui kiriman emel dan poskad yang dihantar kepada pihak penerbitan SPM. Cerita-cerita terbaik yang terpilih kemudiannya direncanakan untuk tatapan penonton SPM. Menariknya, slot yang berdurasikan 5-7 minit ini pastinya menarik kerana setiap cerita yang dipaparkan adalah berdasarkan cerita dan pengalaman sebenar yang dilalui oleh peserta.

Menariknya lagi, pihak penerbitan segmen Cerita Satu Malaysia turut turun padang di lokasi sebenar bagi merakamkan aktiviti yang dinyatakan oleh peserta bertujuan menyemarakkan bulan Ramadhan yang bakal menjelang.

Sebanyak 30 episod bersiaran bermula 1 Ramadhan ini, 30 penyertaan terpilih akan dirakamkan dan menjadi tatapan penonton SPM selain turut menerima hadiah-hadiah tajaan sumbangan dari Ukhwah. Antara Cerita Ramadhan Saya yang terpilih dan direncanakan setakat ini antaranya Tradisi Menapai Kaum Banjar di Teluk Intan, Perak, Pelita Sudu Getah di Kampung Sarang Buaya, Batu Pahat Johor, Keenakan Bubur Lambuk Ikan di Melaka, Nostalgia Air Lemonade di Kampung Paya Guring, Pauh Perlis, Keistimewaan Air Bandung Tarik di Menara Condong, Ipoh Perak, aktiviti membuat Panjut di tengah Bandaraya dan pelbagai lagi kisah Ramadhan menarik yang pasti mencuit hati kita rakyat Malaysia.

Bagi memvariasikan tatapan penonton, kisah-kisah menarik ini dibahagikan kepada beberapa kategori cerita iaitu kategori budaya dan etnik, kategori makanan tradisi, kategori amalan semusim, kategori pekerjaan dan kategori nostalgia.

Segmen Cerita Ramadhan Saya melalui penerbitnya Azmiradiana Musa telah menerima lebih dari seribu penyertaan setakat ini dengan kisah-kisah menarik pengalaman di Bulan Ramadhan namun hanya tiga puluh cerita yang terbaik akan bakal di siarkan oleh Selamat Pagi Malaysia sepanjang Ramadhan ini.

Bertepatan dengan tema sambutan Ramadhan oleh RTM ‘Satu Kenikmatan Sejuta Pengertian’ diharap kisah-kisah Ramadhan yang dikongsikan oleh rakyat Malaysia ini dapat menambah pengetahuan dan mengajar tentang erti sebenar kemuliaan Bulan Ramadhan Al-Mubarak khususnya kepada umat Islam dan rakyat Malaysia amnya.

Penyertaan bagi segmen ini masih lagi terbuka dan boleh dihantar terus kepada Penerbit Segmen ‘Cerita Ramadhan Saya’ Selamat Pagi Malaysia, Tingkat Bawah, Seksyen Hal Ehwal Semasa, 60514 Angkasapuri, Kuala Lumpur atau melalui emel di [email protected]

NUR_6034

_DSC0038

_DSC0131

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

RTM Sajikan Program Menarik Sepanjang Ramadan 1432H

Felix Jadi Pengembala Kerbau dalam drama TV1