in

Sekitar Rakaman Konsert Fenomena Anuar Zain & Ziana Zain

Pada 11 Jun lalu, satu sesi rakaman Konsert Fenomena Anuar Zain & Ziana Zain di Auditorium Perdana, Angkasapuri Kuala Lumpur pada jam 8 malam.

Rakaman yang julung kali menggabungkan pasangan adik beradik bersuara mantap, Ziana Zain dan Anuar Zain ini akan disiarkan pada hari raya pertama Aidilfitri jam 9 malam di TV2.

Turut mengundang dua orang penyanyi terkenal, Liza Aziz dan Jay Jay.

Ziana Zain tampil dengan busana rekaan Rizalman.

Walaupun konsert ini disiarkan sempena hari raya, namun hanya empat buah lagu raya sahaja yang dinyanyikan. Selebihnya adalah lagu-lagu yang dipetik daripada album Ziana dan Anuar.

Walaupun sudah menjangkau usia 40 tahun, Ziana Zain masih lagi kekal gaya vokal lantangnya untuk lagu Dalam Kesakitan Ini, Dirimu Satu, Kehadiranmu dan Dingin.

Ziana juga turut menjemput Jay Jay untuk berduet dalam lagu yang penuh nostalgia, Kita Insan Biasa. Manakala Jay Jay membawa lagu Cukuplah Sekali untuk mengubat rindu peminat.

Begitu juga dengan Liza Aziz yang membawa lagu Semoga dengan gaya vokal yang disifatkan terlalu international. Tidak hairan, penyanyi yang popular di awal 90an ini sentiasa mendapat perhatian dan tawaran persembahan luar negara. Walaupun lagu Semoga jarang diperdengarkan, namun Liza Aziz mendapat sorakan gemuruh daripada penonton.

Liza Aziz juga menyampaikan lagu Dari Jauh berduet bersama Anuar Zain.

Peminat Anuar Zain seakan terpesona dengan lagu Kau Bunga Cintaku, Medley lagu Keabadian Cinta & Mungkin, Lelaki Ini dan Ketulusan Hati.

Antara lagu raya yang dinyanyikan oleh mereka, Suasana Hari Raya, Selamat Hari Raya, Bersabarlah Sayang dan Menjelang Hari Raya.

2574390958 0Bc6Af1D19 | 4

2574394166 Cf3E15Ff87 | 5

2573568429 769Dd74014 | 6

2573574927 72Ca10Be6E | 7

2574399672 Fa0623E220 | 8

2573577303 Df8Af5A106 | 9

2573577807 839B984C83 | 10

2574401524 A5F069519E | 11

2574401716 16543A9C03 | 12

2573579963 7B328C6995 O | 13

2573575595 B74C0B1Ee6 | 14

2573569901 Ae17756573 | 15

2574393508 9575C24Ca5 | 16

2573569035 132F2038Ca | 17

2573580597 Ccfa291B89 | 18

2574402644 2Fa846Db57 | 19

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

PRAISES FOR THE PROPHET ALBUM TERBARU RAIHAN PERKENAL SELAWATERAPI

Datuk Siti Nurhaliza di Laman Santai, Istana Budaya 21 Jun