in

PRAISES FOR THE PROPHET ALBUM TERBARU RAIHAN PERKENAL SELAWATERAPI

Setelah sekian lama bersama dengan Warner Music Malaysia akhirnya Raihan muncul dengan penghasilan album yang terbaru di bawah terbitan mereka sendiri iaitu Raihan Records. Berdasarkan permintaan dari peminat mereka, album pertama terbitan sendiri akhirnya terlaksana. Kemunculan album ini tidak seperti album sebelumnya kerana ia mempunyai banyak cerita untuk dikongsi bersama.

Raihan kini muncul dengan album terbaru mereka yang berkonsepkan beberapa ciri-ciri istimewa:

  1. Album Selawaterapi iaitu alunan selawat ke atas Rasullullah SAW yang merupakan penawar kepada masalah samada fizikal, minda dan ruhani
  2. Album versi antarabangsa
  3. Dilancarkan di Kota London pada 23 Mac 2008 sempena kunjungan Raihan untuk persembahan di Royal Albert Hall London
  4. Sepenuhnya acapella tanpa iringan sebarang alat muzik
  5. Koleksi selawat-selawat yang popular di seluruh dunia

Album ini yang berjudul PRAISES FOR THE PROPHET diterbitkan oleh Abu Bakar Mohammad Yatim sesuatu yang menarik. Juga diketahui bawah dalam album ini tidak ada vokalis utama, malah ke-empat-empat anggota Raihan iaitu Abu Bakar, Amran, Cik Amran Idris dan anggota baru iaitu Zul Fadli Mustaza bergabung dalam paduan suara harmoni.

Sesuai dengan konsep acapella, Raihan membawa pendengar untuk menikmati kesegaran alunan selawat kepada Rasulullah SAW. Kehebatan vokal mereka terserlah dan tidak disangka kerana mereka telah membuktikannya dengan menggondol vokal terbaik berkumpulan dalam Anugerah Industri Muzik Malaysia untuk enam tahun iaitu pada tahun 1999 album Syukur, 2000 Album Senyum, 2001 Demi Masa, 2002 Gema Alam, 2005 Allahu dan 2007 Tawakkal.

Album ini amat sesuai untuk seisi keluarga sebagai halwa telinga di samping menjadi terapi minda dan spiritual dalam menghayati kecintaan terhadap Rasullullah SAW. Peminat juga dapat menghayati bait lagu dengan tenang diselangi oleh sebarang alat muzik. Tambahan pula masih ramai penggemar nasyid yang masih sudi mendengar alunan lagu nasyid yang disampaikan secara acapella. Ini merupakan satu konsep yang belum pernah dibuat oleh sebarang penyanyi di Malaysia. Bagi Raihan ini merupakan salah satu pendekatan kepada semua untuk menjadikan selawat sebagai budaya yang perlu diamalkan untuk keberkatan dalam kehidupan.

Semasa Raihan berkunjung ke Abu Dharbi pada 24 April yang lalu, mereka sempat mengerjakan umrah di Tanah Suci Mekah. Di samping itu juga mereka telah berkesempatan untuk merakamkan dua buah klip video untuk album terbaru ini. Rakaman video itu telah diadakan di Kota Mekah dan Madinah. Lagu yang dipilih untuk dijadikan single video klip ialah Ashubbu Bada dan selawat Burdah.

Bagi peminat yang mahu mendapatkan lirik penuh album ini bolehlah melayari www.raihan.com.my

Antara negara yang turut mengedarkan album Raihan ini ialah United Kingdom, Amerika Syarikat, Africa Selatan, Yemen, Kanada, Tahailad, indonesia, Rusia, United Arab dan Perancis.Raihan Records adalah master lisencor album ini untuk edaran antarabangsa. Sementara di Malaysia, wangsa Dinamik Sdn Bhd telah diberi hak untuk mengedarkannya sampai di saat ini sebanyak 10 ribu unit telah diedarkan di seluruh negara.

Antara trak lagu yang dimuatkan :

  1. Selawatul Murtada
  2. Selawatul Burdah
  3. Ya Rasulullah Salam Mun ALaik
  4. Salawatul Syafaat
  5. Salawatul Mustafa
  6. Ashubbu Bada
  7. Salawatul Fathilah
  8. Tholaal Badrul ALainan

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

CELCOM SUSPENDS 100DAYS 100CARS CONTENT PROMOTION

Sekitar Rakaman Konsert Fenomena Anuar Zain & Ziana Zain