in ,

Sekitar Pelancaran Produk VITALICIA SUPERMODEL GLOW oleh Aleeya Zailan

Pada jam 3 petang tadi, Budiey sempat menghadiri acara Pelancaran produk suplemen revolusi baru, Vitalicia Supermodel Glow oleh pengasasnya Aleeya yang begitu optimis memberikan golongan wanita termasuk lelaki seri dan sinar bak Supermodel.

“Do you wanna LOOK like a supermodel, BE like a supermodel, FEEL like a supermodel?  Let’s unleash the supermodel within with VITALICIA SUPERMODEL GLOW!,”

Vitalicia

Kenapa perlambangan atau contoh supermodel yang menjadi penanda aras kepada produk ini? Atau makan produk ini sebab nak berangan jadi supermodel? Pelbagai persoalan mula bermain di fikiran.

Vitalicia

Namun Aleeya ada alasan konkrit dan tersendiri kenapa  suplemen Vitalicia Supermodel Glow ini memilih terma ‘supermodel’ sebagai sasaran kepada keberkesanan produk itu.

Vitalicia

“Supermodel ni ada macam-macam size mereka, tak semua supermodel kurus dan tak semua supermodel putih melepak. Jadi saya nak “educate”  rakyat Malaysia untuk lebih yakin dengan diri mereka.

Cuma dengan Vitalicia, kite bole bantu semua wanita dan lelaki untuk “enhance” lagi kulit mereka untuk lebih cerah berseri di samping meningkatkan kadar imunisasi dan menurunkan berat badan.”

“Saya percaya dalam diri kita sebagai manusia tak kira lelaki atau perempuan pasti ada contoh atau idola yang kita mahu jejaki. Bukan saja dalam soal kerjaya, demikian juga dalam soal kecantikan serta penampilan diri.   

Vitalicia

Ada yang suka tengok artis atau tokoh terkenal dalam pelbagai bidang sebagai rujukan terbaik untuk mengejar cita-cita.

“Saya sendiri tak terkecuali. Kalau bab supermodel, saya paling sukakan Tyra Banks. Saya memang peminatnya dan sering mengikuti program America’s Next Top Model bermusim musim dianjurkannya.

Vitalicia

Saya lihat dia banyak gilap ramai wanita yang tiada keyakinan dan lemah semangat untuk mengeluarkan sisi ‘fierce’ dalam diri demi menjadi supermodel. 

“Selalu kalau tengok program itu, memang akan berangan nak jadi macam supermodel. Malah, saya sendiri kalau menghadiri pertunjukan fesyen pun makan hati melihat bentuk badan model yang memperaga pakaian.

Vitalicia

Dalam hati terbit rasa nak dapat badan macam mereka yang langsing dan cantik. Lalu hadirlah ilham produk suplemen, Vitalicia Supermodel Glow yang selamat untuk digunakan tanpa ada bahan kimia. Ia selamat digunakan tanpa was was,”

Aleeya turut mahu mendidik masyarakat menghargai produk bebas kimia.

Vitalicia

Vitalicia SUPERMODEL glow serap seri dan sinar cantik dalam dan luar

Menjadi wanita bergelar isteri dan ibu juga sering membuat Aleeya sendiri berdepan kenaikan berat badan mendadak terutama selepas melahirkan anak.

“Saya percaya semua wanita yang mengandung dan melahirkan anak akan berdepan masalah sama iaitu berat badan naik mendadak. Memang tak boleh elak. Setiap kali lalui fasa itu, berat badan saya akan naik. Ia realiti. 

“Pernah berat saya cecah 80 kilogram. Memang kalau mengandung, saya kena terima hakikat akan naik dua tiga kilogram.

Memang tertekan. Bab berat badan ini ada kalanya jadi isu yang tiada henti terutama untuk golongan wanita. Saya pula jenis yang suka memasak dan makan, jadi terpaksa akur dengan hal ini.

“Tapi kini berat saya mencecah 50 kilogram dan Vitalicia Supermodel Glow menjadi penyelamat. Saya sudah jatuh hati dengan Vitalicia Supermodel Glow. Saya yakin mereka di luar sana juga akan jatuh hati kelak,’ katanya.

Vitalicia Supermodel Glow sebenarnya diilhamkan daripada nama anak ketiga saya, Alicia Aleena kini berusia 10 bulan.

“Vitalicia Supermodel Glow menjadi produk ketiga yang saya keluarkan. Ia diinspirasi menerusi nama Alicia sendiri. Macam sebelum ini produk penjagaan kulit saya, Avenys juga diambil ilham daripada nama anak sulung, Eva Natasha berusia sembilan tahun.

“Anak kedua saya yang diberi nama Aaron Aziz (7) pun sudah mula tanya bila pula nak keluar produk guna inspirasi namanya. Tapi dia patut rasa istimewa kalau tak ada produk namanya sekalipun, namanya sama seperti pelakon Aaron Aziz,” seloroh Aleeya.

Berkongsi rahsia kecantikannya, Aleeya berkata dia mempraktikkan penggunaan Vitalicia Supermodel Glow beserta losyen atau serum dan menyapu di mukanya, sekurang-kurangnya dua kali seminggu.
 
“Vitalicia Supermodel Glow telah dibangunkan sejak hampir tiga tahun. Maklum balas awal cukup positif dan sangat menggalakkan dengan 95% pengguna mengesahkan peningkatan yang ketara dalam seri kulit setelah memakan Supermodel Glow secara teratur  dan konsisten selama tiga minggu. 

“Matlamat kami adalah untuk menjadikan kulit anda bersih dan bersinar tanpa sebarang solek.  

Harganya mampu milik  dan dijual pada  RM89 untuk sekotak dengan memiliki 14 sachet yang bertahan selama dua minggu.

Ia kini boleh didapati secara dalam talian di www.vitalicia.com.my dan melalui pengedar sah di seluruh negara. Ia adalah solusi tepat bagi mereka yang ingin memperbaiki kesihatan keseluruhannya.
 
 “Kami mengharapkan Vitalicia dapat diterima baik oleh masyarakat Malaysia. Menerusi tempahan awal, kami yakin bahawa produk ini akan menjadi hit di pasaran. Kami berhasrat untuk memasarkan 120,000 kotak menjelang akhir tahun 2019. 

Kepada yang mahu menempah produk ini boleh menghantar whatsapp ke talian +60195009400. Pihak mereka juga sedang mencari ejen untuk terus meluaskan jenama ini.

Dilahirkan bukan dalam keluarga senang termasuk menyaksikan perpisahan ibu bapa tersayang di usia 12 tahun, banyak mematangkan diri serta mengajar wanita kental ini dalam soal kehidupan. Malah pada suatu ketika,  wanita kelahiran Umbai, Melaka ini turut bergelut dengan ibu tersayang yang sakit kanser paru paru tahap empat pada tahun 2017.

Enam bulan sempat menjaga dan mendapatkan rawatan terbaik untuk ibunya, usahawan  kepada tiga anak comel ini akur dengan suratan hidup apabila ibunya menghembuskan nafas terakhir tahun lalu.

Malah sebagai hamba-Nya, Aleeya yang mengusahakan pelbagai perniagaan termasuk yang terbaru suplemen Vitalicia Supermodel Glow ini akur yang atas paksi manusia dia pasti akan terus diuji.

“Saya selalu ingatkan dalam diri ujian yang datang itu bukan tiket untuk terus melemahkan diri. Saya tidak boleh terbawa-bawa dengan apa saja rasa sedih yang bertandang. Saya harus bangkit. Tambah pula saya anak sulung daripada empat beradik. Saya harus beri contoh dan teladan yang baik untuk adik dan kini anak saya.

“Saya pun bukan datang dalam keluarga yang senang. Tapi dalam hati saya selalu terap semangat diri untuk capai apa saja yang diingini dengan usaha, doa serta tawakal. Saya percaya tiada pintas untuk kita berjaya.

Pelancaran Produk VITALICIA SUPERMODEL GLOW oleh Aleeya Zailan

Semuanya perlu datang daripada kepayahan dan pengalaman hidup. Saya pula jenis yang tak betah duduk diam. Saya nak buat itu dan ini. 

“Macam-macam kerja saya buat. Saya pernah kerja di sebuah kedai serbaneka 24 jam untuk kumpul duit ke New Zealand kerana mahu menjejaki arwah ibu yang ke negara Kiwi itu selepas berpisah dengan bapa.

Ketika di sana pun, saya cari pendapatan sampingan dengan buat kerja menyolek. Di sana pun saya ambil peluang menuntut dalam bidang politik dan bisnes. Saya akhirnya tamat pengajian di University of Auckland, New Zealand pada tahun 2008,” katanya.

Minat memasak turut memberi idea untuk isteri kepada Mohd Azri Aziz ini menceburi perniagaan sulungnya dalam dunia makanan menerusi jenama Aleeya’s Kitchen kira kira pada tahun 2013.

“Secara suka-suka saya hasilkan sambal hitam serta muat naik di laman Facebook dan Instagram dengan tagline ‘Sambal Hitam Pedas Giler Masuk Hospital’. Bermula dengan beroperasi di rumah saja dan memenuhi permintaan rakan serta kawan sepejabat suami.  Penat bekerja sampai saya dapat slipped disc.

“Kini operasi perniagaan ini tidak lagi dijalankan di rumah tetapi di Pahang,” katanya.

Vitalicia

Fakta Yang Anda Perlu Tahu Tentang VITALICIA


* Vitalicia Supermodel Glow, suplemen makanan revolusi baru untuk wanita, hanya menggunakan ramuan sumber yang terbaik yang telah melalui pelbagai proses dan pengujian keberkesanan. Formula semulajadi gabungan bahan yang berkhasiat secara klinikal direka khusus cantik dalaman dan luaran bak supermodel.

Pelancaran Produk VITALICIA SUPERMODEL GLOW oleh Aleeya Zailan


 * Vitalicia Supermodel Glow hadir dalam bentuk serbuk kerana ramuan utama, iaitu buah camu-camu, terlalu masam untuk dimakan begitu saja.


 * Satu paket memberi anda 71mg khasiat Vitamin C berbanding 75mg, pengambilan Vitamin C harian yang disyorkan untuk wanita. Ambil satu paket pada waktu pagi ketika bersarapan dan sekali lagi pada waktu  makan malam. Selepas ini anda tidak perlu lagi gusar tentang tidak mendapat cukup Vitamin lagi.


 * Sebagai alternatif, anda boleh mencairkan satu paket Vitalicia Supermodel Glow dalam 30ml air atau taburkannya ke dalam jus smoothie, jus, minuman gandum  atau protein, mahupun salad.


 * Mempunyai makanan tambahan dengan formulasi semula jadi  serta efektif untuk pengambilan pemakanan yang diperlukan dalam badan. 


* Vitalicia Supermodel Glow menggunakan bahan yang dirumus secara semulajadi untuk membantu menegang, melembut, merata dan memanjakan kulit anda untuk seri semulajadi.

Bahan-Bahan

Camu Camu

  • Camu Camu adalah jenis beri dari hutan hujan Amazon yang mengandungi 30 kali jumlah Vitamin C secara purata dalam buah oren, selain penuh dengan keperluan vitamin dan mineral lain termasuk besi, niasin, potassium, beta-carotene, kalsium dan banyak lagi. Memakan camu-camu dalam diet harian anda membantu melindungi kulit anda dari sinaran UV, jerawat, memberi seri muda seperti remaja, membantu melambatkan proses penuaan, mencerahkan dan mengurangkan pigmentasi, menyerlah  tona kulit.

Astaxanthin

*Astaxanthin – Pernahkah anda melihat burung flamingo? Mereka tidak selalu dalam keadaan sentiasa berwarna merah jambu. Tetapi astaxanthin yang terdapat dalam diet mereka mampu memberikan mereka warna merah jambu yang indah. Astaxanthin berasal dari alga dan antioksidan super yang membantu meningkatkan kelembapan dan tona kulit. Ia mengurangkan kesan penuaan  dengan melindungi kulit anda dari sinaran UV yang berbahaya. Kajian juga menunjukkan bahawa ia membantu mengurangkan keradangan dan sakit sendi.
 

Pre-Probiotik Mikrobiologi


* Pre-Probiotik Mikrobiologi – Prebiogenik Mikrobiologi & Probiotik meningkatkan kesihatan usus untuk imuniti yang lebih baik. Ia juga akan membantu mengurangkan selera makan anda. Apabila digabungkan dengan senaman biasa dan diet kalori terkawal, Vitalicia Supermodel Glow juga berupaya mengurangkan penurunan berat badan. Prebiotik adalah makanan yang memberi makan bakteria baik dalam usus anda. Probiotik adalah mikroorganisma hidup (bakteria) yang meningkatkan kesihatan dalam sistem pencernaan anda apabila digunakan. Begitu juga dengan makanan seperti yogurt, tempe, dan kimchi.
 


Langkah berjaga jaga

– Walaupun keselamatan semua bahan dalam rumusan cukup bagus, kami masih menasihatkan mereka yang hamil, menyusu badan dan keliru, untuk berunding dengan doktor  sebelum memulakan mengambil suplemen ini.


Maklumbalas Percubaan Pra Pelancaran:
 
● 95% daripada pengguna mengesahkan peningkatan yang ketara dalam seri kulit selepas memakannya secara teratur selama tiga minggu
 
● 81% pengguna bersetuju bahawa Vitialicia membantu dengan penurunan dan pengurusan berat badan  apabila digabungkan dengan senam kardiovaskular dan hidrasi.
 
● 92% daripada pengguna berasakan lebih banyak tenaga sepanjang hari.
 
● 78% pengguna dalam jangka panjang menyedari pengurangan jerawat dan kulit yang bersih dalam 14 hari apabila menggunakan 2 sachet sehari.
 
* Diuji pada kumpulan 273 sukarela kajian penilaian diri selama tempoh 24 bulan.
 

Mengenai Vitalicia Sdn Bhd
 
Vitalicia adalah jenama makanan tambahan yang diasaskan oleh Aleeya Zailan. Jenama ini bertujuan untuk menghasilkan produk inovatif dan berprestasi tinggi untuk wanita yang berdaya saing dan mementingkan kecantikan dalaman serta luaran
 
Untuk maklumat lanjut, lawati @aleeyazailan, @ vitalicia.codan @avenysdi Instagram & Facebook. #VitaliciaSupermodelGlow

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Kafe Hipster Feebay.co Kini Dibuka di Avenue K

MARVEL STUDIOS’ AVENGERS ENDGAME Drone Show Lights Up Kuala Lumpur City Skyline