in ,

Kafe Hipster Feebay.co Kini Dibuka di Avenue K

Mungkin ramai diantara warga kota yang kecewa kerana sukar untuk mendapatkan juadah tempatan autentik yang membuka selera apabila berkunjung di kebanyakan restoran di ibu kota. Begitu juga dengan penggemar kopi, tak kira Kopi O Panas atau Latte yang dihidangkan dari biji kopi berkualiti tinggi bertarafkan “specialty coffee”. Mereka berhadapan masalah yang serupa apatah lagi mahu menikmatinya bersama-sama juadah tradisi tempatan.

Feebay.Co -Nafas Baru Untuk Kafe Tempatan

Restoran Feebay.Co di pusat membeli-belah Avenue K menawarkan makanan masakan tradisional, barat dan fusion serta pelbagai minuman yang istimewa. Pengarah Eksekutif Feebay.Co, Encik Azri Jamaludin, berkata beliau berharap agar dapat memenuhi ruang di pasaran kafe yang biasanya bertumpu kepada makanan fusion dan pastri-pastri.

“Di Feebay.Co, kami menyediakan hidangan klasik pilihan masyarakat tempatan seperti Nasi Lemak, Lempeng Pisang dan Nasi Ikan Patin.

“Juga tidak ketinggalan beberapa hidangan istimewa Feebay.Co yang diinspirasikan dari Thailand dan Kanada seperti Chao Praya- Ikan Barramundi yang dihidangkan bersama Kerabu Epal dan Mariposa Ave iaitu hidangan ayam panggang bersalut serbuk roti, yang berinti mentega bawang putih.”

Memberi keutamaan kepada menu minuman seperti kopi, Feebay.Co juga turut menyediakan minuman kopi nitro, coklat dan teh hijau artisanal serta aneka jus segar.

Selain itu, pelbagai minuman mocktail dan soda berperisa. Hampir kesemeua produk adalah buatan tempatan.

Majlis pelancaran Feebay.Co telah disempurnakan oleh Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia, YB Tuan Muhammad Bakhtiar bin Wan Chik.

Lebih daripada 80 orang tetamu telah diundang untuk memeriahkan acara berkenaan untuk menikmati keenakan juadah serta keindahan dekorasi kontemporari restoran berkenaan. 

“Reka bentuk dalaman Feebay.Co merupakan konsep moden dan dinamik. Kafe berkeluasaan 2,412 kaki persegi ini memberi pengalaman yang unik kepada pelanggan dan mampu menyediakan tempat acara kasual dan formal seperti mesyuarat korporat, majlis persendirian dan banyak lagi.

Fasiliti Feebay.Co ini dilengakapi dengan WiFi berkelajuan tinggi, ruang pelbagai guna, projektor berdefinisi tinggi, dan banyak plug yang berdekatan dengan tempat duduk,”  

– Encik Azri

Festival dan bazar jualan, ‘Friendstival Market’ turut diadakan sempena pelancaran restoran Feebay.Co di Avenue K. Bazar ini menempatkan lebih daripada 20 usahawan-usahawan tempatan.

Bazar berkenaan telah berlangsung sejak 16 April lalu, dengan menjualkan pelbagai produk lokal berasaskan fesyen, gaya hidup dan makanan khusus buat pengunjung pusat beli-belah Avenue K.

DNA Feebay.Co

Menurut En Azri, pemilihan nama Feebay.Co adalah olahan kata daripada perkataan “Coffee Bay”.

“Di samping menghidangkan kopi ‘specialty’, pemilihan nama Feebay.Co mencerminkan prinsip asas jenama kami iaitu memberi fokus kepada kehendak dan keselesaan pelanggan serta menjalinkan hubungan positif antara kakitangan dan mereka.

Konsep layanan tingkap diperkenalkan bagi memudahkan mereka untuk membuat pesanan, membayar dan mengambil pesanan tanpa perlu masuk ke dalam kafe.”

– Encik Azri

Pengalaman unik ini juga boleh didapati di dua lagi cawangan Feebay.Co iaitu di Sunway Nexis Kota Damansara dan Galeri Membeli-belah Publika.

“Idea asasnya adalah menjadikan barista sebagai ‘frontliner’ kafé. Saya menegaskan sebahagian daripada kerja harian mereka untuk sentiasa mesra berinteraksi dan mengenali tetamu mereka, menggalakkan perbualan dan berkongsi seberapa banyak pengetahuan dengan mereka terutama sekali berkaitan kopi. Oleh itu, bar minuman di Feebay.Co diletakkan di hadapan kafe.”


“Bagi premis Feebay.Co di Avenue K, sebahagian besar daripada ruang premis ini terletak di bahagian tingkat atas.

Oleh itu, saya telah meminta pereka hiasan dalaman untuk mereka tangga utama yang menarik perhatian dan bergaya bagi memasuki ruang makan atas restoran ini.

Dia telah memperkenalkan konsep tempat duduk ala stadium bersama bar minum kopi supaya pelanggan masih boleh duduk berehat sambil menikmati minuman di sini,”

Konsep dan rekabentuk Feebay.Co telah direalisasikan oleh jurureka dalaman yang mempunyai pengalaman luas berkhidmat di Melbourne, Australia iaitu 6ix Design Office.

Mural Biru

Mural Biru yang menghiasi dalaman Feebay.Co Avenue K merupakan karyaan Encik Ahmed Iwaz Hamdy, seorang pelukis tempatan. Menurut Encik Azri, mural ini melambangkan perjalanan jenama Feebay.Co yang telah berkembang dari cawangan pertamanya sehingga kini.

Penceritaan mural berkenaan bermula dari kiri ke kanan,  dan menggambarkan 3 struktur biru yang seakan-akan tersembunyi di antara bangunan pencakar langit ibu kota.

“Lihatlah perubahan diantara pencakar langit yang ada di dalam mural pertama ini yang dari mulanya rendah dan jarang sehingga sampai ke suatu tahap diamana bangunan-bangunan tinggi menjadi padat dan sibuk, semakin anda berjalan melaluinya, anda akan dapat lihat mural seterusnya di penghujung laluan koridor  di dalam restoran ini.

Di situ anda akan dapat melihat kehadiran rumah kampung kecil di sebalik keindahan hutan menghijau.

“Ia menggambarkan permulaan kami yang secara kecil-kecilan di Kota Damansara, kemudian ke Publika dan akhirnya di sini di, Avenue K. Rumah kampung itu juga sebagai simbol kerana kami menyediakan hidangan autentik tempatan,”

– Encik Azri

Jelas Azri, meskipun perusahaannya semakin bercambah, namun begitu dia tidak akan pernah lupa akan asal usul dan individu yang sentiasa bersama-sama membantu perniagaannya.

Dengan mewujudkan kira-kira 18 peluang pekerjaan di Pusat Membeli-Belah Avenue K, Feebay.Co kini mula mendapat tempat di sini dengan menjadi buah mulut pengunjung sekeliling dan hubungan antara pelanggan tetap dan komuniti lokal.

Kami percaya akan kepentingan layan mesra dan rendah diri kepada pelanggan tanpa mengenal erti perbezaan antara mereka.

Cawangan Feebay.Co di Avenue K mampu memuatkan seramai 80 orang pada satu masa. Cawangan ini beroperasi setiap hari bermula jam 8 pagi sehingga 10 malam, 7 hari seminggu. 

About Feebay.Co:

Feebay.Co Avenue K 

G-11, Avenue K Shopping Mall,

152, Jalan Ampang, Kuala Lumpur City Centre,

55000 Kuala Lumpur, Malaysia

Open Monday to Friday 8am to 10pm

Saturday to Sunday 10am to 10pm

Tel: 03 2181 4323

Feebay.Co Publika 

Lot 17, Level G3, Block C3, Publika Mall,

Jalan Dutamas 1, 50480, Kuala Lumpur, Malaysia

Open Monday to Friday 8.30am to 10pm

Saturday to Sunday 10am to 10pm

Tel: 03 62061842

Feebay.Co Sunway Nexis

C-G-9. Sunway Nexis, 

Jalan PJU 5/1, Kota Damansara,

57180, Selangor

Open daily from 9am to 6.30pm

Tel: 03 61431841

Website : www.feebay.co

IG|FB: feebay.co

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Apresiasi & Signifikan Konsert ELYANA JADI 19 Live in Concert

Sekitar Pelancaran Produk VITALICIA SUPERMODEL GLOW oleh Aleeya Zailan