in

Pelancaran Produk OPIEL SECRETS Yang Cukup Bermakna

Pada 19 April yang lalu, Budiey telah menghadiri Pelancaran Produk Opiel Secrets dan serentak itu juga diadakan Majlis Minum Petang bersama Media dan Artist di bawah naungan Pencil Pictures & Records Sdn Bhd di Hotel Dorsett Kuala Lumpur. Terima kasih nak ucapkan beribu lemon kepada Dato’ Ayu yang sudi menjemput Budiey.com.

Pelancaran Produk Opiel Secrets

Pelancaran Produk OPIEL SECRETS Yang Cukup Bermakna

[dropcap]B[/dropcap]ukan senang nak jumpa beliau ni sebab setahun sekali dapat jumpa Ketua Pegawai Eksekutif Opiel Secrets (M) Sdn. Bhd, Dato’ Ayu ni. Sibuk benar dia. Masih ingat lagi, kali terakhir Budiey jumpa beliau iaitu ketika menghadiri majlis berbuka puasa di Hotel Concorde KL pada tahun lepas.

Tahniah di atas pelancaran produk kecantikan dan makanan kesihatan Opiel Secrets ya!

Pelancaran Produk Opiel Secrets

Budiey tiba di tempat kejadian seawal jam 2 petang lagi. Masih awal namun, Budiey cuba mengambil gambar yang patut. Menariknya acara pelancaran produk Opiel Secret 3 Serangkai Healin, Opiel Secret Magic Healin Cream dan Opiel Secret Secret Celebrity, selain cabutan bertuah, media dan jemputan dihiburkan dengan artis dan penyanyi di bawah pengurusan Pencil Pictures and Records Sdn Bhd.

Antaranya Wanna Ali, Wans Ahmad dan ramai lagi. Budiey lihat Opiel Secrets ni cukup optimis dan begitu positif, mungkin kerana itulah jualan produk ini meningkat dan mendapat kepercayaan ramai pengguna.

Pelancaran Produk Opiel Secrets

Antara hadiah cabutan bertuah yang ditawarkan kepada media dan jemputan yang hadir. Sangat lumayan berupa voucher membeli belah barangan produk ini.

Budiey nak sentuh sikit tentang latar belakang orang kuat di sebalik produk Opiel Secrets iaitu Dato’ Normashayu Puteh atau lebih dikenali sebagai Dato’ Ayu ini. Dengan 15 tahun pengalaman sebagai Ketua Pegawai Eksekutif syarikat out-sourcing dan syarikat hartanah dipanggil Teguh Saujana Bumi Sdn. Bhd. dan 5 Tahun pengalaman sebagai Ketua Pegawai Eksekutif di Opiel Secrets (M) Sdn Bhd., Dato’ Normashayu Puteh yang mempunyai kelayakan dalam bidang perniagaan, melangkah kembali ke dalam industri hiburan di Malaysia. Beliau juga mempunyai pengalaman dalam pemasaran, setiausaha dan sebagainya.

Pelancaran Produk Opiel Secrets

Agresif dan Optimistik

[dropcap]S[/dropcap]eorang wanita perniagaan yang agresif dengan kelayakan beliau dalam pengajian perniagaan, telah berjaya membangunkan syarikat untuk yang terbaik. Beliau juga mempunyai personaliti yang sangat dinamik dan berkarisma, dan sentiasa terus memandang ke depan untuk idea-idea baru untuk mengembangkan aktiviti perniagaan.Di samping itu, beliau akan mengembangkan perniagaan beliau ke dalam sebuah syarikat yang bekalan alat tulis dan peralatan hospital.

Memulakan kerjaya sebagai penerbit yang berani dan dapat bersaing dengan pengeluar yang sedia ada untuk menghasilkan filem dan drama. Dengan hanya sedia ada faedah dan pengalaman diperolehi satu masa dahulu, di mana beliau melakukan kerja-kerja di belakang tabir dalam menghasilkan iklan dan drama. 6 tahun pengalaman sebagai Pengeluar di Pencil Pictures and Records Sdn Bhdm beliau berjaya menghasilkan 5 filem ‘Aku Ada Kau Ada, Tokan, Gamatisme, BoPeng, Kak Yong dan 1 filem edaran ‘Usop Wilcha Menghonjang Makhluk Muzium’, 1 telemovie ‘Kubur Tak Bertanda’, 20 muzik video termasuk.

Pelancaran Produk Opiel Secrets

Dia adalah seorang yang mesra untuk bersama-sama dengan semua orang, ira tidak menghairankan untuk mengatakan bahawa dia mempunyai ramai kenalan seni yang mempunyai nama-nama besar dan terkenal di Malaysia kerana dia masih tidak terlibat secara langsung dalam industri hiburan.

Beliau juga menubuhkan sebuah syarikat produk Opiel Secrets (M) Sdn Bhd. berasaskan kesihatan dan kecantikan dan merupakan pengasas produk tersebut. Malah, dia mempunyai semangat yang tinggi dalam diri dan percaya bahawa sentiasa ada peruntukan di mana sahaja.

Pelancaran Produk Opiel Secrets

Antara produk utama yang mana syarikat ini mengurus beberapa orang penyanyi muda yang berbakat.

Bertanggungjawab untuk mengeluarkan produk filem yang pelbagai kandungan termasuk format contohnya Hiburan, Drama, Seram dan Komedi. Juga bertanggungjawab dalam soal undang-undang umum seperti Pelesenan Hiburan dan Pengendalian kontrak. Tanggungjawab lain termasuk Pemasaran dan Pelesenan Filem dan Drama untuk Filem Antarabangsa dan Pengedar Video dan televisyen penyiar, tempatan dan di seluruh dunia. Mengambil bahagian secara aktif di pasaran TV Antarabangsa, Filem dan Penyiaran.

Pelancaran Produk Opiel Secrets

Memahami kehendak pelanggan yang semakin mementingkan kecantikan dalaman dan luaran, produk Opiel Secrets yang menggunakan formula secara klinikal serta dapat memberi perubahan positif tanpa kesan sampingan berjaya mengukuhkan kedudukannya dalam industri selepas setahun di pasaran.

Menurut Dato’ Ayu, produk-produk Opiel Secrets dikeluarkan oleh doktor yang bertauliah dalam bidang perubatan dan kecantikan bagi menjamin kualiti.

“Kita ada lapan produk di bawah jenama Opiel Secrets yang sudah dipasarkan sejak setahun lalu antaranya 3 Serangkai, Magic Cream, Stemcell Collagen, Platinum Masculine dan Gluta Collagen. Selain selamat digunakan semua lapisan masyarakat, produk-produk kita juga dikeluarkan oleh makmal kilang perubatan yang bertaraf Amalan Pengilangan Baik (GMP).”

Opiel Secrets ditubuhkan pada tahun 2014 dan mula memasarkan lapan produk yang dilancarkan hari ini itu sejak tahun lalu.

Menurut Normashayu, beliau turut mengintai pasaran luar untuk memasarkan produknya yang semakin mendapat permintaan. Katanya, beliau bersyukur kerana setelah setahun di pasaran, orang ramai mula kenal dengan produk dan sambutan sangat memberangsangkan.

“Dengan strategi pemasaran yang baik, kita mampu menjadi salah satu pesaing utama dalam industri malah kita sudah mula memasuki pasaran Singapura dan saya sedang menguruskan untuk memasuki pasaran Brunei pula.

“Selain daripada itu, melalui promosi melalui media sosial, produk kami juga turut menerima permintaan dari pelanggan negara luar seperti Arab Saudi, Korea dan Mesir,” katanya.

Syarikat ini dikendalikan oleh sekumpulan ahli profesional yang berpengalaman dalam bidang masing-masing untuk mencapai visi syarikat. 

Yang penting, produk ini menggunakan formula secara klinikal yang dapat memberikan perubahan positif dengan ketara tanpa kesan sampingan. Budiey pun akan cuba produk ini untuk mengatasi masalah kesihatan Budiey iaitu penyakit gout yang sangat merbahaya. Paling senang sebab dia takde kesan sampingan. 

Pelancaran Produk Opiel Secrets

Yang Korang Perlu Tahu Tentang 3 SERANGKAI HEALIN

[dropcap]O[/dropcap]piel Secret 3 Serangkai dirumus khas untuk membantu mengawal penyakit kencing manis, darah tinggi, penyakit sendi dan bisa urat. Hasil pati gamat dapat membantu penyembuhan luka, masalah penafasan dan mengatasi pelancaran darah. Gabungan dengan pati delima yang dihasilkan dapat menyihatkan fungsi jantung, hati dan menguatkan daya ketahanan badan.

[pullquote align=”right”]Ekstrak dari cordyceps dan goji juga dapat membantu untuk mengurangkan kadar kolestrol, meningkatkan daya imunisasi tubuh,ingatan, stamina dan menyokong kesihatan buah pinggang, mengawal kanser serta memperbaiki kualiti penglihatan.[/pullquote]

Rumpai laut juga diadun bersama sebagai fiber untuk keseimbangan tubuh badan dan dapat mengcegah dari sebarang penyakit kronik.

Cara Penggunaan: Larutkan satu paket O’piel Secret 3 Serangkai dengan 150ml – 200ml air. Kacau sebati dan minum. Pengambilan 2 paket sehari : 1 paket SEBELUM minum pagi dan 1 SEBELUM tidur.

Budiey difahamkan jualan meningkat 30 peratus berbanding RM500,000 pada tahun lalu. Wow, tahniah ya. Jangkaan tersebut dipacu dengan kesemua produknya kini boleh didapati di beberapa pasar raya besar di seluruh negara sejak awal tahun ini dan menembusi pasaran luar negara.

Menurutnya, dengan adanya tujuh produknya di pasaran tempatan dan antarabangsa, ia akan memudahkan pelanggan setia dan menjangkakan peningkatan pelanggan baharu lebih mudah memperoleh produknya.

“Sejak dipasarkan awal tahun lalu, produknya hanya dipasarkan secara atas talian (online) sahaja dan dipromosikan melalui media sosial. Selain itu, kesemua produknya boleh diperolehi melalui 50 ketua stokis dan 30 dropship di seluruh negara,” katanya ketika ditemui, baru-baru ini.

Normashayu berkata, syarikat menjangkakan pertambahan ketua stokis dan dropship berikutan permintaan tinggi terhadap produknya antaranya Opiel Secret 3 Serangkai Healin, Opiel Secret Magic Healin Cream dan Opiel Secret Secret Celebrity.

“Saya optimis jualan akan meningkat pada tahun ini dengan beberapa strategi promosi yang akan dilaksanakan antaranya ialah pengiklanan di media sosial dan media. Produk Opiel Secrets sesuai untuk lelaki dan wanita,” katanya.

Katanya, setakat ini, jualan melalui online menyumbang 40 peratus dan selebihnya adalah jualan melalui stokis, pasar raya dan dropship.

Pelancaran Produk Opiel Secrets

Dato’ Ayu bersama ibunya yang tercinta.

Tembusi Pasaran Luar Negara

Normashayu berkata, walaupun produknya adalah keluaran Bumiputera, ia menembusi beberapa luar negara antaranya India, Australia, Jepun, Emiriah Arab Bersatu, Singapura.

“Kesemua produk Opiel Secrets juga akan menembusi pasaran Brunei pada tahun ini dan dalam proses dokumentasi. Saya menyasarkan akan memasuki pasaran Indonesia menjelang akhir tahun ini kerana permintaan di sana memberangsangkan.

“Kebanyakan pelanggan dari luar negara adalah pelanggan tetap yang membeli secara atas talian. Walaupun mempunyai persaingan dalam penjualan produk kecantikan dan kesihatan dalam pasaran tempatan dan antarabangsa, saya optimis produk ini akan mendapat permintaan tinggi berikutan peningkatan jualan walaupun baharu setahun berada di pasaran,” katanya.

Katanya, Opiel Secrets juga akan mengeluarkan beberapa produk baharu dalam masa tiga tahun akan datang antaranya adalah untuk mencegah kanser.

Normashayu berkata, bergelumang dalam perniagaan lebih 20 tahun menyebabkan dia mementingkan kepuasan pelanggan.

“Opiel Secrets akan melakukan penghantaran segera bagi pelanggan di sekitar Lembah Klang manakala di luar Lembang Klang, mereka akan memperolehinya dalam masa 24 jam. Itu adalah perkara yang penting dalam perniagaan saya.

“Saya mahu menyenangkan pelanggan dan ia terbukti apabila mereka akan membuat tempahan seterusnya. Opiel Secrets beroperasi di Damansara Damai,” katanya.

Pelancaran Produk Opiel Secrets

Utamakan pelanggan

Normashayu berkata, produk Stemcell Collagen membantu melancarkan peredaran darah, membaik pulih tisu kulit, mengaktifkan sel baru, merangsangkan badan dan mengembalikan tenaga manakala Platinum Masculine mengandungi kolagen, ginseng dan protein sesuai untuk lelaki yang cepat mahu membina otot dengan cepat, meningkatkan tenaga dan stamina serta memulihkan tisu dan kulit.

“Gluta Collagen yang menggabungkan glutation dan kolagen berfungsi untuk membantu meremajakan kulit, memutihkan tubuh dan wajah serta merawat masalah kulit luar dan dalam serta melancarkan peredaran darah.

“Untuk mendapatkan kesan lebih menakjubkan sesuai jika digabungkan dengan Opiel Secret Shape Diet yang memberikan lebih keberkesanan untuk melangsingkan tubuh,” katanya.

Katanya, pelanggan produk Opiel Secret 3 Serangkai Healin adalah pesakit diabetes, darah tinggi dan gout.

“Kebanyakan pengguna produk ini akan membeli krim Opiel Secret Magic Healin yang boleh disapu bagi mereka yang sering mengalami kebas, lenguh dan sakit sendi. Kadang-kadang pelanggan saya bukanlah pesakit, namun mereka membelikannya sebagai hadiah kepada orang yang disayangi,” katanya.

Secara keseluruhannya, acara ini berjaya mengeratkan hubungan antara media dan juga team penggerak Opiel Secret dan juga selebriti yang hadir. Semua pulang dengan wajah berseri dengan produk yang diberikan di dalam goodie bag serta tahniah buat semua yang memenangi hadiah cabutan bertuah.

Semoga kita dapat berjumpa lagi di masa akan datang.

Sumber: Berita Harian, Utusan dan laman sesawang Opiel Secrets

Pelancaran Produk Opiel Secrets

Pelancaran Produk Opiel Secrets

Pelancaran Produk Opiel Secrets

Pelancaran Produk Opiel Secrets

Pelancaran Produk Opiel Secrets

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Lebih Sejuta Pelanggan Dilapor Tinggalkan MAXIS

Pengasas Ajaran Sesat Ayah Pin Meninggal Dunia