in ,

Pengasas Ajaran Sesat Ayah Pin Meninggal Dunia

Pengasas ajaran sesat, Ariffin Muhamad atau Ayah Pin, 74, meninggal dunia di rumahnya di Hulu Besut, Terengganu pada Jumaat malam.
Pemimpin utama ‘Kerajaan Langit’ yang pernah menggemparkan negara menerusi ajarannya itu menghembuskan nafas terakhir pada 8.30 malam itu.

Ayah Pin menjadi terkenal apabila mendakwa dirinya sebagai wakil tuhan segala agama manakala pengikutnya pula menganggapnya sebagai tuhan yang menerima wahyu dari Langit.

Berikutan itu, pihak berkuasa agama menyenaraikan ajaran Ayah Pin sebagai sesat dan Pejabat Tanah Daerah Besut merobohkan beberapa premis di kampungnya bagi mengawal aktiviti di situ.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Pelancaran Produk OPIEL SECRETS Yang Cukup Bermakna

GEMFIVE Kini Berusia 1 Tahun