in ,

Sekitar Pelancaran Maggi Magic Meals

Tanggal 14 Mac yang lalu, Budiey telah menghadiri pelancaran Maggi Magic Meals, Cara Baharu Menyediakan Hidangan Lazat Dengan Periuk Nasi Anda,

Bagaikan Magik di sebuah restoran di Publika, Solaris Dutamas, Kuala Lumpur. Sesuatu yang berlainan Budiey rasakan dengan pelancaran kali ini kerana semua media diberi peluang untuk merasai masakan cara terbaru dari Maggi. Acara diserikan lagi dengan kehadiran, usahawan dan ibu kepada dua orang anak, Dynas Mokhtar.

Maggi Dynas

Bukan main sesak dengan kehadiran media dan tetamu dan Budiey lihat periuk nasi di atas meja juga sebagai prop dan gimik pelancaran. Di pentas pelancaran pula turut dihiasi replika periuk nasi di samping dua set dapur. Dapur pertama sebuah periuk nasi dan dapur kedua dengan kuali.

Inilah inovasi dan cara terbaru yang lebih menyenangkan. Ya, senang untuk dimasak dan tak perlu lagi nak ke pasar untuk mencari perkakas dan rempah ratus, pendek kata Maggi ada segala-galanya.

Tahniah buat syarikat makanan, Nestle yang memperkenalkan Maggi Magic Meals – satu gaya masakan terbaharu oleh Nestle menggunakan kaedah masakan mudah, cepat dan sihat.

Ada tiga jenis pilihan masakan yang disediakan. Maggi Magic Meals boleh didapati dalam perasa Kari Ayam Beraroma, Savouri Ayam Masak Merah dan Ayam Kicap Berempah. Setiap paket itu dijual pada harga RM3.95 sepaket. Beg masakan pula sangat selamat digunakan.

Pada awal acara sebagai memperkenalkan produk Maggi Magic Meals, para pengunjung dipertonton dengan drama singkat berkenaan dua situasi masakan, menggunakan Maggi Magic Meals dan cara masakan tipikal.

Ternyata, drama tersebut membuktikan betapa Maggi Magic Meals bukan sahaja menjadi inovasi produk yang memuaskan selera, tetapi mudah dan sihat.

Menurut Pengurus Jenama Unit Perniagaan Makanan, Nuraina Tajuddin:

Maggi mahu para ibu memenuhi selera keluarga mereka dengan inspirasi resipi yang lazat melalui hidangan yang disediakan di rumah.

“Rangkaian baharu, Maggi Magic Meals menjadi satu-satunya produk di Malaysia yang direka khas untuk dimasak di dalam periuk nasi. Ia merupakan cara masakan yang unik apabila lauk diletakkan di dalam beg masakan Maggi dan dimasak bersama nasi di dalam periuk nasi.

“Beg masakan Maggi adalah selamat untuk dimasak serta mematuhi peraturan Amerika Syarikat (AS) dan Kesatuan Eropah (EU) FDA serta tahan haba.

“Malah, masakan dengan beg masakan Maggi juga membantu mengekalkan rasa serta khasiat daging dan sayuran untuk menjadikan hidangan lebih lazat.”

Beliau berkali-kali menekankan bahawa beg yang bakal diguna itu selamat dan para ibu khususnya, tidak perlu risau terhadap kesannya. 

Nuraina berkata, pihaknya mahu para ibu yang sibuk, bapa yang mahu membuat kejutan kepada keluarga, anak-anak yang mahu berdikari memasak sendiri atau individu yang mahu memudahkan aktiviti memasak untuk mencuba produk baharu itu.

Menerangkan secara lanjut tentang khasiat dan cara penyediaan, satu demo khusus turut disediakan kepada para tetamu yang hadir pada majlis pelancaran tersebut.

Berbekalkan hanya ayam mentah, beberapa potongan hirisan bawang berbentuk bulat dan serbuk Maggi Magic Meals semuanya dimasukkan ke dalam plastik masakan Maggi.

“Langkah pertama adalah menambah daging dan bawang ke dalam beg masakan Maggi bersama dengan perencah Maggi Magic Meals. Kemudian ikat beg masakan dan gaulkan dengan sebati. Selepas itu, letakkan beg di atas beras di dalam periuk nasi dan masak. Kemudian, hidangan sedia untuk dinikmati.”

Maggi Dynas

Menurut Dynas Mokhtar pula:

“Saya berusaha meluangkan masa untuk menyediakan masakan di rumah untuk suami dan anak-anak walaupun jadual saya sibuk. Saya amat kagum dengan inovasi baharu yang dilancarkan oleh Maggi.”

Ditanya tentang rejim masakan baharu beliau bersama produk inovasi Maggi, Dynas mengakui dapat memasak untuk keluarga dengan lebih kerap kerana cuma perlu masukkan beg masakan Maggi di dalam periuk nasi bersama beras.

“Menariknya, ia juga menjadi pilihan berkhasiat kerana tidak perlu menggunakan minyak. Tambahan pula, sambil menunggu hidangan siap, saya dapat meluangkan masa untuk melakukan kerja lain.”

Seorang lagi selebriti, Sheahnee Iman Lee juga berpuas hari dengan produk inovasi, Maggi Magic Meals.

“Maggi Magic Meals dapat menjimatkan masa penyediaan untuk memasak, di samping resipi kegemaran saya menjadi lebih lazat dan penuh rasa.”

Pihak Nestle turut mengadakan pertandingan pos istimewa dengan periuk nasi dan Maggi Magic Meals kepada para tetamu. Lima orang pemenang membawa pulang hamper produk Maggi. Tahniah kepada yang menang!

Maggi Dynas

Maggi Dynas

Maggi Dynas

Maggi Dynas

Maggi Dynas

Maggi Dynas

Maggi Dynas

What do you think?

73 Points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Pelakon Eina Azman Nyaris Kena Perkosa Ditipu Ahli Perniagaan

Atilia Lancar Album INDAH Di Jakarta Indonesia