in

Sekitar Pelancaran Cherry Talent Fan Club

Majlis ini adalah anjuran CHERRY TALENT &MANAGEMENT untuk peminat-peminat artis di bawah kami iaitu ADILLA IDRIS,ARM dan juga RINA.Pada 7 May 2010 yang lalu bertempat di SINGGAHSANA HOTEL,PETALING JAYA telah berlangsungnya majlis ini dengan meriah sekali.

Seawal 3 petang crew dari Cherry Talent & Management telah pun berada di Singgahsana Hotel untuk membuat persiapan selanjutnya.

Pada pukul 7.30 petang sesi pendaftaran telah pun bermula. Meriah dengan kehadiran peminat yang memakai baju mengikut tema pada malam itu iaitu GLAM NIGHT. Tepat jam 8.15malam acara red carpet telah bermula. Di mana artis Cherry iaitu ADILLA, ARM & RINA bersama pengurus besar Cherry Talent & Management Along Bakar serta artis jemputan yang lain iaitu Shikin, Ani Maiyuni serta Masleena.

Setelah semua tetamu, peminat dan media mengambil tempat masing-masing, acara pun bermula dengan ucapan dari Along Bakar selaku pengurus Cherry Talent & Management.

Pengacara pada malam itu ialah Kelly Azman. Selepas ucapan dari Along Bakar, majlis pelancaran pun bermula. Setelah selesai majlis pelancaran sesi memotong kek pula telah berlangsung.

Setelah acara gilang gemilang itu selesai tetamu dijemput menikmati makanan yang amat menyelerakan dari Singgahsana Hotel.Sementara tetamu menjamu selera,persembahan dari paperdoll bermula. Meriah sangat.

Selepas itu games bermula.Games pertama ialah MENCARI LOGO MISTERI. Dimana logo ini di tampal di bawah kerusi masing-masing.Hanya yang bertuah sahaja yang dapat.Selepas kecoh mencari logo di bawah kerusi games seterusnya ialah KOTAK BERACUN.

Games ini merlukan mereka membuat apa yang ditulis di kotak tersebut.Iaitu menari bollywood,memecahkan belon dengan mengunakan kedua2 ketiak dan ketiga tiru gaya goyang INUL.Adilla telah terkena denda games ini iaitu tiru gaya goyang Inul.Apa lagi,gelek!Selepas kedua-dua games selesai kami bagi peminat dan tetamu relax dulu.

Seterusnya FLASHBACK 5 RATU DANGDUT.Dimana kami menjemput khas kelima-lima ratu ini iaitu SHIKIN,AYATI TASRIP,MASLEENA dan seharusnya ADILLA.Hanya WANN tidak dapat hadir.Disini tetamu di meriahkan dengan persembahan secara spontan dari mereka.Untuk makluman 5Ratu Dangdut ini ialah mereka yg pernah membuat album 5ratu dangdut walaupun ada diantara mereka yang sebenarnya bukan penyanyi dangdut.Selepas acara flashback berakhir games seterusnya pun bermula.

Games seterusnya ialah LIMBO ROCK.Setelah berakhir games ini,persembahan dari RINA&ARM.Mereka menyampaikan lagu duet iaitu DUA INSAN.Kemudian games seterusnya lagi iaitu REBUT KERUSI.Acara ini agak kelakar kerana peserta diminta menutup mata mereka dengan mengikat kain.Bayangkan bagaimana dengan menutup mata kemudian mencari kerusi.Selepas itu persembahan dari Paperdoll yang meletup.

Games seterusnya iaitu FANS TO FANS PERFORMANCE. Dimana setiap artis dan peminat mereka membuat persembahan.Dari persembahan itu kami memilih seorg dari mereka sebagai pemenang.Untuk ADILLA FC memilih utk menari poco-poco.Hebat sangat.ARM FC pula menyanyi dan menari.RINA FC juga menari dan menyanyi.Hebat masing-masing.

Selepas itu acara kemuncak dimana hadiah BEST DRESS utk MALE&FEMALE.Serta FANS PALING SUPPORTING utk FEMALE&MALE juga.Selepas itu persembahan dari artis-artis jemputan.Kemudian surprise birthday untuk Roxa yang secara kebetulan hari lahirnya jatuh esok hari iaitu 8 May 2010.Tidak meriah rasanya jika Adilla Idris tidak membuat persembahahan.Adilla telah menyampaikan dua buah lagu khas utk tetamu dan peminat-peminat.Majlis tamat dengan acara JOGET LAMBAK yang memang dinantikan oleh mereka semua.Sesambil itu juga peminat mengambil gambar bersama artis-artis kesayangan mereka.

Disini pihak CHERRY TALENT & MANAGEMENT ingin mengucapkan ribuan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua yang sudi menghadirkan diri iaitu peminat-peminat ARM,RINA&ADILLA.

Terima kasih kepada pihak media yang sudi hadir iaitu Media Hiburan,Utusan Malaysia,Fenomena Seni,Diva @ 1,Fuh,Murai.com,URTV dan lain-lain.

Teramat terima kasih kepada ADILLA FITNESS STUDIO yang menaja.Terima kasih sesangat.Terima kasih juga kepada penaja lain iaitu Eliey dari Menara KL,My Saloon,Arif CAafe,FMC Music,Sony&BMG Music serta Utusan Karya.Tidak lupa kepada SINGGAHSANA HOTEL PETALING JAYA yang banyak membantu kami.

Terima kasih semua.Hanya TUHAN sahaja dapat membalas jasa baik anda semua.Semoga ketemu lagi kita di masa akan datang.Insyallah.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Johan Raja Lawak Bergaduh Dengan Pengarah Drama

Rabbani Dilantik Sebagai Duta Produk Uzai