in

Rabbani Dilantik Sebagai Duta Produk Uzai

Menjelang ulangtahun ke-13 di persada muzik nasyid, nampaknya Rabbani terus gagah mengorak langkah. Walaupun tanpa vokalis utama yang telah pergi, rezeki kumpulan nasyid yang berjaya mempertahankan gelaran Penyanyi Nasyid Popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2009 ini mencurah-mencurah datang. Perjalanan mereka masih tak terjejas dan lancar.

Selepas duta Halal Gel, Permata Hijrah, PRM Global, Majalah Asuh dan produk minuman kopi dan kismis, Rabbani dilantik pula menjadi duta produk pencuci, Uzai.

4601327930 294E7Db105 O | 4

Pada jam 3 petang tadi, Rabbani telah mengadakan sidang media 2+1 iaitu perlantikan duta produk Uzai dan sekaligus meraikan ulangtahun Rabbani ke-13. Ini menjadikan majlis pada petang semalam begitu bermakna buat Rabbani.

Tahniah Budiey ucapkan kepada kumpulan Rabbani dan semua krew yang telah berjaya mengangkat grup ini menjadi antara kumpulan nasyid yang disegani dan berkarisma. Memang salute habis lah. Dinobatkan selama 9 tahun berturut-turut sebagai Kumpulan Nasyid Popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian.

Selain menjemput media, Rabbani juga mengundang kenalan rapat, teman artis dan rakan niaga untuk menjamu selera di Hotel Singgahsana. Ini adalah untuk menghargai dan membalas jasa baik mereka yang memberi sokongan selama ini.

Selain ada ucapan dari pengerusi majlis dan bacaan doa, majlis ini juga menjemput Ketua Pegawai Eksekutif Uzai Marketing – Encik Ruzaimi Mohd Adnan dan Pengarah MARA Negeri Selangor – En Razlan Bin Haji Samuri untuk berucap.

4600711303 25Bf2C780A O | 5

Gimik melamar Rabbani sebagai duta dibuat dengan acara yang begitu simbolik.

4601328756 2C675174B0 O | 6

Doa dah pun dibaca, maka upacara memotong kek sempena majlis kesyukuran.

Rabbani begitu bersyukur kerana diberi kepercayaan untuk menjadi duta untuk produk keluaran Uzai Marketing iaitu anak syarikat Uzai Corporation Sdn Bhd. Sebuah syarikat yang mengeluarkan pengeluar produk pencuci berasaskan organik untuk kegunaan rumah dan industri yang merangkumi 3 kategori iaitu penjagaan diri, rumah dan kenderaan.

Uzai Marketing melamar Rabbani pada 16 April lalu dan sebagai permulaan kumpulan nasyid ini akan terbabit dan beberapa promosi antaranya Expo Belia Malaysia anjuran Tunas Indah dengan kerjasama Uzai Marketing dan Rabbani di Kedah, Pulau Pinang dan Perlis. Dalam sebulan, sebanyak dua kali akan menjayakan konsert mini anjuran Tunas Indah dan Uzai Marketing.

Uzai merupakan produk keluaran bumiputera Islam yang terunggul di Utara dengan slogan Suci, Selamat dan Berkesan.

Sebelum ini, Rabbani juga mendapat sokongan daripada Telekom Malaysia yang menaja Konsert Malam Sinar Maulidur Rasul 1431 di Taman Tamadun Islam Terengganu.

Rabbani juga akan menjayakan Expo Usahawan Bestari 2010 bersama Mawi, Aishah, Inteam dan Saujana di Pusat Konvensyen Persada Johor (PKPJ), Johor Bahru, anjuran Johor Corporation pada 21 hingga 23 Mei ini rancak mencari bakat baru menerusi pertandingan Nasyid Piala Rabbani. Ditaja oleh Telekom Malaysia.

LAHIRKAN RABBANI JUNIOR

Rabbani akan menubuhkan Rabbani Junior yang terdiri daripada 7 orang anak anggota kumpulan Rabbani sendiri. Idea ini tercetus apabila mereka melihat anak-anak mereka juga mempunyai bakat yang sama. Idea untuk menubuhkan generasi pelapis ini datangnya dari isteri kepada Allahyarham Ustaz Asri sendiri, Haliza Shahadan atau lebih mesra dipanggil Jannah. Yelah, bak kata pepatah, manakan tumpahnya kuah kalau tak ke nasi, bagaimana acuan begitulah kuihnya atau ayah borek anak rintik.

Menurut kata jurucakap Rabbani, Azadan Abd Aziz, Rabbani Junior akan diketuai oleh anak kepada allahyarham Ustaz Asri sendiri iaitu Mohd Ilham yang ada bakat bermain alat muzik dan mempunyai suara yang sedap.

Insyaallah, pada penghujung tahun ini, Rabbani Junior akan merakamkan 3 buah lagu single. Lagu yang akan dinyanyikan adalah hasil ciptaan Ustaz Asri yang masih ada dalam simpanan dan mungkin mereka akan menyanyikan semula lagu-lagu nostalgia Nada Murni.

4600709263 1E888Bef05 O | 7

Ucapan oleh Ustaz Mohd Asri Ubaidullah, Pengarah Urusan Rabbani Productions (M) Sdn Bhd

4601326144 2177B64Da4 O | 8

Ucapan dari Encik Razlan Bin Haji Samuri, Pengarah MARA Negeri Selangor.

4601328996 1Fbeb69C57 O | 9

Isteri kepada Allahyarham Ustaz Asri, Kak Jannah juga turut hadir.

4601329372 F3C351A924 O | 10

4600710919 108C234275 O | 11

4601329706 806Ca26Ea3 O | 12

4600710495 007539A571 O | 13

Wakil dari Inteam

4601326660 1277042Dfb O | 14

4600709463 18C34155C8 O | 15

4601326660 1277042Dfb O | 14

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Sekitar Pelancaran Cherry Talent Fan Club

Senarai Peserta Akademi Al-Quran Musim Ke 4