in ,

Sekitar Parti Ulangtahun Ke-3 Budiey.com: Part 1

Sehari sebelum berlangsung Parti Ulangtahun Ke-3 Budiey.com, sememangnya adalah hari yang paling sibuk. Memandangkan parti kali ini lebih besar kapasiti jumlah pembaca, Budiey terpaksa buat kerja 2 kali ganda.

Seperti tahun lepas juga, hari last persiapan ni lah Budiey kena angkut semua goodies yang diserahkan last minute dari penaja. Masa ini jugalah Budiey akan memasukkan semua goodies ke dalam goodie bag tajaan Maxis.

Pendek kata, segala kerja dibuat dalam last minit. Jadi, semua jadi kalut. So, moral of the story, jangan buat kerja last minit ya.

Betul orang kata, kerja last minit memang membuatkan kita huru hara sikit.

Kalau tak tahan dari kuat dari segi fizikal dan mental, alamak habislah.

Clearasil dan Rexona, dua produk yang terpaksa dipunggah pada petang 23 Januari. Walaupun dalam jumlah yang sedikit, sudah cukup untuk dihadiahkan sebagai cabutan bertuah. Terima kasih Clearasil dan Rexona. Juga Metadome telah menghadiah CD Album. Terima kasih banyak-banyak!

Selesai saje dari ambil beberapa hamper dari Clearasil dan Rexona, Budiey bergegas pula ke Bangi untuk mengambil kek ulangtahun tajaan Sugarflours.

Kadang-kadang, kita pun rasa pelik, dalam masa kita sibuk dan tergesa, ada beberapa perkara yang datang secara tiba-tiba secara serentak. Itulah orang kata, penting nya kita kena buat plan B.

Pada malam sebelum parti, Budiey dengan pertolongan krew buat goodie bag wrapping. Sebenarnya, ini satu proses yang paling dinantikan sebab satu kerja yang menyeronokkan.

Sebanyak lebih kurang dalam 100 goodie bag telah pun siap, kemudian diikat mengikut kategori iaitu goodie bag untuk pembaca, selebriti, penaja dan media.

Terima kasih Crew Budiey.com kerana dengan adanya kalian, sesi goodie bag wrapping ini berjalan dengan lancar dan cepat. Nampak macam mudah tapi sebenarnya susah juga, kalau tak kena buat.

Dalam jam 2 pagi, semuanya siap… dan ready untuk dipunggah ke Neway Karaoke Box…

See u all there!

2 Comments

Leave a Reply

Leave a Reply

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Drama Air Mata Elly Mazlein dan Almy Nadia Dalam Ranjau Berduri

Gambar Aizat dan Faizal Tahir di Sidang Media Konsert Satu Suara