in

Sekitar Movie Day Out Sensasi Selebriti – NINJA ASSASIN

Letih yang amat sangat dengan kesibukan siang dan malam tadi masih tak bersisa. Siang hari ke pejabat Maxis untuk mengambil recycled bag untuk Parti Ulangtahun ke-3 yang akan diadakan bulan Januari nanti, dan malamnya, kena ambik gambar di Anugerah Skrin 2009. Sampai rumah jam 3 pagi, terus upload gambar red carpet kat sini. Sungguh memenatkan.

Letih macamana pun, aktiviti hujung minggu bersama pembaca seperti yang dirancang perlu dilangsungkan jugak. Kali ini, Budiey menjemput pembaca untuk menonton bersama-sama filem lakonan hebat dari Rain, NINJA ASSASIN.

Ramai yang kata, sangat ngeri bila tengok citer ni sebab banyak sekali darah. Seriau pun ada.

Seramai 19 orang pembaca telah ‘book’ tempat duduk mereka. Terima kasih kepada semua pembaca yang mana kali ini semua yang dah book tu, datang tepat pada masa.

Seperti biasa goodie bag diberikan kepada semua pembaca yang datang. Juga mereka yang hadir berpeluang memenangi hadiah dan merchandise menarik menerusi cabutan bertuah.

Ini dia gambar yang sempat dirakam tadi… enjoyz!

4160007936 E4Ed50135E O | 4

Goodie bag dan hadiah cabutan bertuah…

4159251097 4F9Bcb522B O | 5

Sempat melaram dengan poster NINJA ASSASIN

4159252101 A003D3A419 O | 6

Yana dan hubbynya… jauh datang dari Segambut.

4159253665 C25Dcc5B1D O | 7

Yana & the geng… terima kasih sebab sudi datang.

4159253883 Fba41D8465 O | 8

Bersama Khalil, pembaca dari Ampang. Ini pertama kali datang join.

4160011382 Fb4C7F8D1E O | 9

Erni dan suami… pernah pergi Bali ikut One Nation Emcees.

4160011772 D63A814E9D O | 10

Suhaila yang memang tak pernah miss Movie Day Out. Peminat setia CT jugak ni…

4159255399 5E9F7A88D7 O | 11

Kak Aishah angkut satu famili datang. Terima kasih.

4160012538 Be9E8Af8C0 O | 12

Selain merchandise dan hadiah, pembaca juga ada yang dapat cabutan bertuah hadiah dari Hai-O.

4159259895 32Cdfbb514 O | 13

Shahrul, antara pembaca yang tak pernah miss datang. Dapat goodie bag Ayat-Ayat Cinta?

4160011980 6D39Ea4E8B O | 14

Badiuzaman & the gang pun ada join.

4159255949 D24Ca98268 O | 15

Posing ramai-ramai… terima kasih semua sebab sudi hadir ya.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gambar Seksi Sharifah Amani di Anugerah Skrin 2009

Gambar Naizle di Sidang Media Pertama ABPBH2009