in , ,

Sekitar Morning Morning Suria Belanja Makan di Pantai Timur & Melaka

Lebih seribu orang peminat hadir meriahkan acara Morning Morning Suria Belanja Makan, yang diadakan pada 24 dan 25 September lalu di Kelantan dan Terengganu, juga pada 30 September di Melaka untuk beramah mesra dan bergambar bersama penyampai Morning Morning Suria, Ajak, Suraya dan Shuib.

Acara belanja makan untuk sarapan pagi di Ayang cafe Kota Bharu, juga makan tengahari di restoran Make@Tunjung, Setelah selesai, rombongan Suria FM terus menuju ke Kuala Terengganu untuk makan malam bersama pendengar di  D’Perahu Seafood ShahBandar. 

Acara diteruskan lagi dengan sesi bersarapan pagi di Nasi Dagang Atas Tol dan makan tengahari di Aurora Coffee House, Dungun,Terengganu. Manakala di Melaka, restoran The Wau di jalan Kg Hulu menjadi pilihan untuk lokasi makan malam sementara kedai Roti Canai Kayu Arang untuk bersarapan pagi dan Restoran Berkat Salam Asam Pedas sebagai lokasi untuk makan tengahari.

Sekitar Morning Morning Suria Belanja Makan di Pantai Timur & Melaka

Pendengar Suria FM yang hadir juga berpeluang menangi sebahagian daripada RM5000 menerusi pelbagai aktiviti menarik yang diadakan sepanjang acara berlangsung antaranya sesi soal jawab mudah selain sesi karaoke santai. 

Ramai juga yang berjaya menangi barangan eksklusif Suria seperti t-shirt, beg, lanyard dan sticker kereta Suria FM. Pengunjung di Terengganu turut berpeluang berhibur dengan persembahan istimewa daripada Aiman Sidek, penyanyi yang sedang popular dengan lagu ‘Cinta Sejati’.

Sekitar Morning Morning Suria Belanja Makan di Pantai Timur & Melaka

Menurut Pengurus Besar Suria FM, Roslinda Abd Majid (DJ Lin) Siri ‘Morning Morning Suria Belanja Makan’ ini sangat istimewa kerana buat pertama kalinya menampilkan Shuib, Penyampai baru Suria FM yang bertugas untuk segmen ‘Morning Morning Suria’ bergandingan bersama Ajak dan Suraya, keudara setiap Isnin hingga Jumaat dari jam 6 pagi hingga 10 pagi. 

Kali ini kami memilih lokasi berbeza berbanding siri ‘JELAJAH 90 SURIA’ yang telah pun diadakan Ogos lalu di Johor, Pahang, Kedah dan Lembah Kelang.

Sekitar Morning Morning Suria Belanja Makan di Pantai Timur & Melaka

“Kami amat berbesar hati dan bersyukur dengan sambutan hebat dari peminat Suria FM di Kelantan, Terengganu dan Melaka terhadap acara Jelajah ‘Morning Moring Suria Belanja Makan’ pada tahun ini. Lebih terharu, apabila melihat para peminat dah pun tiba di lokasi beberapa jam lebih awal untuk tidak melepaskan peluang untuk makan bersama Penyampai kesayangan mereka. 

Sokongan peminat yang hadir terdiri dari pelbagai lapisan umur. Ternyata mereka sangat teruja!.

Sekitar Morning Morning Suria Belanja Makan di Pantai Timur & Melaka

Tambah DJ Lin, jualan barangan eksklusif Suria juga berjaya mencatatkan lebih RM10,000. 

Terima kasih kepada semua pihak yang turut bersama menjayakan aktiviti ini dan bagi pendengar Suria FM yang di Utara, nantikan kedatangan Shuib, Ajak dan Suraya di lokasi terpilih untuk siri ‘Morning Morning Suria Belanja makan’ di Pulau Pinang dan Perak bermula 28 oktober ini hingga 30 Oktober nanti. Keluarga Suria FM akan berkampung di sana  selama 3 hari bermula Jumaat hingga Ahad untuk belanja Pendengar Suria FM makan secara percuma. Dengarkan Suria FM sepanjang masa untuk ketahui butiran lanjut.

Dapatkan maklumat dan perkembangan terkini berkenaan Suria di laman web Suria, suria.my dan laman sosial Suria Malaysia:-

Instagram: suriamalaysia

Facebook: @SuriaMalaysia

TikTok: @suriamalaysia

Youtube: SuriaTV

Twitter: @suria_malaysia

Ikuti Suria di frekuensi berikut:- 

105.3 FM Lembah Klang | 106.9 FM Perlis, Kedah, Pulau Pinang | 91.7 FM Taiping | 

96.0 FM Ipoh | 102.4 FM Kuala Terengganu | 106.1 FM Kota Bahru | 96.1 FM Kuantan | 

88.5 FM Melaka, Johor Utara | 107.0 FM Seremban | 101.4 FM Johor Bahru 

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

MELINDA LOOI

Melinda Looi Couture 2023: Sebuah Persembahan Garis Masa Malaysia

MIRACLE IN CELL NO 7

Filem Miracle In Cell No.7 Versi Indonesia Bakal Ditayangkan di Malaysia