in , ,

Filem Miracle In Cell No.7 Versi Indonesia Bakal Ditayangkan di Malaysia

Miracle In Cell No.7’ adalah filem reboot Korea dengan nama yang sama yang dikeluarkan pada 2013.  Kini, filem ini akan ditayangkan di pawagam Malaysia! 

Versi Indonesia diarahkan oleh pengarah, Hanung Bramantyo di bawah rumah produksi Falcon Pictures.  

Selepas lapan hari ditayangkan di pawagam, jumlah penonton filem Miracle In Cell No. 7 versi Indonesia oleh pengarah Hanung Bramantyo telah mencecah 2.4juta orang! 

Filem Miracle In Cell No.7 Versi Indonesia Bakal Ditayangkan Di Malaysia

Kini, filem ini akan ditayangkan di pawagam Malaysia! 

Filem ‘Miracle in Cell No.7’ mengisahkan tentang seorang bapa OKU bernama Dodo Rozak (Vino G Bastian) yang terpaksa berpisah dengan anaknya, Ika (Graciella Abigail). Dodo dituduh membunuh dan merogol seorang kanak-kanak kecil sehingga terpaksa dipenjarakan. Sebenarnya Dodo adalah seorang yang sangat menyayangi anak kecil.

Semasa di penjara, Dodo bertemu dengan sekumpulan banduan yang baik, dilakoni Indro Warkop, Tora Sudiro, Bryan Domani, Indra Jegel, dan Rigen. Kisah menyayat hati Dodo dan Ika yang terpaksa dipisahkan pasti membuat ramai mengalir mata.  

Saksikan ‘Miracle in Cell No 7’ di pawagam pada 27 Oktober 2022.   

Filem Miracle In Cell No.7 Versi Indonesia Bakal Ditayangkan Di Malaysia
Filem Miracle In Cell No.7 Versi Indonesia Bakal Ditayangkan Di Malaysia
Filem Miracle In Cell No.7 Versi Indonesia Bakal Ditayangkan Di Malaysia

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Dj Lin | 18

Sekitar Morning Morning Suria Belanja Makan di Pantai Timur & Melaka

Sabyan | 19

RR Brothers Studio Memohon Maaf Konsert Sabyan & Seventeen Terpaksa Ditunda