in ,

Sekitar Minum Petang Rafflesia Bersama Top 5 Pelakon Drama Tamil

[dropcap]B[/dropcap]udiey percaya, tak ramai yang kenal sangat dengan pelakon drama Tamil. Yang Budiey kenal pun boleh dikira dengan jari. Antaranya yang popular ialah Kenchana Dewi, Raja Ilya, Kavita Sidhu, Pushpa Narayan dan Jasmine Michael. Diorang semua Budiey percaya, sangat berbakat dan semuanya cantik manis tapi tak diberi peluang untuk muncul dalam drama-drama Melayu kita.

[pullquote align=”right”]Masalah utama ialah masalah mereka tak dapat bertutur dengan baik dalam bahasa Malaysia.[/pullquote]

Nak tak nak, ada pelakon Tamil terpaksa berhijrah untuk berlakon di Selatan India. Seperti yang dibuat oleh Jasmine Michael dan Raja Ilya yang pernah memijakkan kaki di pentas anugerah di sana untuk menggondol trofi Aktres Wanita Terbaik di beberapa festival di India.

Baru-baru ini, atas usaha Raja Ilya, empat orang pelakon top Tamil telah dikumpulkan dalam satu majlis santai anjuran Rafflesia. Budiey sempat menemuramah mereka walaupun agak tidak mengenali tiga orang daripadanya iaitu Pearlija Jraj, Kristina Vinokree dan Anu Ramamoorthy.

Dalam ramai-ramai, Raja Ilya yang paling popular dan bertuah kerana dia sekarang menjadi rebutan penerbit drama Melayu mahupun India tempatan. Raja Ilya berketurunan Melayu, Malayalam dan Arab Pakistan ini pernah disamakan dengan Erra Fazira dalam dunia hiburan India di Malaysia. Selain muncul dengan watak jahat dalam drama Dahlia, Raja Ilya juga akan menjalani pengambaran filem Kollywood pertamanya berjudul Briyani arahan pengarah terkenal Venkat Prabbu pada pertengahan bulan Julai ini.

Jasmine Michael pula pernah berlakon di bawah arahan Mamat Khalid dalam filem Estet pada tahun 2010. Hasil lakonan berkesan, Jasmine dicalonkan di Festival Filem Malaysia ke 23 untuk Pelakon Wanita Terbaik. Sebelum itu, Jasmine pernah muncul dalam filem Bisikan Remaja pada tahun 2004.

Menurut Jasmine, dia sangat rindu untuk berlakon dalam drama dan filem Melayu tetapi masalahnya, dia banyak mendapat tawaran daripada penerbit dan pengarah drama Tamil.

Budiey lihat sebenarnya, pilihan untuk pelakon India di Malaysia kita tak lah seramai mana pun. Balik-balik muka sama juga. Industri sangat kecil dan persaingan pun tak banyak. Cuma peluang untuk mereka sahaja sangat kurang.

Rafflesia Tamil

Raja Ilya

Rafflesia Tamil

Jasmine Michael

Rafflesia Tamil

Anu Ramamoorthy

Rafflesia Tamil

Pearlija Jraj

Rafflesia Tamil

Kristina Vinokree

Rafflesia

Rafflesia

Rafflesia

What do you think?

73 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Artis Popular Meriahkan Ketuk-Ketuk Ramadan 2013

Cara Kim Jin Sung Belajar Bahasa Malaysia