in ,

Cara Kim Jin Sung Belajar Bahasa Malaysia

[dropcap]P[/dropcap]elakon Korea Selatan, Kim Jin Sung, mengakui sangat tertarik dengan keunikan bahasa Melayu sehingga dia mahu belajar dan menguasai bahasa ibunda kita ini dengan mengikuti kursus BM di sebuah universiti di Korea. Satu usaha yang patut kita ikuti. Kadang-kadang orang Melayu sendiri tak tahu macamana nak guna bahasa ibunda mereka dengan betul.

Kim Jin Sung, 27, atau lebih mesra dipanggil JS, berkata, dia baru sahaja menamatkan pengajian dalam kursus tersebut yang diambil selama setahun. Semasa sidang media pelancaran drama Autumn Di Hatiku, pada hari Isnin lalu, Kim Jin Sung telah membongkar rahsianya macamana dia boleh menguasai bahasa Melayu.

“Saya mengambil kursus bahasa Melayu di Hungik Universiti kerana bagi saya, bahasa Melayu merupakan bahasa yang sangat unik dan ramai rakan saya yang mengambil kursus ini. Di universiti ramai pensyarah daripada negara ini dan saya juga pernah datang ke Indonesia beberapa kali untuk menyelesaikan projek akhir.”

Tambah JS, dia mendalami bahasa Melayu melalui pembacaan dan pergaulan bersama rakan-rakan serta pensyarahnya. Seperti bahasa lain, bahasa Melayu juga perlu dilatih dan diamalkan dalam percakapan seharian, barulah kita dapat berbahasa dengan fasih.

Sementara itu, JS berkata, peluang berlakon di Malaysia dalam drama Autum Di Hatiku merupakan salah satu cara untuknya mengaplikasikan pembelajarannya selama ini.

“Ketika dibuka sesi uji bakat melalui sebuah produksi pencarian bakat di Korea bagi mencari pelakon untuk drama ini, saya mengambil peluang dengan menghantar video dan akhirnya diterima. Saya berharap dapat mengembangkan kerjaya dan mendapat tawaran berlakon lagi di negara ini.”

Ujarnya, sejak empat bulan berada di negara ini, dia banyak mempelajari pelbagai budaya masyarakat tempatan.

“Saya belajar banyak tentang budaya Malaysia dan mendapat ramai kawan di sini. Daripada segi makanan saya tiada masalah kerana saya suka makanan pedas.”

Kita sebagai orang Malaysia, adakah dah rasa kita dapat menguasai Bahasa Malaysia dengan betul? Haha, cermin-cerminkan diri kita ya.

Drama Bersiri Autumn Di Hatiku Lakonan Kim Jin Sung

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Sekitar Minum Petang Rafflesia Bersama Top 5 Pelakon Drama Tamil

Betul Ke Gelaran Datuk Jeffrydin Dari Sultan Sulu?