in

Sekitar Media Nite Celcom @ Borneo Baruk Club

Semalam (28 Mac 2008), selain majlis hari jadi Fasha Sandha di Hotel Concorde, ada satu majlis bersama malam apresiasi media di Borneo Baruk Club, No. 1, Jalan Kia Peng, Kuala Lumpur yang dianjurkan oleh Celcom. Terima kasih kepada Kuan Mei atas undangan.

Apa-apa pun, sebelum itu, Budiey nak ucap selamat hari jadi kepada pelakon sensasi yang penuh dengan kontroversi; siapa lagi kalau bukan Fasha Sandha. Semogo dipanjangkan umur dan dimurahin rejeki.

Sebenarnya, Budiey mahu join Birthday Bash Fasha setelah diajak oleh Kuntum (wartawan dari Karangkraf) tetapi memandangkan Budiey tidak dijemput, jadi rasa ralat pulak nak bertandang ke majlis itu. Sebelum timbul isu-isu yang tidak elok didengar atau tuduhan mengatakan Budiey datang ke majlis tak berjemput, baik kiranya Budiey ke Media Nite Celcom yang berlangsung pada masa yang sama. Maaflah Kuntum sebab tak dapat join you all, ya!

2369489087 806461Fd93 | 4

2370325002 79C7Abb085 | 5

Bercakap pasal Malam Penghargaan Media Celcom, tema pada malam tadi sesuai dengan sejarah syarikat komunikasi gergasi itu meraikan kejayaan sebagai perkhidmatan nombor satu di Sabah dan Sarawak, maka tema Tradisional Borneo dipilih sebagai tema. Dihoskan oleh Hannah Tan, media nite celcom juga turut menjemput pelakon Kopitiam atau pelawak terkenal Douglas Lim untuk mengecohkan suasana dengan lawak-lawak yang sinikal, terbuka dan seksual. Sesuailah pilih Hannah Tan sebab dia kan kacukan Cina dan Kelabit.

2370323652 F504702E7A | 6

Parti meraikan media itu diserikan dengan kehadiran Ketua Ekskutif dan Ketua Pengarah Celcom (Malaysia) Berhad, Dato’ Sri Mohammed Shazalli bin Ramly yang tiba jam 8.45 malam. Sebelum itu, tetamu dan hadirin dijemput untuk makan malam dengan dihiburkan dengan tarian lemah gemalai dari bumi Kenyalang.

2369487283 6656Cb73E8 | 7

2369487907 7Be3Da2F97 | 8

Tetamu dihiburkan dengan persembahan dua buah band iaitu Estella dan Band Shahril. Juga kumpulan gendang dari anak-anak muda yang menampilkan persembahan bertenaga. Selain ada jualan Celcom untuk media, terdapat juga permainan yang menawarkan hadiah lumayan seperti telefon bimbit Nokia, Motorola dan Blackberry.

2369488939 648B534594 | 9

Budiey mengambil peluang ini untuk bersantai bersama kawan-kawan dari Portal Gua, News Celebrity dan Majalah InTrend yang turut enjoy pada malam itu. Yang penting event pada malam tadi memang happening walaupun tidak ada selebriti atau penyanyi popular yang menghiburkan kami. Sekurang-kurangnya dapat melepaskan lelah sepanjang minggu ini yang sarat dengan kerja-kerja mengemas kini blog dan menghadiri event dan sidang media.

Malam ini, Konsert Akademi Fantasia 6 minggu kedua akan berlangsung di Dewan Sivik. Siapa pula agaknya yang akan tersingkir setelah Yana? Anda teka siapa?

2370324664 13Aec760D6 | 10

2370324060 48B88A9679 | 11

[tags]gossip hannah tan, interview, douglas lim, jokes, sinical, how to be jokers, cheers, party, celcom, contest, annoucement, media nite, photo, tipical, true story, scandal, shazaly, concert, akademi fantasia 6[/tags]

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Profile Kumpulan Nasyid Rabbani

Parti Ulang Tahun Pertama Celebrity Fitness @ Bangsar Village II