in

Parti Ulang Tahun Pertama Celebrity Fitness @ Bangsar Village II

Pusat kesihatan yang paling cepat berkembang di Asia, Celebrity Fitness telah mengadakan parti sempena sambutan ulang tahun pertama di pusat membeli belah Bangsar Village II. Untuk memeriahkan majlis sambutan buat julung kalinya, hampir 80 artis terkenal tanahair telah menyertai upacara ‘karpet merah’ yang cukup glamour pada petang tersebut.

Kelab kecergasan yang terletak di Bangsar Village II ini telah dilancarkan pada tarikh yang sama pada tahun lalu, yang setakat ini telah mempunyai 4000 keahlian. Di dalam sidang media sebelum majlis keraian itu, Pengarah Urusan Celebrity Fitness, Encik Choi Kwang Ho berkata:

“Setahun lalu, ketika perlancaran Celebrity Fitness di Bangsar Village II ini, kami berharap dapat menyediakan komuniti satu suasana persekitaran di mana mereka boleh bersenam, bersantai bersama rakan dan keluarga, membeli belah dan makan minum, ianya memungkinkan menjadi satu tempat sehenti. Kami percaya, semenjak itu, ianya telah membantu komuniti di sini dalam menyediakan mereka dengan sebuah pengalaman pusat kecergasan yang terbaik dan lengkap tetapi pada harga yang berpatutan.”

Kelab ini telah dibina dengan kos sebanyak RM 8.7 juta. Ianya sebuah kelab yang menjanjikan sebuah pemandangan kotaraya Kuala Lumpur yang menarik ketika bersenam kerana ruang senaman dilengkapi dengan kaca telus pandang yang memberikan satu sudut pandangan yang cukup mengagumkan. Di Bangsar Village II, ianya menyediakan kepada setiap ahli kemudahan yang cukup mewah seperti bilik stim, sauna serta ruangan mandi yang cukup moden. Selain, itu Celebrity Fitness di Bangsar ini menyediakan ruang santai yang cukup luas serta ruang kafeteria untuk ahli bersantai. Dengan keluasan yang menjangkau 24,000 kaki persegi, ianya direka dengan sentuhan moden, ianya menjadi kelab ini mempamerkan sebagai sebuah sebuah kelab gaya hidup kecergasan.

Sementara itu, Hendra Nugraha, Pengurus Promosi dan Pemasaran Serantau, yang didatangkan khas dari Indonesia untuk menyertai sambutan ini, berkata

“Celebrity Fitness baru bertapak di malaysia dalam tempoh empat tahun, tetapi, kami berbangga apabila kerana ianya berkembang dengan cukup hebat. Pihak pengurusan bercadang untuk membuka sebuah lagi cawangan terbaru yang kelima sebagai tambahan kepada kelab yang sedia ada. namun, kami menjangka Celebrity Fitness akan semakin berkembang dan banyak lagi cawangan yang akan dibuka.”

Cawangan ke lima adalah tambahan terbaru kepada empat yang sedia ada iaitu di Gurney Plaza, Pulau Pinang, Subang Parade di Subang Jaya, One Utama, Petaling Jaya serta di Bangsar Village II iaitu di Bangsar.

“Dalam pada itu, kami mempunyai Amber Chia sebagai duta. Amber telah menjalankan tugas dengan penuh dedikasi dalam membentuk kesedaran kepada Celebrity Fitness dan telah menjadi jurucakap selama dua tahun. Kami juga dengan berbesar hati, ingin mengumumkan bahawa pihak pengurusan telah bersetuju untuk menambah kontraknya selama satu tahun setengah lagi,” tambah Hendra Nughara ketika melantik Amber Chia sebagai duta Celebrity Fitness.

Ulang tahun pertama Celebrity Fitness di Bangsar Village ini turut disertai oleh barisan selebriti popular tanahair seperti Amber Chia, Jehan Miskin, Jeslina Hashim, Ning Baizura, Awal Ashaari, Ida Nerina, Xandra Ooi, Soong Ai Ling dan ramai lagi. Selain dari itu, para jemputan telah di hiburankan oleh persembahan dari tenaga pengajar Celebrity Fitness, CHARM Cheerleading, Ferhad, Suki dan ramai lagi.

Cabutan bertuah juga telah diadakan bagi meraikan pihak media serta tetamu. Sebahagian dari hadiah-hadiah yang telah dimenangi ialah penginapan hotel iaitu di Awana Genting Highland Resort, tasik Kenyir Resort, Grand Millenium Hotel dan Royale Bintang, selain dari pemain mp3 Sony dan banyak lagi. Buat tetamu lain, mereka telah membawa pulang barang serta boucer bernilai hampir RM 600 setiap orang.

Masa operasi adalah dari 6 pagi ke 12 tengah malam pada Isnin hingga Sabtu, sementara para hari Ahad pula, dari jam 8 pagi hingga 10 malam. Celebrity Fitness adalah satu pengalaman kecergasan yang cukup hebat. Jadikan Celebrity Fitness sebagai satu gaya hidup anda hari ini.

 

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Sekitar Media Nite Celcom @ Borneo Baruk Club

Parti Islam SeMalaysia Tidak Sekat Dunia Hiburan?