in

Sekitar Majlis Tayangan Eksklusif & Sidang Media Evolusi KL Drift 2

Budiey tertanya-tanya, adakah filem ‘drift’ masih diminati penonton Malaysia. Mungkin ada yang berbelah bagi, nak tengok atau tidak. Ini bergantung pada individu seperti mana suara-suara pendapat yang Budiey baca di Fanpage Budiey.com. Ramai yang mengatakan, kita terlalu disogokkan dengan filem dengan acuan ini. Mungkin secara kebetulan, selepas V3 Samseng Jalanan, filem Evolusi KL Drift 2 menemui peminat.

Kalau V3 Samseng Jalanan berkisar dengan kisah Mat Rempit, tapi filem Evolusi KL Drift 2 adalah sekuel dan sambungan kepada filem pertama.

4410086048 9Ce8F6E917 O | 3

Namun, setelah keluar daripada hall di Majlis Tayangan Eksklusif & Sidang Media FIlem Evolusi KL Drift 2 yang diadakan pada 4 Mac lalu, Budiey berpendapat ianya dinilai daripada struktur filem itu sendiri. Kalau filem itu hebat, pasti penonton akan berebut-rebut nak tengok. Contoh terdekat, filem ini dikatakan sebuah filem yang memang betul-betul nampak real. Bagi Budiey, filem ini ada pelbagai ekspressi dan banyak menyuntik debaran kepada penonton terutama di babak terakhir filem ini. Nak tahu, korang kena tonton.

Syabas Budiey ucapkan kepada pengarah, penulis skrip yang juga turut berlakon dalam filem ini, Syamsul Yusof kerana berjaya bikin filem ini. Rata-rata pendapat dari rakan media, mereka mengatakan banyak perubahan dan juga aksi menarik dalam filem ini yang menjadi ‘highlight’ utama.

4410083698 4De8Fde77E O | 4

4410083248 2A470Bb7F6 O | 5

Selain Hetty Sarlene, filem ini menarik dengan kehadiran pelakon Scha Alyahya yang menjadi pelakon berpotensi dan berbakat besar. Scha membawa watak yang cukup mencabar dan benar-benar berbeza dengan watak-watak lain yang pernah dibawanya. Maklumlah, mana ada drifter seorang wanita. Jadi, watak Scha dalam filem ini agak keras macam Tomboi. Tapi dalam hatinya, tersimpan rasa cinta pada Zack.

Filem ini menggunakan 200 gulung filem untuk rakaman penggambaran. Jumlah terbanyak dalam sejarah filem terbitan Skop Productions.

Membelanjakan lebih RM200,000 bagi adegan yang membabitkan kereta drift di mana empat buah kereta telah diranapkan. Mahal-mahal pulak tu. 4 buah kereta berharga RM200,00! Jadi tak hairan bila, bajet asal filem ini RM2.2 juta telah meningkat kepada RM2.5 juta.

Kos meningkat kerana berlaku beberapa kali kes kemalangan sepanjang pengambaran 40 hari. Kos termahal bagi filem terbitan Skop Productions.

Filem ini mendapat tempahan awal untuk tayangan di 73 buah pawagam di Malaysia dan Brunei!

Jadi, jangan lupa untuk tonton filem ini mulai 25 Mac 2010.

4410086534 Eced4B0004 O | 6

4410085608 0C07Eb66Cb O | 7

Majlis ini dianjurkan oleh Skop Productions Sdn Bhd & Grand Brilliance selaku penerbit bersama. Turut menjemput para peminat yang telah memenuhi satu hall menjadikan 2 hall kesemuanya. Apatah lagi, ini adalah filem ke-25 terbitan Skop Productions yang menelan belanja kos promosi RM2.5 juta. Filem ini mula menjalani pengambaran pada 1 Februari 2009 mengambil masa hanya 40 hari sahaja.

4410083946 20E9048Bee O | 8

Aaron Aziz sebagai Joe

4409318127 6521E75F31 O | 9

Syamsul Yusof sebagai Zack, drifter yang berjaya. Tapi diugut oleh penjenayah~

4409320631 50Da1Fe1A8 O | 10

Remy Ishak sebagai Inspektor Kamal. Seorang polis yang mantap!

4409320467 E24D653A86 O | 11

Farid Kamil sebagai Sham yang dah bertongkat kerana kakinya patah.

4410084234 Daaa3A5E9A O | 12

Farid Kamil dan Remy Ishak

Majlis tayangan yang diadakan pada jam 8 malam itu dimeriahkan dengan kehadiran ramai pelakon utama iaitu Syamsul Yusof, Farid Kamil, Scha Alyahya, Aaron Aziz dan Remy Ishak. Selain itu, ramai rakan-rakan pelakon yang hadir untuk memberi sokongan kepada filem arahan ke-3 Syamsul Yusof. Boleh dikatakan semua sangat teruja untuk melihat hasilnya.

4410085742 56C47Fa0E8 O | 13

Penerbit Ekskutif, Datuk Puad Onah, orang kuat GBSB turut berucap.

Antara yang pelakon yang hadir…

4410084640 4B4F1E2Cd2 O | 14

Maya Karin yang hadir menemani Farid Kamil

4409319999 43F55E8A37 O | 15

Syanie

4409319545 40F1Ba53Ae O | 16

4409317925 Ec2Bfa05Ec O | 17

4410082126 Fe61C9F934 O | 18

Ketika berucap, Syamsul Yusof tak tahan sebak lalu hampir nak menangis selepas mendengar ucapan daripada bapanya yang sebelum itu turut memberikan ucapan.

Syamsul agak tersentuh dengan kata-kata semangat ayahnya yang mana menjadi pencetus semangat untuk terus bikin filem yang lebih baik. Pada tahun ini, Syamsul akan mengarah 3 buah filem. Terbaru, filem seram pertamanya, Khurafat dah siap shooting.

Syamsul telah bekerja keras sehingga sanggup buat apa sahaja untuk memastikan filem ini diterima oleh penonton. Beliau buat dari A to Z, memastikan proses pengambaran berjalan dengan lancar, malah cabaran yang paling besar ialah untuk menghabiskan shooting dalam masa yang singkat. Shoot drift memang agak susah dan memakan masa yang lama juga. Kalau sehari tertangguh, kos pembikinan akan meningkat berpuluh-puluh ribu.

Dengan itu, mereka bekerja lebih 18 jam sehari.Tapi beliau agak puas dengan hasilnya.

“Sebuah filem yang padat dengan aksi yang tak menjemukan. Dari segi plot, penonton akan lebih senang untuk memahami jalan cerita filem ini kerana dari awal hinggalah ke babak terakhir, penonton akan ternanti-nanti apakah yang akan berlaku. Pelakon terbaik untuk filem ini patut diberikan kepada Shaheizy Sam dan Scha Alyahya. Shaheizy Sam bijak menggunakan ekspresi wajah & pelat percakapan yang sangat ‘ganas’ ala mafia manakala Scha pula dapat menjiwai watak seorang drifter yang sebenarnya memiliki perasaan cinta yang cukup halus. Tak hairan kalau ada penonton yang menitis air mata semasa menonton babak ‘cinta’ dalam filem ini. Apa yang boleh dibanggakan dalam filem ini ialah aksi & risiko yang terpaksa digalas oleh pelakon & pengarah Syamsul Yusof. Semua aksi nampak sempurna. Ianya jauh lebih baik daripada Evolusi KL Drift 1.” – Budiey

Budiey memberikan 3.5/5 bintang untuk filem ini.

Selebihnya, korang perlu tonton sendiri mulai 25 Mac ini.

4409321987 E5C88F206B O | 19

4409321497 5C76B80Bc3 O | 20

4410086358 45E0D0A57F O | 21

Klik untuk tonton Video Sekitar Prebiu Media Evolusi KL Drift 2

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gambar Aksi Lincah Penyanyi Rap Arabyrd

Drama Sepanjang Cuti Sekolah di RTM